Thursday, September 11, 2008

Kisah puasa tapi tak puasa



Bila bulan puasa macam ni, Neeza selalu teringat kisah Neeza masa kecik-kecik dulu yang jarang Neeza ceritakan pada sesiapa termasuk lah parents Neeza. Mereka kena tahu ni sebab ada kisah tersirat ;).


Masa darjah 1 dan darjah 2, Neeza dah di ajar berpuasa. Tapi, tak pernah dapat puasa penuh. Sebabnya, on the way balik sekolah (Neeza jalan kaki sebab dekat je sekolah tu), ada satu pokok ceri. Ceri ni bukanlah ceri merah menyala yang jual kat sini dan yang Neeza tunjuk kat blog hari tu. Ni ceri kecik-kecik yang pokok dia rimbun tu. Rasanya ada yang tahu kot. Jap eh nak g0ogle gambar ceri tu kalau ada. Ini pun dia gambar ceri tu tapi ni masa muda dia.



Bila lalu aje depan pokok tu, apa lagi, Neeza pun akan panjat pokok tu dan kutip buah ceri sambil makan kat atas pokok tu. Jadi, batal lah puasa. Bila balik rumah, Neeza pun makan lah sebab dah batal puasa. Bila Ayah dan Ma balik kerja, Neeza bagi tau yang Neeza tak puasa sebab makan ceri. Tapi Neeza akan kira puasa tu 1/2 hari. Esok puasa lagi 1/2 hari. Jadilah sehari! hehee.. Sabar ajelah kan.


Bila masuk darjah 3, Neeza berpindah ke Gombak. Oh ya, darjah 1 dan 2 Neeza di Jengka Pahang. Bila dah darjah 3, patutnya dah besar lah kan. Ma dan Ayah memang assume Neeza puasa. Ayah tak bagi duit belanja sebab puasa. Bila pergi sekolah, tengok kat kantin, macam-macam food ada jual. Sekolah tu memang tak tutup kantin.


Ingat lagi, kantin ada jual pau kukus inti kacang hitam, kaya dan ayam rasanya. Memang menyelerekan terutama bagi budak darjah 3 macam Neeza masa tu. Tapi duit tak bawak. Habis camne ye? Kawan Neeza lah yang jadi mangsa. Nama dia Norita tapi ejaan nama dia tak ingatlah. Norita memang bawak duit ke sekolah. Tak pastilah dia puasa ke tak tapi yang pasti, Neeza tak puasa. Norita lah tempat Neeza pinjam duit untuk beli pau tu. Neeza cakap kat dia, nanti nak bayar balik duit dia. Tapi, Neeza tak ingat yang Neeza ada bayar. Kira hutang lah kan. Neeza tak pasti Norita dah halalkan atau tak duit tu.


Norita ni dulu jiran Neeza semasa di Gombak. Pergi balik sekolah dengan dia lah. Dia tinggal dengan nenek dia. Parents dia ada di Melaka rasanya. Lepas Neeza pindah ke Terengganu, Neeza tak contact dia lagi. Dapat tahu dia dah pindah ke Melaka. Sampai sekarang memang lost contact. Kalau lah Norita atau kawan Norita ada baca blog ni, Neeza mintak sangat supaya contact Neeza sebab nak bayar hutang tu disamping nak jumpa sebab lama sangat tak jumpa. Camanalah rupa Norita sekarang kan. Kalau jumpa, tak kenal rasanya sebab masa tu darjah 3 dan 4 kan.


Oh ya! Berbalik pada cerita tak puasa tadi. Ayah dan Ma memang tak tahu yang Neeza tak puasa. Diorang ni ingat anak dia ni puasa lah. Balik rumah memang lah puasa balik hehee.. Kalau tidak, tak dapat duit raya nanti. Tu lah bahaya bila berjanji macam tu kan. Kalau puasa, dapat upah. Untuk pastikan Neeza dapat duit raya, Neeza cakap lah yang Neeza puasa. Muka macam penat aje. Tak larat habis. Baring aje. Orang pun kesian aje.


Ada satu hari tu Ma buat majlis berbuka puasa, ajak sedara mara datang. Masa tengah siapkan juadah untuk berbuka atas meja, Neeza tersendawa - burrpppp!!. Abang sepupu Neeza cepat aje cakap, "hah! tak puasa ke?". Neeza pun terkejut jugak. Ishhh!! camanalah boleh sendawa ni. Tu lah kan. Allah tu nak tunjuk. Padan muka Neeza. Tapi, Neeza mestilah menafikannya. Teruk betul. Kisah ni Ayah dan Ma tak tahu pun. Tapi kalau cerita pun, diorang mesti akan gelak aje. Lagipun masa tu Neeza tak akil baligh pun lagi. Masih tak wajib puasa. Tapi bab menipun tu, memang tak baik betul bila ingat balik. Anak-anak Neeza tak baca blog ni lagi. Dah besar esok, kalau diorang baca, Neeza tak nak diorang pun ikut buat cam tu jugak.


Tapi, start darjah 4, memang Neeza puasa . Memang letih sangat. Hari-hari balik sekolah, mesti melepek atas katil. Tidur. Petang baru bangun. Macam nak pengsan rasanya. Cuma ada 1 hari je yang Neeza tak tahan sesangat. Masa tu dah dekat berbuka dah. Neeza mandi petang tu. Air paip dalam toilet tu rasa sangat menyelerakan. Sejuk. Bila kumur-kumur, macam manis aje. Apa lagi, Neeza pun telan lah hahahaha!!! Padahal memang dah tak lama nak berbuka. Sabar aje lah kan. Tak elok betul perangai.


Kiranya, start darjah 5 lah yang Neeza puasa dan tak pernah ponteng walaupun masa tu tak wajib lagi puasa. Dah masuk tingkatan 2 baru lah wajib puasa dan bila tak puasa (tak boleh sebab dot dot), kena lah mengganti. Masa tu kat asrama jadi seronok lah bila ganti puasa dengan kawan-kawan.


Habis cerita tak puasa tu, kita tengok juadah berbuka semalam. Oh ya, semalam gas habis masa tengah kukus creme caramel. Nasib baik memang dah masak. Kalau tidak, ada lah yang makan creme caramel mentah. Neeza kukus dalam 2 bekas. 1 tu guna electric dan 1 guna gas. Yang guna gas tu lah jadi mangsa. Nasib baik lah ada jemputan berbuka petang tu. Alhamdulillah :). Terima kasih ya Mr and Mrs Zachary sebab sudi menjemput kami makan berbuka. Jazakallah. Semoga rezeki tuan rumah bertambah-tambah lah hendaknya. Ameeennnn....



Tengok lah kat atas meja tu. Ada Nasi minyak hujan panas, Ayam Masak Merah, Kari Daging, Pajri Nenas, Acar Timun dan Carrot, Air Laici dan Air Teh O Ais. Dah beberapa hari teringin nak makan Pajri nenas sebenarnya. Dapat jugak. Alhamdulillah. Rupanya tuan rumah pun teringin jugak ;). Lupa nak mention, ada roti jala. Sedap betul. Shahmey makan banyak roti jala tu. Sampaikan balik rumah, dia tak nak minum susu dah heheee.. Shammam (tembikai susu color oren) tu ada jugak tapi belum dikeluarkan lagi masa gambar ni di snap. Walaupun kat rumah orang, model tetap tu nak jugak masuk gambar. Ish ish ish....

19 sugar & spice:

cheryna zamrinor said...

akak nye taste same ngan sha...sha pon suke pajeri nanas!:D

skang tak jumpe lagi pokok yg macam kak neeza letak dlm blog nieh...byknye yg ade zaman kecik dulu sume dah ditebang.cakap ngan budak2...dowang ingat kite bergurau cakap pokok ceri de kat mesia:D

Adry said...

hahaha... banyak batal posa rupanya.. hahahahaha.. kalau mak ngan ayah akak ni tau macam mana la gamaknya.. hahahaha...

Model tetap menten ek... hahahaa.... mmm nasi minyak hujan panas tu yang warna warni tu ker?? tak pernah plak makan ni.. sedap ker kak?

Adry Sabry @ http://www.adrysabry.com

nurie said...

Masa kecik2 saya pun lebih kurang macam akak jugak...tapi yang tak tahan tu bila sanggup minum air paip tak masak. Klu ingat2kan, kelakar pun ade.

Rajin betullah akak2 ni memasak...mesti ummmmp

zura aini said...

dah nama pun model ye, pantang kamera di hala, lentuklah dia, he, he....
bestnya pajeri nenas, tapi malaslah nak buat sebab saya sorang je yang makan, kalau buat tu tahan berhari-hari, actually lagi lama lagi sedapkan, lebih2 lagi kalau masuk sikit udang kering, bau tu dah bangkit.

Abahnajwa said...

Eh Pajeri nenas? Waaaaaaa...sedapnyaaaa...kali ni kalah habis..pajeri nenas memang abah sukaa..Neezaaa..hantarlah sini sikittt

Jie said...

ceri tu kak jie tanam 2 pokok depan rumah...pernah satu hari nampak budak2 sekolah rendah dlm umur 9-10 tahun berebut2 laki perempuan kutip makan..riuhhhh....seronok tengok , teringat zaman dulu2.

pernah juga nampak seorang pembantu rumah bawa plastik beg kutip..dia kata anak majikan dia suka..

hehehe...kalau burung bertenggek tu..kira dah biasa tgok.

malas la skrg ni nak menjala..roti kirai ..hehehe

Zahraa George said...

haha..ceri nih memang banyak kan..tumbuh merata2..ramai budak suka makan..tapi as tak makan,sebab dia ada biji banyakkkkkkkk...

sophea senyum simpul..hehe..nnti meh la lagi rumah kami yer..takyah jemput2 pun mai jer la jalan2..minum teh pun okeh...
boring makan berdua,bila makan ramai best skit..tungu la dah pindah rumah lain,leh buat makan2 tuk satu jubail plakkkkk..hehe...

Shima said...

oooo....begitu la alkisah si kakak sulung takut nok mengaku tok puasa ye....ke takut tok dapat nok berbuka puasa sama2 kat meja makan?

lepas ni cuba masuk bilik air dan cuba minum seteguk dua air paip tuh..manis dok rasanya...

tapi kan buoh ceri boleh kenyang ke makan??

Ummi365 said...

hahaha hah kan dah bocor lubang.. siaplah ummi nanti bila coan dan sophea baca nanti.. keh keh keh..

model tu comel je duduk kat meja ya.. tak pe dah besar esuk dia taulah camna dia suka berposing kat situ.. cute jekan..

Unknown said...

haha.. ingatkan saya je yang tipu puasa masa darjah satu n dua.. rupanya2 kak neeza pun sama..:P

Tie said...

Sama laa macam kak tie..tak tahan puasa masa kecik2 dulu..Rasanya darjah 5 baru boleh puasa penuh..biasa puasa 1/2 hari je...Nasib baik anak2 ni tahan lak puasa kecuali yg bongsu..drj 3 baru puasa penuh..yg 2 org lagi tu, tadika dah boleh puasa...ikut ayahnya kot..hi hi..

aNIe said...

Neeza...bab sendawa tu tak tahan...hahahah...tu lah pasal...

Buah ceri tu dulu banyak kat kampung akak...buah kecik2 kan...ada biji halus2 kat dalam...memang budak2 suka makan...

Kalau masa budak2 dulu...kes puasa yang yok memang banyak...heheheh...syyyhhh!!!

Juadah berbuka neeza selalunya membuka selera...sedap....

Neeza Shahril said...

Sha,

nanti masak pajeri bagi akak ye :)

orang tak nak tanam pokok tu sebab dia rimbun sangat. tanah sekarang dah kurang kan hehee..

=====================================

Adry,

akak rasa diorang gelak aje sebab akak dah beranak pinak. Kalau akak kecik lagi, mahu kena rotan hehee..

nasi tu sedap.. rasa nasi minyak tapi tak muak pun..

===================================

Nurie,

air paip rasa air sirap tu nurie ;)

semalam akak tak masak.. sebab makan kat rumah orang ;)

===================================

Kak Zany,

model tak bertualiah tu hehe..

dalam rumah ni pun, neeza je yang makan pajeri tu kak..

Neeza Shahril said...

Abah,

pajeri tu As yang buat..

nanti Neeza mintakkan untuk Abah ye ;)

=====================================

Kak Jie,

sampai kutip letak plastik hehee.. sabar aje laa...

roti jala tu neeza tahu makan je.. buat tak reti ;)

===================================

As,

memagn dia banyak biji tapi akak suka sebab biji dia halus.. :)

time kasih ye As.. kalau rasa lapar, kami hello je ye hahaha!!! tak malu betul..

===================================

Bada/Shimanoseki,

boleh join tapi tak dapat duit raya banyak.. tak best la gitu.. hehee..

air sini masin la dik.. :P

sedap.. macam buoh kemunting jugok ;)

Neeza Shahril said...

Kak Ummi,

ooooo... kalau sophea tahu, memang dia ungkit habis tuuu.. bahayaaaa hehee..

Kalau dia besar, mesti dia malu tengok ;)

=====================================

Hida,

hehe.. ye ke? agaknya ramai budak2 cam tu dulu kan..

===================================

Kak Tie,

tabik dengan bebudak sekarang.. tahan puasa..
kita dulu.. tahan tak puasa hehee..

===================================

Kak Anie,

memang neeza malu besar masa tu.. hehee..

sekarang dah susah nak jumpa ceri lagi.. :(

seronok ingat masa kecik dulu..

makanan semalam ditaja orang kak ;)

noniey said...

sedapnye pajeri nenas. saya ni, dah 3 hari nak makan pajeri nenas. nenas dah beli tapi hubby plak tak minat, terpaksa masak lauk lain. petang ni, tak kira memang kena masak gak ah pajeri nenas tuh. sedap kan.

Neeza Shahril said...

masak je noniey.. tak habis simpan sebab makin lama makin sedap pajeri tu.
masakkan hubby lauk lain :)

chekgu Bani Hassim said...

nakal ye kecik2 dulu...
nk kene babab nih, tipu2 pose nih...
huhu...

mase kecikla paling manis berpuase kalau kite kenang2 balik kan kak??

Neeza Shahril said...

Cikgu,

hahaha!! takpe.. dah lama.. diorang tak babab dah... :P

masa kecik lah masa yang terindah.. takde masalah.. tak payah pening2 nak pikir macam2... :)