Wednesday, September 17, 2008

Cuti umum di Saudi



Public Holiday tu cuti umum kan! Takut tersilap nanti ada orang marah hehee.. Neeza selalu confuse, umum dan am ni sebab sebutan dekat-dekat sama. Hari ni cuti umum di Malaysia, di kebanyakan negeri rasanya, bersempena Nuzul Quran. Tidak di Arab Saudi ni. Tiada cuti untuk Nuzul Quran di sini :).


Kalau di Malaysia dulu (masa kerja), Neeza selalu tunggu cuti umum. Memang best cuti yang tak payah apply ni. Nak nak kalau cuti tu berderet dengan hujung minggu. Lagi lah best. Lepas tu tambah lagi dengan cuti apply (annual leave lah tu). Silap-silap cuti umum sehari, jadi seminggu huhuuuu... Tapi itu time-time bosan kerja lah. Kalau ada task yang urgent, tak best lah pulak bila cuti ni. Nanti banyak benda tertangguh.


Macam yang Neeza cakap tulis tadi, di Saudi tiada cuti Nuzul Quran. Bukan Nuzul Quran saja. Hari Agong ke hari sultan ke, takde cuti. Cuti yang ada hanyalah 3 jenis iaitu:

1. Hari Raya Puasa - 5 hari
2. Hari Raya Haji - 5 hari
3. Hari Kebangsaan - 1 hari

Itu sahaja. Tapi tengoklah, 5 hari tuuuuu.. Kalau campur dengan cuti tahunan (annual leave), bertambahlah lagi.


Psst.... nak kepoh sikit ni. Bulan puasa (ramadhan) ni patutnya jadi bulan ibadat kan. Kerja pun ibadat juga. Tapi, di Saudi ni kelihatannya macam bulan untuk berehat. Office hour bagi staff yang tak kerja shif ialah 9.30 pagi - 3.30 petang. Kalau hari-hari biasa, office hour start pukul 7.00 pagi. Lewat 2 1/2 jam!!


Kenapa lewat? Dari sumber sumber yang boleh dipercayai, orang-orang sini biasa bangun malam. Solat tarawih tu ada yang buat 10 rakaat di masjid dan 10 rakaat di rumah. Di rumah tu setelah diorang bangun selepas tidur. Dekat-dekat sahur lah kiranya. Lepas solat tarawih, diorang sahur then solat subuh. Lepas tu tidur!!! Bangun jam 9 pagi, untuk pergi kerja. Ada sesetengah company, start pukul 10 pagi!.


Cuma 1 benda yang best - waktu clinic / hospital di lanjutkan hingga ke 11.30 atau 12 malam (diorang start lambat lah tu maknanya). Jadi, senang lah kan kalau nak pergi hospital untuk jumpa doktor. Of courselah, kalau emergency tu, anytime lah kan. Office hour government sector yang lain, Neeza kurang pasti sebab tak deal dengan diorang kan :).


Oh ya! Gambar iftar semalam lupa nak ambik. Masa sahur pun lupa. Kurang dah 1 gambar. Tapi takpelah. Kami makan simple aje semalam. Sambal udang, ikan bakar cecah asam kicap dan sambal daging (serunding import khas dari Kemaman). Neeza buat kuih lopes. Rupa memang out. Rasa okaylah. Taklah perfect. Maklumlah, anak murid baru belajar ;).


Semalam Shahmey selesai final dose nebulizer. Hopefully dia fully recover soon. Ummu Shahmey?? Masih tak sihat. Sabar aje la..

18 sugar & spice:

elisataufik said...

Tapi tahun ni sekolah budak2 cuti panjang... start dari Saudi national Day (23hb Sept), Sampailah lepas raya (Oct 5 baru masuk sekolah).
Harap2nya bertambah lah pahala puasa bonda diorang sekiranya bersabar sepanjang cuti itu...
tee hee.

eh eh.. maybe can get them to help buat kuih raya, kan kan kan?
;)

zura aini said...

malaysia kalau cuti memang memeningkan bos-bos jepun, omputih dll, banyak sangat, production nak run pun susah.Kita yang syiokkkkk...

neeza, tengah dahaga sangat ni sebab merayau KL, terik pula cuaca. hishhhhhhh, cendol kat bawah tuuuuuuu, wpun bukan peberet tapi mengancam betul.

أم الليث said...

bestnya cuti/start lambat time ramadhan. ye la..time ni la kita nak ibadah khusus cam nak rak kan. kerja mmg ibadah tp itu utk dunia.

dugaan saya..time bulan puasa ni la jadual packed cam apa. balik rumah pancit..kalau dpt buat 2 rakaat tarawih tu pun kira achievement yg besar. selalu terpk kan best kalau kelas start lambat skit hehe.

hmm grass is always greener on the other side.

Kak Elle said...

oh 5 hari cuti untuk raya bagus tu kan...

sini hanya 1 hari aje..kalau jatuh sabtu bagus jugak hari ahad sambung raya kan?

cheryna zamrinor said...

sha pon tak cuti sebab UK tak cuti:(

halamaaaakkk...rugi la tak dpt tgk model kak neeza arinieh:(

Adry said...

Uiks... blum sihat lagi... huhu... sabar yer...

Waa... lewatnya masuk kerja... mmm... kalau Malaysia buat macam tu apa la yang berlaku ek.. hehehe

Adry Sabry @ http://www.adrysabry.com

Neeza Shahril said...

Elisa,

ye ke? Neeza tengok schedule, cuti 3 hari je. Diorang dah tukar eh?

hehe.. masa ni lah bonda nak test 'kesabaran' ;)

Lisa nak buat kuih raya?? ehemmm.. nak gi raya rumah dia lah balik nanti hehee..

===================================

Kak Zany,

dah jadi culture kita kot kan, bila aje je public holiday, staff akan sambung cuti. Tu yang orang luar tak suka. hehee..

ala cian akak.. cendol tu gambar aje. kalau neeza dapat pun, suka sangat hehee..

===================================

Aliya,

kesian Aliya.. akak faham situasi Aliya kat sana. Mana ada nak dapat time off ni kan. Takpe Aliya, at least ada niat. Allah Maha Mengetahui tu..

by the way, there's not much grass here.. :P (lawak di malam hari)

Neeza Shahril said...

Kak Elle,

bagi orang merantau cam neeza ni, memang best sangat sebab dapat maximizekan cuti..

===================================

Sha,

kesiannya.. takpe.. raya nanti cuti ye..

model direhatkan sebentar ;)

===================================

Adry,

thanks :)

kalau malaysia buat gitu, errr.. ramai yang terlajak tido hehe..

neomesuff said...

hari hari kerja! manage rumah and family..sampai tuaaaaa...uwaaaaaa

Zahraa George said...

Rehat banyak2 la akak..sib baik shahmey dah ok dah :)
al-lulu tu kat fanateer ker akak?pernah dgr k.mala cakap dia g situ..service ok tak?

pB said...

salam


rasonyor di mesia jah hok banyok cuti umum n cuti am...

tu tok cha'pur cuti sakit lagi tu ..

he he he



Ja ,

minta alamat umah
nak antor kad raya

Tie said...

OOiitt!! Terkejut tgk kucing tu..ingat Neeza yang dok mengeliat dlm selimut tu..Ish ..mata kak tie ni dah rabun sikit..Jalan mlm pun kena pimpin dgn anak..takut langgar tiang atau masuk longkang..

Masih tak sihat ke..Mknlah vitamin ke..Agaknya letih..tak pe lah..dah tak lama lagi nak sambut raya..Ceria laa sikit..hi hi..

KM said...

Pandai buat kueh lopes ekkk?

Jie said...

seronoknya ...banyak pengalaman baru yang kita tahu...

kalau tak cuti, agaknya ramai yg tak sedar pun kedatangan Nuzul Quran tu

Neeza Shahril said...

Neome,

takpe.. nanti anak2 besar, diaorang lak take over hehee..

===================================

As,

thanks As :)

Al lulu tu kat ferdos sector di fanateer. besar gak clinic dia.. Nama dia Al Lulu Dispensary. Tapi takde wad. Khas utk rawatan aje. Tapi complete. Semua clinic ada.. Dentist pun ada..

service rasanya ok.. tapi ramai betul orang.. arab lah yang penuh..

===================================

Kak pb,

sungguh tu.. mesia paling banyok coti hehee..

Ja email doh address ko kak pb :)

Neeza Shahril said...

Kak Tie,

kalau lah itu neeza, memang nak kena cubit hehee..
hati2 jalan kak Tie.. jangan masuk longkang ye.. ;)

neeza ni rasanya lebih kepada alahan.. tu yang teruk sikit..

===================================

KM,

first time buat laaaa... hehee..

===================================

Kak Jie,

betul tu kak Jie.. neeza sendiri pun tak sedar nuzul quran..

Fadzilayaty Ramli said...

Alya sekarang memang standby ubat macam nebulizer tu (yg portable nya). if batuk teru sgt fadzila bagi..

Neeza Shahril said...

Fadzila,

ooo gitu.. senang kan.. sebab kalau budak batuk, susah nak bagi ubat..