Apabila membaca blog kawan-kawan yang memperkatakan mengenai bomoh, Neeza teringat satu peristiwa yang terjadi di depan mata Neeza sendiri yang mana sehingga kini masih segar diingatan.
Kisah ini berlaku lebih kurang 23-24 tahun yang lepas. Ketika itu, Neeza baru berumur 9 tahun. Biasanya, apabila tiba cuti sekolah, Mok (nenek sebelah Ayah) akan bawa Neeza balik kampung di Ketereh, Kelantan. Jadi, pada waktu cuti sekolah ketika itu, Neeza berada di Ketereh lah. Ingat lagi, masa tu Neeza sedang leka tengok cerita melayu di TV1 (Masa tu TV3 tak masuk Kelantan lagi hehehee...). Tajuknya Sumpah Semerah Padi. Neeza memang perasan Adik I, adik sepupu Neeza (masa tu umur dia belum setahun rasanya) dok menangis dan menangis. Tapi, dalam hati Neeza berkata 'biasalah budak kecik. kalau menangis, maknanya nak susu atau nak tidur la tu'. Jadi, Neeza buat tak tahu aje lah sehinggalah...
"WAAAAAAAAA!!!!!! Aku beciii!!!"
Satu suara jeritan yang sangat lantang. Neeza terkujat. Heheee... Terkejut sebenarnya. Betul betul terkejut. Neeza pusing kan kepala dari tv kearah bunyi jeritan tadi. Neeza tengok Mok tengah menjerit dan meracau. Satu perbuatan yang Neeza tak pernah tengok Mok buat. Muka Neeza terasa kebas. Pandangan Neeza kabur. Hanya warna kemerahan yang Neeza lihat. Badan Neeza kaku. Tak mampu untuk bergerak walau 1mm sekalipun. Abang J, sepupu Neeza yang tadinya baring disebelah Neeza, terus Neeza pegang (eh! tadi kata tak mampu bergerak. Boleh pulak tangan bergerak ya.. hehehee..). Tangannya Neeza pegang kemas. Neeza takut sangat. Takut yang tak terhingga.
Abang J hendak bangun tapi tangan Neeza masih erat memegang tangannya. Dia lantas berkata,
"Ja gi duduk dengae Abae K dulu. Abae J nok kelih Mok sbeta"
Dengan perlahan Neeza pergi dekat dengan Abang K. Mata Neeza terkelip kelip tengok Mok. Dalam hati Neeza berkata 'Kenapa lah pelik sangat Mok ni? Macam budak budak pulak menjerit dan melompat lompat'. Abang K suruh Neeza baca ayat-ayat Quran. Neeza cuba untuk membaca surah Al-Fatihah dan ayat ayat lazim yang lazim tapi rasa berat sangat nak buka mulut. Macam kena kepit dengan penyepit baju aje. Ada pulak gitu yek Hehehe... Tapi memang susah. Rasa terketar-ketar. Tapi Neeza gagahkan juga. Terkeluar juga ayat ayat Quran dari mulut dalam keadaan menggigil. Warna merah didepan mata tadi hampir hilang. Tapi, rasa takut masih tebal dalam diri.
Neeza nampak Kak N tolak Mok. Mok jatuh ke lantai. Macam pengsan. Tapi Neeza tak berani nak pergi dekat. Tak berapa lama selepas itu, Neeza dengar Adik I menangis lagi. Makcik M puas memujuk Adik I supaya berhenti menangis. Tiba-tiba,
"WAAAAAAA!!!!!! WAAAAAA!!!! Gi mu!! Gi mu!!"
Makcik M menjerit. Lebih kuat dari jeritan Mok tadi. Makcik M hampir melepaskan Adik I yang berada didalam pangkuannya. Nasib baik Adik I cepat dicapai oleh Kak N.
"Aku beci!! aku beci kko mu M! Aku beci!!!"
Jerit Makcik M lagi.
"Soh doh nih. Takdok laen doh. Yo doh. Bangak la.. gi panggae tok bomoh nuh. M ni doh keno hok demo tu doh nih"
Abang K akhirnya bersuara. Neeza lihat, Mok masih lemah di lantai manakala Adik I telah diam. Tapi, Makcik M masih meracau dan menjerit-jerit. Kain Makcik M hampir tercabut. Nasib baik Kak N nampak dan terus ambil tali untuk ikat kain Makcik M. Apa yang Neeza dengar, Makcik M banyak menyebut mengenai seorang perempuan yang dibenci dan namanya adalah nama Makcik M sendiri. Neeza pun tak faham pada mulanya.
Tak lama selepas itu, Tok Bomoh pun tiba. Ketika itu, Makcik M masih lagi meracau. Hati Neeza, Allah saja yang tahu. Sangat takut dan tak keruan. Ke dapur salah, ke depan pun salah. Nak masuk dalam bilik lagi lah takut sebab takde orang dalam bilik. Neeza asyik ikut kemana saja Kak J dan Kak M pergi. Mulut Neeza tak henti-henti membaca ayat ayat lazim walaupun dalam keadaan terketar ketar.
Neeza tengok Tok Bomoh naik ke rumah (rumah papan yang ada tangga) dan mula membaca sesuatu (ayat yang Neeza tak berapa dengar sebab dia seolah olah berbisik). Dia minta Kak N ambilkan telur ayam dan beras. Kak N ke dapur dan ambil beberapa biji telur ayam dan beras. Tok Bomoh duduk dan menjampi telur dan beras tersebut. Kemudian, dia panggil Makcik M. Makcik M disuruh duduk dihadapan Tok Bomoh tersebut. Selepas selesai Tok Bomoh menjampi telur dan beras tadi, dia menyuruh Abang J letakkan telur tadi di luar rumah manakala beras tadi ditabur diseluruh rumah.
Abang J akur. Pada masa yang sama, Makcik M yang berperangai sebijik macam budak budak duduk di hadapan Tok Bomoh dan ketawa, mengilai-ngilai. Seram Neeza rasa. Makcik M dah gila ke? Hati Neeza berkata. Tok Bomoh bertanya banyak soalan kepada Makcik M dan semuanya dijawab Makcik M, satu persatu. Kesimpulan yang dibuat Tok Bomoh, Makcik M telah dirasuk pelesit yang di hantar oleh tuan punya pelesit. Mengikut kata Tok Bomoh, pelesit akan masuk kedalam badan manusia untuk makan isi dalam manusia yang tidak disukai tuan punya pelesit. Pelesit (atau hantu) perlu di beri makan, katanya lagi. Jika tidak, dia akan mengganggu manusia. Neeza tak tahu lah kebenaran kata kata Tok Bomoh tersebut tapi sebagai budak yang berumur 9 tahun, Neeza terima saja apa yang dikatakan Tok Bomoh.
Tak lama kemudian, Makcik M mula sedar. Dia mula mengucap dan menyebut "Astaghfirullahaladzim". Apabila dia pulih sepenuhnya, Tok Bomoh bertanya kepada Makcik M apa yang sebenarnya terjadi. Makcik M pun memulakan cerita.
Tuan punya pelesit memang sangat dikenali di kampung tersebut kerana memang beliau ada 'memelihara' pelesit yang 'diturunkan' oleh orang tuanya. Pada suatu hari, beliau datang ke rumah Makcik M. Makcik M sedang memerhatikan orang menebang pokok kelapa yang telah condong ke rumahnya. Ketika tuan punya pelesit (kita namakan dia Makcik B la..) berbual dengan Makcik M, ada perkara yang telah membuatkan Makcik B kecil hati. Perkara itu tidak habis disitu sahaja. Rupanya Makcik B menyimpan perasaan dendam terhadap Makcik M.
Pada malam kejadian rasukan tadi, Abang J telah ke rumah Makcik B untuk megambil notanya yang dipinjam anak Makcik B. Abang J pulang ke rumah semula pada waktu Maghrib. Ketika itulah Makcik B hantar pelesitnya ke rumah kami, melalui Abang J. Pelesit tadi mengikut Abang J pulang (seram pulak rasa...). Bila kami ingat semula, memang ketika itulah Adik I menangis dengan tiba-tiba. Puas semua orang meredakannya tapi Adik I tak mahu diam. Mereka ingat Adik I hendak b*r*k tapi bukan. Tangan Adik I menggenggam seolah olah memegang sesuatu.
Mok mendukung Adik I untuk meredakan tangisannya tapi Adik I tak mahu diam sehinggalah tiba kepada kejadian Mok menjerit-jerit. Kak N perasan, Mok seakan akan mahu mencekik leher Adik I. Kak N segera mengambil Adik I. Kalau tidak, tak tahu lah apa akan jadi. Nauzubillah...
Makcik B marahkan Makcik M sebab telah mengecilkan hatinya. Jadi, dengan menghantar pelesit dan mengganggu keluarga Makcik M seolah-olah membalas balik perbuatan Makcik M terhadap Makcik B.
Pada malam itu, Neeza tak dapat tidur. Neeza minta dengan Kak M dan Kak Ja untuk tidur di antara mereka. Mereka tak kisah. Tapi, Neeza tak dapat tidur juga. Neeza minta yaasin untuk diletakkan di kepala. Masih tak dapat tidur. Malam itu Neeza rasakan sangat lama. Masih belum siang. Akhirnya, Neeza tertidur jugak.
Keesokan harinya, Neeza turun ke tanah melihat Makcik M membakar Kuih. Neeza bertanya kenapa Makcik M,
"Che' M, bakpo smale Che' M jjadi lagu tuh?"
Makcik M tersenyum dan berkata,
"Tok tahu lah Ja. Che' M tok sedar"
Sejak daripada peristiwa itu, Neeza rasa takut nak balik Ketereh lagi (tapi balik jugak). Setiap kali balik, mesti Neeza akan bertanya pada Mok mengenai Makcik B. Mok kata, Makcik B tak buat hal dah.
Sekarang, Neeza tak tahu apa dah jadi pada Makcik B. Anak-anak dia pun semuanya dah besar. Mungkin dia dah buang agaknya pelesit yang dia 'bela' tu. Harap-harapnya la sebab tak elok kita 'berkawan' dengan pelesit ni. Kalau nak mohon pertolongan, biarlah dengan Allah s.w.t, bukannya dengan pelesit. Wallahu'alam...
27 sugar & spice:
Neeza,
Seram juga kalau jadi macam ini. Rumah lama kami dulu macam ada benda jugak. sebab ummi selalu nampak kelibat orang naik tangga. Lepas tu bilik belakang, mil and my father tak berani nak tidur sebab bila tidur diaorang kena kacau. tapi bila kami tidor tak de pulak. lepas tu kami panggil pak sedara pulihkan rumah, dia sembahyang kat dalam bilik tu. tapi lepas tu kami pindah tak taulah apa jadi sebab rumah tu pun dah kami jual. tapi apa yang kami rasa thru experience rumah tu panas sebab anak2 selalu sakit dan kerap masuk hospital. allah maha mengetahui.
Salam Neeza,
Satu cerita yang menarik. Dulu2 semasa kecil di kampong, ada banyak cerita begitu. tapi dah tak ingat detailnya.
Makcik B tu dulu dikenali sebagai Makcik P ke?
best baca cerita macam ni but kalau nak experience sendiri tak yah lah...
Assalamualaikum warahmatullah,
Neeza,
Sekali lagi mahu mengusik Neeza ini...
Penulisan ini boleh ditulis semula dalam Bahasa Melayu Tinggi (BMT) dan dijadikan satu episod dalam bab "Balik Kampung" jibunsyi karya Neeza.. Boleh, bukan?
Ada peluang jadi 'Tunku Halim', penulis cerita seram best-seller - yang mendapat jolokan nama 'Stephen King Malaysia" itu..tetapi Neeza, versi Bahasa Melayu dan Stephen King Wanita..heh! heh!
Rujuk blog Tunku Halim yang mula menulis sejak berusia 14 tahun itu...
http://tunkuhalim.wordpress.com/
Wasalam
hmmmph..scary... i pnah siap tgk dirasuk lalu terbang..boleh?..brrr
satu kisah benar yang menarik neeza....
kisah seram ni.... orang dulu katanya biasa simpan/bela pelesit... kenapa ye !!!!!
adeh lee. dh le aku dok sorang2 kt umah. gi blog kak neeza tgh2 malam bute. alih2 cerita seram.. huhu..
Kak Ummi,
neeza pernah jugak dengar cerita rumah kena kacau. Alhamdulillah, neeza tak pernah kena.. eeee.. tak boleh imagine. Tengok orang kena rasuk pelesit pun neeza dah jadi robot, ini pulak macam tu.. Allah benarkan 'benda' ni buat suka hati sebab dia makhluk Dia juga kan. Cuma kita lah, kena selalu ingat dan mohon bantuan Dia...
===================================
Pak Zabs,
Neeza ingat cerita ni sebab tu lah first time neeza tengok dan terjadi kepada saudara terdekat yang dah neeza anggap macam Mak neeza juga.
Makcik B tu neeza tak ingat nama. Saje je letak nama Makcik B. Orang tak panggil dia Makcik P.. hehehe...
===================================
Ann,
to me, cukuplah sekali. tak nak dah experience. seram and takut masuk kat badan kita aje.. eeee...
===================================
Kak Umi,
hehehe. Stephen King Wanita!!! pandai Kak Umi ni.. hehehe.. boleh Kak Umi.. cuma, neeza tak banyak cerita seram. Ada 1 lagi, masa sekolah asrama. Tu kes histeria.. tapi neeza tak ingat detail sebab ramai sangat kena masa tu.. hostel kami kat tepi laut (di Kerteh). Ramai yang kata, penunggu laut datang kacau. Wallahualam..
wow!! Tunku Halim mula menulis sejak 14 tahun? bagusnya dia.. neeza start pada umur 34 tahun.. hehee.. lewat 20 tahun.. macam ye ye je neeza ni.. anyway, Insyaallah.. semangat dah ada.. :)
Neomesuff,
haa.. terbang??? tak pernah dengar tu. tengok tv selalu.. hehehe.. Nanti buat entry ye. Neeza baca pulak.. seram jugak kalau sampai terbang tu..
===================================
Ahni,
dan menakutkan... serik rasanya..
===================================
Kak Rina,
kata kebanyakan orang, untuk tolong diorang masa susah. Macam pelindung diri la kot. Orang dulu kan jahil lagi bab agama. Tapi, slowly ramai yang dah buang. Cuma cara buang tu kena betul. Kalau tidak, orang yang tak bersalah pulak kena...
===================================
Cikgu,
baca fatihah dan ayat kursi banyak banyak cikgu... dan jangan pandang belakang.. hehehe...
neeza...:-) abe idham baca setiap ayat...sungguh menarik cara prsembahan...cerita original...syabas! seperti kata umi, ini boleh di jadikan satu bab dalam jibunsyi neeza...
abe id dok cari balek emel hok ado contoh jibunsyi tu...tapi nok minta izin dari puan sifu dulu....nanti setelah dapat izin beliau, saya akan hantarkan.
sabar ye..
memang byk jugok abe id tgk pengalaman yg serupo. arwah mok abe id mulo buleh jugok tolong oghe hok keno mende lagu tu...hehehe....jadi rajing la tgk oghe maghi berubat!
tulih lagi deh...!
abe id
Wah seram jugak ya... Cath pun banyak dengar cerita camni.. Dirasuk hantu dan sebagainya...Ada pernah kawan Cath yang jadi air steward... Jumpa "si dia" dalam air plane... Downstair where the crew rest... Seram betul bila mamat ni cerita kat kita orang...
Idham,
terima kasih... sampai baca setiap ayat tu hehehe... tak semua kisah neeza yang neeza ingat sedetailnya. Yang ni exceptional sebab lain daripada biasa.
Terima kasih tentang email kepada Pn sifu tu. Nampaknya Pn sifu dah balas email neeza. Jadi, neeza tunggu contoh sinopsis dari dia. Tapi kan, bila sebut sinopsis, pening la pulak. takpelah, tunggu je dulu kan...
pengalaman neeza dengan pelesit, sekali tu aje. Yang lain2 tu histeria.. since neeza tak ingat sangat, susah nak tulis...
thanks for drop by :)
===================================
Cath,
haaa?? dalam airplane? adusss.. kecut la pulak perut ni.. heran ya. camana dia boleh masuk airplane pulak.. hmmmm...
dulu kat kampong zino pun ada yg bela pelesit ni.. kalau kita terserempak dengan dia di kedai ke dan tak tegur ke. apa ke. siaap le balik nanti ada lah yg kena..
tapi sekarang ni dah tak dengar dah..
Neeza, mak teh dah comment mush earlier tetapi bila nak tekan publish computer hang pulak. I commented that you write a good story because it is from your experience. Thats a very important point to note "write from experience " jadi cerita tu akan nampak real.
Zino,
tu yang neeza takut nak jumpa tuan dia tu. Kalau silap haribulan, dia bagi 'anak' dia kat kita.. eeee.. Nauzubillah..
===================================
Mak Teh,
thanks Mak Teh.. ini lah yang mampu neeza tulis. Nak tulis fiction tak reti sebab neeza tak banyak membaca. Nanti entah apa apa lah yang neeza tulis... hehehehh..
alamak baca malam-malam sorang ni, seramlah pulak
uwaaaa...bg komen dulu,tak baca pun lg...maklumlah serammm baca tajuk dah ler dlm gelap ni..laptop wenggg,so kene tunggu mlm baru leh online pkai lptop hubby...uishh dah subuh pun nie...ptg esok ler baca N3 nie..hehe.
kakjie tak pernah alami kejadian mcm tu tapi kata org..org dulu2 mmg ada simpan pendiding mcm ni...katanya buat jaga harta benda anak cucu...masalah akan timbul bila tuan dia meninggal dan gagal serahkan pada pemilik baru...
Lollies,
orang kata kat negara arab takde hantu hehehee..
===================================
Tulipurple,
takpe, tak seram sangat ;). SIkit sikit aje.. heheheee..
===================================
Kak Jie,
tu la pasal.. masalah bila takde sape yang sanggup nak ambik. tapi, kalau ambik, masalah nak pass nanti. Orang dulu dulu kan jahil bab agama...
Neeza...kak lady dulu pernah tgk orang sedang menurun...dia jadi harimau...tapi rupa tak lah bertukar...cuma dia merangkak...melompat sampai tembus bumbung rumah dia...mengaum...kitorang masa tu dalam belasan tahun...akak dgr ada orang kene rasuk...akak pun berlari pergi tengok...last2 kene marah ngan bapak...sebab takut bende tu mengikut...tapi kak lady tak takut...seronok...heheheh
takut nak baca... eii.. :(
aiyohhh..itu tajuk sudah buat wa takmau baca laaa...
Kak Lady,
alamak! harimau ke? kalau harimau betul pun neeza takut. Ini pulak harimau jadian... seram nyee.. berani la Kak Lady ni yee :)
===================================
Manje,
takpe.. takpe.. manje baca sambil pejam mata ye hehehe...
===================================
Miss Cloudy,
tajuk je gempak. Try baca tengok.. heheheeee...
Neeza,
Alamak...must be scary mary lah for a nine year old. But kalau sekarang pun, mesti kecut jugak...
Nicely done this entry...
kak neeza, takut nya baca cerita kak neeza.. teringat gak citer saya.. seram je..naik bulu roma bila baca.. nauzubillah..tak nak deal ngan benda2 macam tu dah.. dulu pernah sekali..tapi orang lain lah..saya tukang baca yasin.. tapi budak yang kena rasuk tu tiba2 tuding jari kat saya..marah saya jgn baca yasin...memang menakutkan masa tu..
Pak Mior,
sangat la scary nya. macam robot la jadinya neeza.. hehehe..
===================================
Noniey,
Kalau akak jadi noniey kan, agaknya mahu lagi kuat menggigil seluruh badan akak.. hehehee...
Post a Comment