Sunday, September 14, 2008

Sabar lah sayang



Hari ni Neeza tak sihat. Shahmey pun tak sihat. Shahmey selsema dan batuk. Neeza selsema, sakita tekak dan pening kepala. Rasa macam nak demam pun ada. Kalau orang tua sakit, kenapa teruk sikit? Mungkin sebab immune system tak sebaik budak kecik. Sejak semalam lagi Neeza dah kena nose block dan sakit tekak. Bangun pagi tekak kering sangat. Sabar ajelah nak nak di bulan puasa ni. Mana boleh nak minum air kalau sakit tekak tu. Kena banyak sabar. Dugaan di bulan puasa kot. Shahmey takpelah, dia tak puasa hehee..


Semalam, buat pertama kali dalam hidup, Coan berpuasa. Dia tak cakap pun yang dia nak puasa. Dia ada lah mention masa bersahur dengan kami pagi semalam. Neeza masak nasi goreng masa sahur sebab masa berbuka malam sebelum tu kami berbuka di luar. Jadi, no food - kenalah masak masa sahur. Dia mintak Neeza suapkan nasi goreng (memang dia ni manja banyak). Dia ada kata, dia nak puasa. Dah banyak kali dia sebut nak puasa tapi tak puasa pun. Semalam dia puasa! Alhamdulillah...


Dari dalam bilik, Neeza terdengar Coan mintak Sophea bukakan penutup bekas Nestum. Dia nak buat Nestum. Dia siap cakap kat kakak dia,

"Oan nak bagi Shahmey ni. Oan puasa.."

Terkejut gak si kakak tu hehee.. Tapi yang bestnya, masa dia nak suap kat mulut Shahmey, dia boleh rasa dulu sebab nak tau manis ke tak. Lepas tu dia pergi kat Neeza dan bagi tahu..

"Ummi, sorry ya.. Oan termakan sikit. Oan nak rasa manis ke tak."

Neeza pun kata, takpelah dan dia teruskan puasa. Neeza tak tahulah dia sengaja ke tidak bila dia rasa nestum tu hehee.. Tapi, hari ni memang dia tak nak puasa (katanya lah). Walaupun dia join sama sahur, dia dah mention awal-awal, dia nak makan tapi tak nak puasa.


Kejap tadi, Shahmey batuk lagi. Dengar macam ada banyak phlegm. Malam ni rasanya nak bawak lah dia jumpa doctor. Dengar kata, klinik/hospital buka sampai pukul 2 pagi bulan puasa ni. Mungkin sebab dia start pun lewat. We'll see..


Kisah berbuka semalam pulak. Buat pertama kali dalam hidup Neeza pulak, Neeza buat kuih gulung a.k.a kuih ketayap. Siap buka resepi di internet tuuu.. Lap top letak kat dapur sambil nak buat. Bila Kakak tengok gambar kuih gulung tu kat screen, dia siap cakap,

"Ummi buatlah kuih ni ya. Kakak suka sangat kuih ni.."

Heheee.. ye la tu.. Tapi memang dia suka pun kuih gulung ni. Dulu, masa-masa dia puasa kat Malaysia, kalau dia nampak kuih ni kat pasar ramadhan, mesti nak beli.



Maka terjadilah kuih gulung semalam. Pada mulanya, bancuhan tu agak pekat. Ehemmm.. Neeza memang ada pengkritik tetap dalam rumah ni. Jadi pengkritik tetap tu lah yang menambah air dan bancuh semula. Barulah nampak senonoh sikit. Kuih yang tak senonoh, makan jugak. Kuih yang senonoh, barulah boleh ambik gambar hehehh..




Gambar di atas adalah juadah berbuka semalam. Disebabkan model tu puasa, dia diberi keutamaan untuk masuk gambar ;). Makanan lain yang Neeza masak ialah Gulai Lemak Cili Api Ikan Gelama, Ikan bilis goreng berlada campur kacang tanah dan kentang serta Sayur bayam masak rebus hehee.. Kat dalam gambar ada apam apa entah - yang tu dibeli. Ingatkan manis or at least masin. Tapi, rasanya masam! Macam tosai lah kot tapi tebal dan takde pencecah apa-apa pun. Jawabnya, buang saja sebab takde sape nak makan. Sayangnya kan...

19 sugar & spice:

elisataufik said...

rajinlah neeza masak lauk 2,3 jenis.
Elisa selalunya paling banyak, 2 lauk aje. Satu kering, satu kuah. Kalau ayam/daging masak kering, then maknanya ada kuah sayurlah (sup ke, masak lemak ke) . Kalau ayam/daging ada kuah, maknanya sayur salad/ulam lah..
and then satu kuih for berbuka. SInce my kids tak kuat makan manis, selalunya something savoury like samosa or cucur bawang/udang.
Ada sekali tu aje elisa buat agar2 sirap for dessert, itupun tahan berhari-hari.

zany said...

alahai, bijaknya model sorang tu ye, nak merasa nestum dan teringin sebenarnya tu, kesian,,,,mesti pada dia sedap sangatlah nestum waktu tu.

Kak Elle said...

neeza sakit ye?banyak rehat dan makan ubat masa berbuka dan sahur.

coan lupa agak dia puasa bila merasa nestum tu:)

Shima said...

ala coan....puasa ye..bagush..bagush..sodapnya kuih ketayap tu.nanti boleh order 16..wokey?

Adry said...

Huhu... banyakkan rehat yer kak.. jangan lupa makan ubat... kuih ni panggil kuih ketayap ek.. huhu... sini panggil kuih dadar gulung.. hehhee

Adry Sabry @ http://www.adrysabry.com

as said...

wah,coan dah puasa!!sehari pun okeh la,janji merasa puasa sehari :)
dalam2 tak sihat pun akak masak..tabik la..hehe..as semalam makan beriyani jer..hehe..
rajinnyer buat kuih ketayap..hehe...sophea nih suka makan kuih ker...macam2 kuih dia suka..bleh la kawan ngan as :)

YuszTieY said...

rajin kak ja masak lam tak sihat tu,byk plok tu masak...ore sejak pose ni tiap arilauk sejenis jer masak tu pon tuk sahur...malas tul ore..
terliur la plok tgk ketayap k.ja,esok wak tayap la plok....jahat tul ore tiru idea k.ja sokmo...kihkihkih...

neomesuff said...

puan neeza..tak sihat pon masakkk...memang super rajin, kalau i dah 'mc' dah ..hehe

Cat Cat said...

Neeza,
Hope you will get better soon. Kuih ketayap tu Cath ingat lagi masa kelas sains rumahtangga, Cath & my friend siap buat kuih ni & bawa balik rumah.. Mak kata sedap.. Hehe.

pB said...

syabas Coannnn ....



bilo dok jauh ni , panda pulok masuk .......

noniey alias said...

wah, sedapnya kuih ketayap. leh amik resepi ni. dah letak resepi belum? make sure letak resepi yang senonoh nyer eh. hehehe

Tie said...

Neeza dah ok ke? Kita kat sini pun tak berapa sihat..musim demam,selsema dan batok..Anak2 pun gitu..sabar je laa..

manje said...

salam akak

akak da ok lom nih? sabo byk2 ye kak... manje doakan akak cepat2 smbuh... bagus ar coan da blaja pose... :)

> inti ape eik akak letak dlm kuih ketayap nih???

Neeza Shahril said...

Elisa,

Kadang-kadang je tu lisa.. sebabkan ada yang tak makan lauk tu. The kids lah yang fussy sikit. Sayur memang diorang tak makan. Tapi neeza buat pun tak banyak. sikit2 je.. :)

===================================

Kak Zany,

hehee.. memang dia hantu nestum pun. tapi rajin pulak suap adik tu.. :)

===================================

Kak Elle,

still tak sihat la kak elle.. nak makan ubat, neeza kena makan ubat yang doctor prescribed aje

Coan tu takleh nak kata.. sebab dia tu cheeky sikit :)

===================================

Shimanoseki,

16 aje ke?? 160 pun buleeehhhh.. nok bagi sape tu? miow miow ke? :P

Neeza Shahril said...

Adry,

thanks adry..
haah.. ada gak yang panggil dadar.. dan ada yang panggil gulung.. tapi bendanya sama aje :)

===================================

As,

kalau ikutkan malas nak masak tapi kesian kat Shahril.. dia sebenarnya tak suka sangat beryani tu.. akak ngan Sophea je yang suka.

Sophea memang suka kuih. Kadang2 tu tak makan nasi dia.. :)

===================================

Tiey,

tapi kan.. Tiey wak kuih macae2.. sedak2 pulok tuh...
tiru je Tiey.. tu la gunonyo ada saing2 blog ni.. buleh buwi idea.. :)

===================================

Neome,

sebab dah jemu dengan food biasa kat kedai tu. Kalau kat malaysia, I order aje kat pasar ramadhan hehee..

Neeza Shahril said...

Cath,

thanks cath..
ooo.. cath belajar ye.. memang terer lah kiranya. Neeza baru ni la belajar nak buat hehee..

===================================

Kak pb,

memae betul tu kak pb..
kalu nok makae, bukae buleh beli2.. takdok jual pongg..
kenolah masok... huhuuu...

===================================

Noniey,

nanti akak letak ye.. yang senonoh hehee..

===================================

Kak Tiey,

agaknya, musim tak sihat ni 1 dunia kot kan hehehe..
semoga kak Tiey cepat sembuh..

===================================

Manje,

Salam manje.
thanks doakan akak ye...

akak letak inti kelapa tu manje..

cHeRyNa PiReS said...

sha suke sangat kuih nieh! teringat arwah nenek sha rajin buat kuih nieh...:D

kelakar bace sal anak kak neeza...shahmey tuh anak akak kan?macam name adik sha-shahmi:D

Superb GURU BaniHassim said...

mcm2 kan budak2 nk menghalalkan termakan atau terminum..

lawak sungguh..

xpe, at least kene blajar puasa...

Neeza Shahril said...

Sha,

nanti belajar, bagi akak ye hehee..

ohh.. sama nama ya.. tapi adik Sha dah besar kan.. :)

===================================

Cikgu,

budak2 kan.. cikgu dulu pun mesti gitu gak kan hehee..