Sunday, February 24, 2008

musim.. musim..



Macam macam musim ada. Ada musim durian, musim rambutan, musim duku, musim cempedak.. yummyyyy!! Sedapnya buah-buahan tempatan..heheee.. musim hujan, musim banjir hmmm..tak bestnya.. dan ada jugak musim AF (lari topic sikit tu heheee..) dan yang terbaru musim pilihanraya (4 tahun sekali je tu).


Tapi hari ni, Neeza nak cakap mengenai Musim Demam (MD - bukan Medical Degree tau! eh! Degree ke Doctorate ye? kena check balik ni heheee). Boleh dikatakan demam pun bermusim juga especially Demam Viral ni atau doctor selalu sebut Viral Fever.


Sebenarnya, Neeza tak pasti betul ke demam ni bermusim. Sebabnya masa kecil, Neeza selalu demam especially demam campak. Dah sebati dalam diri ni. Masa tu my beloved Mok (my late grandma) yang jaga Neeza, bertempat di sebuah rumah di Ketereh. Di situ lah Neeza membesar on and off dari umur 3 bulan sehinggalah umur 6 tahun. Heheee.. on and off?? Sebabnya, kadang-kadang Mok bawa Neeza pergi jenguk Ma dan Ayah di Bandar Pusat Jengka sambil Mok membawa kain-kain pasang untuk dijual kepada kawan-kawan Ma dan penduduk situ. Hehehee.. jangan salahkan Mok sebab sebagai orang Kelantan, darah berniaga tu memang mengalir dalam badan dia. Semoga roh Mok dicucuri rahmatNya. Amin...


Neeza rasakan demam ni bermusim sebab dalam rumah Neeza sendiri, semua orang dah kena demam dalam tempoh yang dekat dekat. Bukan rumah ni saja, rumah kawan-kawan Melayu Neeza ni Jubail ni pun sama. Ada saje orang demam. Dan every time Neeza bloghopping, pasti ada yang menulis dia atau pun anak-anaknya tak sihat sama ada demam atau selsema. Biasa lah kan, kalau dah demam, nanti dia jadi selsema, lepas tu batuk. Kalau yang lebih severe macam Neeza ni, sakit tekak lagi.


Jadi, rasanya betul lah kot hypothesis yang mengatakan demam ni bermusim.. heheee.. pandai betul virus ni kan. Mungkin virus ni sangat active sekarang. Climate dunia dah berubah agaknya...


Kepada semua kawan-kawan blogger, semoga tabah menghadapi dugaan ni ye (Pesanan ini ditujukan juga khas buat yang tengah menulis ni heheeee). Takpe.. orang kata, sakit tu dapat menghapuskan dosa tapi kita hendaklah bersabar dalam ertikata tak boleh merungut dan mengeluh.


Neeza doakan juga semoga kita semua cepat sembuh dan dapat beroperasi seperti sediakala semula. Insyaallah...

10 sugar & spice:

idham said...

assalamualaikum warahmatulllah....neeza....semoga semakin pulihd ari demam.:-)

demam yang bermusim tu mungkin demam yang berjangkit. Selalunya kalau musim haji banyak la jugak yg demam di mekah atau jeddah. semamsa duduk di jeddah, setiap musim haji kami di galakan injek ubat immunisasi dari hay fever dan demam yang sewaktu dgn nye.

sempat juga ye masukkan kan kehebatan wanita kelantan berniaga dalam entry pasal DM hehehe

idham

manje said...

salam

moga cepat sembuh... :)

Neeza Shahril said...

Idham,

waalaikumsalam warahmatullah.. panjang tu salam heheeee.. neeza dah hampir sihat :)

talk about immunization, before datang sini, ada my friend advise ambil immunisation tu kat Malaysia tapi tak ambik pun..

mesti lah Idham, wanita Kelantan memang terkenal dengan kehebatan berniaga dan neeza bangga dengan speciality tu.. cuma neeza ni je yang takde bakat sikit.. heheeee

-----------------------------------

Manje,

terima kasih.. dah beransur baik ni :)

zino said...

ada ke musim demam ni.. tapi kadang tu bila sorang demam lepas sorang sorang jadi nya.. apa apa pun jaga kesihatan.. banyakkan minum air masak dan banyakan rehat..

Jie said...

Salam neeza,

demam bermusim?

mungkin ye la kot...sorang je dlm rumah tu demam, mula lah berjangkit dgn yg lain..he he he


ni kita ikut perpatah...cubit paha kanan, paha kiri pun terasa sakitnya...

get well soon

Ummi said...

Kak Neeza, Ummi setuju dgn pendapat yg demam ni bermusim. Mane2 pn ade org demam skang kan.

Entry ni, ape yg menarik perhatian Ummi ialah Bandar Pusat Jengka. Why?? Sebab Ummi pernah study kat UiTM di situ. We used to call that place Jurassic Park. hehehe.. but seriously, banyak kenangan manis di sana. One of them, masa kami student ramai2 jalan kaki dr Bandar Pusat balik UiTM lepas shopping kat Pasaraya Mat Sapak! If I remember correctly, thats the only place yg besar nk shopping kat situ and nothing else. No KFC, no McD, no cinema. I'm reminiscing here... :P

maklang said...

maklang selalu jugak kena DM ni..Demam Malas...lari topic tak ni?

Neeza Shahril said...

Zino,

musim dia cam tu la.. berjangkit lepas sorang ke sorang heheee.. neeza dah tak minum air lain dah sekarang melainkan air masak dan halia letak madu. Jaga kesihatan la ni konon :)

-----------------------------------

Kak Jie,

betul tu. melarat-larat kan macam musim la jugak heheeee..thanks Kak Jie :)

-----------------------------------

Ummi,

tu la pasal. ramai sangat orang demam.
Bandar Pusat Jengka? Akak pun banyak sweet and sour memory kat sana. Yang sour tak yah ingat lah kot. Antara yang sweet ialah, lepas akak buat homework dengan Suzana (anak Mat Sapak tu la.. masa tu dia buka kedai kasut Bata je), akak akan pergi kedai runcit hujung beli Kandos! Masa tu Kandos la kira chocolate yang paling sedap heheee.. banyak lagi.. nanti la kalau akak rajin, akak blog kan. Tapi takde picture la...

Masa dulu bukan cam sekarang, bank pun takde lagi. nk pergi bank, kena pergi Maran heheeee

-----------------------------------

Mak Lang,

DM ye? kalau gitu neeza memang selalu kena la... heheeee

MAMAMIA said...

Satu yang Mamamia perasan, musim demam ni dalam satu tahun dah terlalu kerap. Ubat pun dah tak jalan...

Neeza Shahril said...

Mamamia,

betul tu. Cuaca dunia dah berubah. Pharmacist dah kena cipta ubat lain sebab badan manusia dah tak boleh terima ubat lama kot heheee..