Tuesday, September 16, 2008

Cendol dan Beko



Semua orang tahu cendol kan. Beko tu apa? Hehehe.. Beko tu adalah nama saintifik untuk Bengkang! Percaya ke? Jangan percaya lah. Arwah nenek yang Neeza panggil Mok panggil Beko - bahasa kelantan. Somehow, Beko yang Mok buat memang sedap. Tapi, tak yah lah tanya resipi sebab Neeza sendiri pun tak pernah tanya dia. Bukan rahsia pun tapi Neeza yang saja tak tanya.


Bila bulan puasa aje, Neeza mesti teringat pengalaman menjual kuih di gerai masa kami sekeluarga tinggal di Kg Binjai, Kemaman. Mok dan Ma berpakat-pakat buat kuih muih dan jual. Kadang-kadang ada jugak makanan lain macam mee goreng (eh! ada ke ek? lupa la pulak. Bada, ada ke mee goreng?).


Bila Neeza balik bercuti (dulu Neeza sekolah asrama), Mok akan suruh Neeza dan adik Neeza, Bada (Shima), jaga gerai tu. Neeza suka tapi Bada tak berapa suka. Tak tahu lah kenapa. Dia malas lah tu hahahaha!!! Sebenarnya seronok tengok kuih-muih tu dibeli orang. Lagi seronok bila ada repeat customer yang datang lagi esoknya. Kadang-kadang tu, bukan esoknya. Baru aje nampak muka mamat tu beli tadi, tak lama kemudian, datang lagi beli benda lain pulak. Heheee.. dalam hati perasan lah, mesti kuih yang dibeli tu sedap. Padahal bukan Neeza yang buat pun. Ada juga masa-masa yang Mok dan Ma (mak neeza) buat kuih lain-lain. Hari ni kuih lain, esok kuih lain. Ada customer datang tanya, kuih 'yang semalam ada hari ni takde' tu takde ke? Kesian lah pulak kan. Manalah kita tahu dia suka kuih tu. Kalau tahu, senang lah sikit. Tapi, cendol memang tiap-tiap hari ada. 1 bungkus RM1 aje. Tapi banyak isi cendol dalam tu dan boleh tahan berhari-hari. Kami pun naik jemu makan cendol tu (masa tu lah). Cendol yang Mok buat ni cantik dan tak hancur macam sesetengah cendol tu.


Kalau Mok buat cendol, Neeza jadi tukang kacau. Bukan kacau cendol tapi kacau Mok memasak. Dia berpeluh-peluh la mengacau adunan nak buat cendol tapi Neeza sibuk la bertenggek kat sebelah dia tanya itu ini. Tapi, tak pulak Neeza tanya resipi cendol tu hehee.. Mok pernah suruh Neeza belajar buat cendol tapi biasalah kan. Masa tengah sekolah manalah nak terfikir pasal nak belajar masak ni. Sekarang baru lah terkial-kial mencari resipi sana sini.


Antara kuih-kuih yang kami jual di gerai tu ialah Cendol, Bengkang, Puteri Mandi, Badak Berendam, Butir Nangka, Buah Melaka, Puding Jagung, Agar-agar dan entah lah. Neeza pun tak ingat dah. Masa tu mana lah terfikir nak ambik gambar nak letak kat blog. Blog pun tak kenal. Maklumlah, hampir 20 tahun yang lampau. Neeza pun tak ingat dapat ke tidak upah untuk jual kuih tu hehee..




Habis kisah si penjual kuih, kita tukar ke cerita berbuka semalam. Hari ke 15, idea nak masak pun macam dah hilang. Bukanlah excited nak raya tapi mungkin sebab badan pun tak sihat. Jadi, otak pun agak kureng sikit berfungsi hehe.. Neeza masak simple sangat. Lepas tu ditambah dengan cucur udang yang letak udang seketul-seketul dalam tu. Bukan Neeza yang buat cucur udang tu. Takkanlah Sophea, Coan atau Shahmey kan. Sape lagi yang ada dalam rumah ni. Haaa.. dia lah! hehee..


Oh ya, semalam Coan puasa lagi walaupun dia ada makan sebiji coklat. Dia kata, dia lupa. Jadi, Neeza suruh dia teruskan puasa.


Lepas berbuka dan selesai segala kewajipan, kami pergi klinik Al-lulu. Dose kedua nebulizer untuk Shahmey. Neeza pula ke doctor ENT untuk selsema dan sakit tekak yang Neeza alami beberapa hari ni. Sebenarnya nak jumpa GP aje tapi kat sini, bila cakap je flu, sore throat, terus receptionist tu bagi jumpa ENT. Well, lebih baguslah kan gitu. Doktor pesan, ubat ni makan 3 kali sehari. Neeza bagi tau yang Neeza puasa. Sedap-sedap je doktor tu kata, tak payah puasa lah. Amboiii... senang aje kan. Macam dia nak tolong gantikan puasa Neeza. Kalau kat Malaysia, payah nak jumpa doktor nasihat gitu. Mesti doktor akan cakap, makan ubat masa sahur dan berbuka. Tapi doktor ni lain sikit walaupun dia Islam. Mungkin bagi dia kesihatan lebih penting agaknya. Tapi betul juga. Kalau dah sakit sangat macam mana nak puasa. So, pendek cerita, Neeza balik dengan 4 jenis ubat!


21 sugar & spice:

Kak Elle said...

neeza tak mintak mok recipe kuih2 tu ke?ni kalau turun dr keluarga sendiri recipe mesti best punya...btw neeza bolih bagi kakelle alamat di KL nanti nak pos headband tu...jgn lupa ye.

Mak Teh said...

Hmm! Cedol itu amat menggoda! Esok mak teh nak cuba buatlah. Bukan nak buat isi, menyusahkan walaupun tahu gak caranya.

Cara yang lebih senang, mak teh nak buat di sini saja... Lebih senang beli isi cendol di pasar ( yang buatan M lah ), beli kelapa parut fresh, perah sendiri pakai air masak suam, buat pekat masukkan sedikit garam dalam santan, masak air gula kabung juga pekat atau lebih sedap kalau ada nisan nira , masukan semua bahan itu kacau. Masukkan dalam gelas, tambahkan ketulan ais, kacau dan minummm. Hmmm best!! Cubalah!

Raihah Rosli said...

Binjai K neeza? Sy rse sy mcm slalu g kat c2 ntuk bli kuih pptg. Kalo x silap la mmg ade satu tmpt khas org jual kuih2 ptg kat c2... btul ker? Sy ske blik Kemaman...mknn best2! :)

Cendol tu sgguh menyelerakan! Terliur lak tgok tgh2 pose ni :P hehehe

cHeRyNa PiReS said...

sedap2nye kuih yg kak neeza sebuyt dlm nieh...untungnye kak neeza sbb ade ahli keluarga yg pandai buat kuih. ibu sha tak pandai, dlm seumo idup baru dua kali gaknye buat kuih tuh:D

btw....model kak neeza makin pandai berposing dr hari ke hari:D

aNIe said...

Neeza...cendol memang sedap...lebih2 kalau gula tu dilebihkan gula Melaka...sedap...

Seronok berniaga bila ramai customer yang datang...dulu kecik2 akak jual sayur aje...petai...kangkong...bendi...heheheh...sayur2 tu bapak yang tanam...jual keliling kampung...20sen aje seikat...murah kan?

Akak suka bengkang ubi...

as said...

oo..beko tu bengkang la yer..hehe..dah tahu satu bahsa kelantan :)
ingat akak buat cendol..kikiki..rupanya cerita pasal cendol...cam sedap la pulak tengok cendol tu..nak buat malas nak kacau :P
muka coan muka letih..puasa la tu..bagus la coan..dah 2 hari a posa..hehe..

oo,pasal ubat tu kan,memang yer lah..doc kat sini kalau cakap 3x sehari,mesti makan 3x tak kira puasa ker tak..as nih kena makan 3x sehari gak ubat thyroid tu,tapi dah kalau sebulan tak puasa,bila masa la as nak ganti puasa sebulan..ee...tak nak la as.as makan lepas bukak n sblm sahur jer..hahaha..as buat bodo jer la.hujung bulan test darah mesti kena marah lagi la ngan doc :P

Abahnajwa said...

Neeza

Cendol sedap..bengkang sedap..badak berendam lagi sedap..ish..ish..ish..Saja jer Neeza ni tau..(kecur dah nii)

Adry said...

Beko? Bengkang?? apa tu kak?? oh ye.. sungkai tu maknanya berbuka puasa.. orang Tawau panggil cam tu.. hehehe...

Harap akak cepat sembuh... wah model dah pandai bergaya la.. hehehe

Sedap jerr tengok cendol tu.. mmm

Adry Sabry @ http://www.adrysabry.com

Neeza Shahril said...

Kak Elle,

masa tu kan tak terfikir langsung yang neeza ni akan masak hehee.. sabar je kan..
neeza dah bagi address tu kak elle :)

===================================

Mak Teh,

kat sini kalau nak makan cendol, kena kacau sendiri lah jawabnya hehe..

Cara Makteh describe cendol tu memang menyelerekan.. ;)

===================================

Raihah,

masa akak jaga gerai tu, rasanya, Raihah tak lahir lagi kot hehe..

kat pasar binjai sekarang memang ramai orang jual kuih..

===================================

Sha,

sebab ayah akak suka makan kuih2 kot.. maklumlah, orang kelantan suka benda2 manis kan.. ;)

model tu puasa.. jadi boleh masuk gambar hehe..

Neeza Shahril said...

Kak Anie,

kalau time2 panas macam kat sini, pekena cendol ais.. fooh!! sedap kan.. ;)

akak jual sayur ye? neeza suka petik sayur.. arwah nenek neeza pun suka tanam sayur. neeza jadi tukang petik hehe..

===================================

As,

akak nak buat cendol tapi malas sangat. Dah la sarang dia takde.. alasan je sarang takde tu hehee

Coan puasa ikut dan aje tu hehe..

tu la kan.. pasal la doctor2 kat sini cam tu. kalau kat malaysia, ramai la yang bagi alasan tak nak puasa hehee..

===================================

Abah,

ni memang entry menggoda.. hehe.. takdelah.. teringat masa kecik2 dulu.. :)

===================================

Adry,

beko dna bengkang tu benda yang sama. Kuih bingka setengah orang panggil.. yang lembik2 sikit.. pas tu bakar tu.. ada yang panggil kuih bakar..

Sungkai tu buka puasa.. akak ingatkan gathering.. hehee..

thanks..

cendol tu dugaan je tu.. hehe..

~akuni~ said...

Bulan posa ni minum/makan cendol memang sodappppp....

Cat Cat said...

Neeza,
Nak mintak resepi cendol, boleh..?? Dapatkan resepi Mok/Ma Neeza ya..?? Cath nak cuba buat cendol kat rumah.. Hehe.

silversarina said...

salam,

dah 2 hari cari cedol sedap tak jumpa, kedai tutup , pegi kuantan tutup gerai mamak tu... tengok hari ni pulak... hai nasiblah pagi lagi dah terliur, macam budak-budak akak ni :P

semalam hubby akak masak popia sardin, sedapnya sebab lama tok kadok dah dia tak masak ...hehehe.

RozIlah Kamarudin ImOlie said...

nampak best nye cendol. bg la resepi

ni akak nk tunggu subuh, nk solat lepas tuh zzzz

Tie said...

Laa..napa la nampak meriah sangat cendol neeza tu..pagi2 ni dah fikir pasal cendol lak..Kuih beko pun sedap..pernah beli kat sini,panas2 lagi..hi hi..

arsaili said...

salam..tu dugaan bulan puasa eeeheheh

elisataufik said...

alamak.. dah baca ni, terasa nak makan tepung boko pulak dah.. :P

♥~ir@~♥ said...

baru jer minggu lepas makan cendol,,mak ira buat,,sedap kalau buat sendiri nih kan kak neeza

Neeza Shahril said...

Akuni,

cendol mamak best kan.. hehe..

===================================

Cath,

nanti neeza tanyakan Mak Neeza.. kot2 dia ada belajar..

===================================

Kak Rina,

ala Kak Rina.. bukan akak aje.. Neeza ni pun sama dan selalu pulak tu gitu hehee..

amboi.. darling masuk dapur ye. syoknya makan masakan orang yang payah nak ke dapur ni kan :)

===================================

Kak Olie,

mana neeza retiii.. makan reti lah.. huhuuu.. nanti nak belajar lah. Balik ni nak cari sarang hehee.. ye ye aje kan..

tadi pun neeza online kejap. pas tu zzzz jugak :)

Neeza Shahril said...

Kak Tie,

tu bukan cendol neeza buat. gambar cilok tu hehee..

rindunya kuih beko :)

===================================

Arsaili,

dugaan besar tu ;)

===================================

Elisa,

buat lah.. pas tu hantar sikit kat Jubail ye hehehee...

===================================

Ira,

cendol buat sendiri, fresh.. memang sedap. Mak Ira pandai buat cendol ye.. wah wah.. boleh la gi Tawau gini hehe..

l i e y n said...

kak neeza, bengkang tu bingka ubi ke?