Thursday, September 18, 2008

Nak masak apa lagi yek?


Hari ni dah 18 hari kita berpuasa. Bukan nak mengeluh sebab puasa tapi mengeluh sebab idea nak masak hilang entah ke mana. Padahal banyak aje resepi tapi biasalah, orang yang 'sangat terer' cam Neeza ni bukan boleh adventurous sangat. Nanti ada yang tak makan apa yang di masak tu. Free free aje bagi En Tong Sam Pah makan ;).


Semalam, buat cheesecake. Tak plan pun nak buat. Tapi, since bahan-bahan tu dah lama beli, baiklah buat. Nanti dah expired, saje je. Belum letak strawberry topping jadi tak boleh ambik gambar lah sebab tak comel lagi. Ada 2 bekas dalam fridge. 1 bekas dah terkorban 1/4 bekas masa sahur pagi tadi. Anak-anak dan Abah anak nak makan. Tapi diorang tak nak topping. Makan gitu aje. Kakak dan Coan suka crustnya. Neeza buat crust bawah dan keliling dan yang keliling tu tinggi sampai sama tinggi dengan bekas baking. Lepas berbuka semalam, diorang mintak crust tu. Neeza pun kerat lah crust yang terlebih tu bagi diorang. Coan mintak nak makan cake tu, Neeza minta dia tunggu sebab cake tu baru sangat dalam fridge. Texture dia tak cantik lagi. Jadi, sahur tadi, kira dah okay sikit. Belum cukup 24 hours lah (as suggested by Kak Ummi). Yang balance tu boleh lah tunggu sampai 24 hours ataupun lebih supaya lebih gebu :).


Bila takde idea nak masak ni, selalu Neeza ingat masa belajar kat US dulu. Neeza tinggal di apartment 2 bilik, share 4 orang. Kami ada turn masak. Kenapa kena buat turn? Sebab selalunya orang yang sama akan ke dapur. Kesian kat orang tu. Dia masak, orang lain makan. Orang lain masak, dia tak makan pun sebab orang lain tu masak sikit je hehee.. Jadi, nak bagi fair, ada schedule masak. In fact beli grocery pun memang kami share duit.


Masa belajar dulu, manalah ada blog resepi macam sekarang ni. Kalau ada senang kan, g00gle aje. Walah!! dah dapat beribu menu. Dulu kalau nak masak, main ingat apa yang pernah dimakan kat rumah aje lah. Masakan yang ibunda masak. Memang lah tak tahu resepi. Kadang-kadang tu sampai call ke Malaysia semata-mata nakkan resepi. Sesambil tu bertanya khabar lah. Padahal, almost every week rasanya Neeza call Malaysia. Masa tu rate murah aje. Seminit 45sen. Murah lah rasanya. Kalau tak silap, kadang-kadang tu lebih murah daripada tu terutamanya time-time yang tak peak. Tapi tak ingatlah. Lama sangat dah. Tahun 1994-1997 - dah 11 ke 13 tahun yang dulu.


Apa yang Neeza ingat, bila time Neeza masak, resipi biasa Neeza ialah daging goreng kunyit dan ayam masak kicap. Ada juga Neeza masak ayam masak apa entah. Kuah merah cair.. hehee.. hantam sajaaa.. janji ada rasa masin, pedas sikit dan manis sikit. Yang lain-lain Neeza tak ingat tapi memang lah limited sangat. Tapi kami tak kisah sangat. Asalkan kenyang cukup. Disamping tu, adalah goreng sayur. Ada sorang housemate tu memang rajin dan pandai masak. Jadi, bila turn dia, kami memang tunggu-tunggu sangat. Banyaklah sikit kami makan hehee.. Ada sorang lagi pandai buat cheesecake. Rajin sungguh dia. Kalau dia buat cheesecake, Neeza lah orang pertama akan mengadap. Kat US masa tu, tak payah buat crust sendiri sebab memang dah ada jual bekas yang ada crust tu. Senang banget!!


Memang seronok bila dikenangkan balik. Ye lah.. kenang aje. Kalau masa tu, menghadapinya memang tak best. Apa tak nya. Bila kena masak tu. Malas sungguh laaaa.. hehee.. Sekarang ni baru tahu. Tapi takpelah, kalau malas, boleh beli saja. Ataupun makan aje diluar. Dulu, mana boleh buat gitu. Budget kurengggg jadi kenalah jimat cermat :).


Oh ya! Lagi satu kan, kalau lah ada makanan exotic dari Malaysia macam tempoyak, budu, cencalok dan serunding tu.. memang laku sangat. Kejap aje habis. Kesian kat kawan yang bersusah payah parents dia hantar benda-benda tu hehee.. Tapi kami ni tak berkira sangat. Sama-sama makan. Dan sebagai perempuan, kami takdelah mengambil kesempatan macam sesetengah lelaki tu heheh.. Habis dibedalnya makanan kawan dia macam hakmilik peribadi yang mutlak. Nak bising, nanti kena buli pulak. Alhamdulillah, kami serumah takde buli-buli orang ni :).




Semalam, Neeza malas masak lagi. Bukanlah malas tapi dah tak tahu nak masak apa. Ada ke patut hari sebelum tu, masa Neeza masak sambal udang dan ikan bakar, Kakak boleh kata "ini aje ke?". Banyak cantik muka dia. Macam lah dia makan pun. Habis-habis pun dia makan telur goreng dan serunding daging dengan kicap. Jadi, semalam, takde masak-masak lauk. Beli aje Beryani Dajaj (ayam) dari Almanakh Restaurant. Kakak pun memang suka Beryani Dajaj. Kalau Beryani Laham (lamb), dia kurang minat sikit. Ummi dia pun suka Dajaj. Tapi Abah dia suka Laham. 2 lawan 1, jadi Dajaj lah menang! hehehh.. Coan tak puasa. Alasannya - bangun tu Shahmey tepuk belakang dia. Sakit. Jadi, tak boleh puasa. Bijak sungguh idea!

27 sugar & spice:

Mulan said...

daging goreng kunyit & ayam masak kicap..?? menu ni fav saya.. memang terer la masak ni..

Jie said...

kak jie pun lum tau nak masak ape ni neeza..dah kul 4 dah ni..hehehe
semalam buat pizza dgn tomyam..hari ni tatau lah...

nk ajak cik abe keluar kot..kehkeh..

seronok tgok neeza..hari2 ade saja benda special nak masak

Kak Elle said...

adoi nak masak apa?? saya masak weekend neeza .. tapi smlm sempat juga goreng mee and buat kcang phool...hari ni ingat dah nampak bryani ayam kat sini teringin pulak...hehehe

Mak Teh said...

Hari ini mak teh ulang menu last week ie terubuk goreng sumbat chili and cucoq udang kuah kacang berayam.

Tie said...

oh..kak tie dah ada idea nak masak ni..biasa kak tie masak 1 atau 2 lauk..tak nak membazir..lagi pun bulan posa tak makan byk, lepas minum air terus kenyang..

Tgk tu..briyani lagi..ni yg jeles ni..Kat ganu ni mana ada briyani asli..kena msk sendiri..bulan posa ni malas nak masak briyani..tak berbaloi sebab mknnya sikit je..tunggu lepas raya nanti laa..

cheryna zamrinor said...

kat US mmg murah ke bil tepon nye kak neeza? patutla tiap2 ari besfren sha dok bergayut ngan sha...kdg2 sha pulak naik takut:D

nanti kak neeza letaklah resepi kat sini ek...sha mmg tak pandai buat cheese cake...jeles jek kalo org pandai buat:(

RozIlah Kamarudin said...

Neeza, Kak olie sukelah nak berkenalan dgn En Tong Sam Pah tu... banyak nar leftover because makanan off spec ni...

Puteri Satu said...

salam....daging goreng kunyit tuh...peberet my hubby...encik thong sam pah tu mesti kelakar je...wekekek

Shima said...

amboi2....genius betul anakdara neeza ye...minah coan tu...tanya kat dia..mana dia belajo bagi reason2 yg best2 mcm tu kalu xnok pose..

memang tepak sekali!!!!

MAMAMIA said...

Masa belajar kat over the sea dulu, akak tokei nasi ayam & donut. Tapi, sekarang since senang aje nak beli, entah ke mana hilang my expertise tu...

Since that day, akak tengok biryani tu, sungguh menyelerakan....

Wanpetunjuk said...

Salam akak....dah lebih pertengahan puasa dah...tak lama lagik kan..harap2 dapat jumpe akak kat bumi malaysia nnti..insyaAllah lah....

Isteri yang pandai masak....adakah kerana perempuan...hehehehe

Neeza Shahril said...

Mulan,

pejam mata pun boleh buat lah kiranya kan.. :)

===================================

Kak Jie,

sedap tu pizza ngan tomyam homemade.. :)

neeza selalu gak beli Kak Jie..

===================================

Kak Elle,

buat la nasi beriyani tu.. :)

Neeza Shahril said...

Kak Tie,

neeza jugak yang tak reti nak masak beriyani Kak Tie.. kenalah beli...

===================================

Sha,

kat sana banyak service provider.. tu yang semua pakat bagi rate murah.

resepi tu ada kat blog resepi akak Sha..

===================================

Kak Olie,

nanti neeza kenalkan ye.. hehee..

Adry said...

Hmm masak apa .. kengkadang saya pun blank gak.. hahaha.. kalau sahur tu susah susah buka ikan tin jerr setel.. hahahha

Cheese kek tu nanti upload la gambar ek.. hehehe

Adry Sabry @ http://www.adrysabry.com

YuszTieY said...

tero dah tu pandai goreng daging n masak ayam kicap,ore lagi teruk pes time mai mesir ni basuh baju sendiri n takat pandai goreng telur mata kerbau ..heheehe..lagi teruk dr k.ja...
alahai kakak..byk dah tu ummmi masak..lebih dr kenyang dah tu..sian kat ummi tak larat ...kakak la masak sendiri...boleyyyyy

Cat Cat said...

Sedapnya nasik beryani...

Ooohh, kalau kena tepuk belakang, takyah puasa ya... Kelakar lah Coan ni... Hehe.

Zahraa George said...

uish,beriyani lagi..hehe...tapi beriyani tu mmg sedap..as kalau beli roy dah x berapa makan :(
jemu kot..
as sorang nak habiskan..
kenkadang dah habis menu kan nak fikir..rupanya susah jugak jadi chef nih :P tukang makan senang jer..makan jer,takyah fikir2..kalau sedap banyak la makan,kalau tak,masuk la cik tong sam pah tu..hehe...

zino said...

kalau kat sini bila dah kehabisan resepi tu sesekali pegi le tunjuk je.. atau oder je.. hehe..

tapi sekarang nak pegi tunjuk pun dah naik malas.. balik nanti adik kata tak sedap dia nak makan yg mak masak jugak.. macam mana mem nak masak nya sampai rumah pun dah kol 7.00 ptg ..

kadang dia oder nasi goreng spoecial minta mak dia masak hehe

zura aini said...

kelakarlah idea coan, he, he, auntie suke, mesti nakal ni.dah tak tahu nak masak apa, tidak pun buat jadual macam kat hostel dulu2.he, he...

Neeza Shahril said...

Makteh,

neeza suka terubok goreng.. yummmyyy!!
nak order 1! hehee..

===================================

Puterisatu,

senang lah cam tu.. tak yah susah2 kan..
en tong sam pah tu memang sentiasa penuh ;)

===================================

Shimanoseki,

anak dara saya tu memang yang paling genius dalam bab2 gitu..
sungguh tepak!!!

Neeza Shahril said...

Mamamia,

wah wah!! terernya akak.. masa tu dah pandai buat nasi ayam dan donut..

beryani tu memang sedap kak!

===================================

Dayat,

kalau ada rezeki jumpanya.. :)

taklah... sebab terpaksa... huhuuuu hehee..

===================================

Adry,

ikan tin pun sedap kan.. akak nak masak ikan tin lah pulak nanti hehee..

cheesecake tu nanti ye ;)

Neeza Shahril said...

Tiey,

wah wah!! dari telor mata kerbau ke masok kerbau pun buleh nih... memae terer la Tiey lor ni :)

kakak memae lagu tu Tiey.. tapi dia tahu ummi dia letih.. :)

===================================

Cath,

kalau datang sini nanti neeza belanja nasi beryani sedap ni :)

Coan tu memang gitu hehe..

===================================

As,

samalah shahril.. dia jemu jugak.. maklumlah diorang almost everyday makan benda yang sama kat kat tempat kerja..

memang letih jadi tukang masak ni kan..

Neeza Shahril said...

Zino,

kat malaysia senang kan.. tunjuk aje..
sini takleh tunjuk sebab tak ikut selera sangat..
bijaknya adik.. nasik goreng special tuuuu hehee..

===================================

Kak Zany,

Coan dan kakak dia tu kalau bagi idea2 yang menggeramkan hati memang pandai..

buat jadual ye.. hehee..

Akak said...

Salam neeza...

Samalah kita, selalu diserang penyakit nak masak apa, hari2 masak ketandusan idealah pulak..

elisataufik said...

elisa paling tak suka kalau kena buang makanan. Rasa membazir dan berdosa sangat.. kalau ada lauk yang jadi camtu, memang elisa tak masak dah lauk tu lain kali.

Semalam taufik ajak some of his Omani colleagues datang, so elisa masak cucur udang, nasi ayam and chocolate cake.
Harini nak goreng sotong garam kunyit and asam pedas ikan kembung aje. Bancuhan cucur udang ada lagi sikit, and chocolate cake banyak lagi.. heh heh .. selamat..

Hopefully dapat idea ;)

RozIlah Kamarudin said...

elisa, nak dtg makan...

tulah knape tak jadi pindah jubail dulu??!! Kan skrg ni merana tak ramai Mak Melayu Merantau di sini... hu hu hu

Neeza Shahril said...

Akak,

tu la kan.. kalau ada 2nd chef bestnya.. hehee..

===================================

Elisa,

neeza pun gitu sebenarnya.. selalu neeza recycle dan habiskan jugak. Tapi kalau dah bau busuk tu kan.. tak larat dah nak makan.. terpaksa buang...

sedapnya choc cake.. lama dah tak makan ni :)

===================================

Kak Olie,

nanti ramai tau kak nak datang jubail ni :)