Friday, April 11, 2008

Bibik oh Bibik... (Part 1)

Bagi memenuhi permintaan Kak pB yang ceria dan vogue (kak pb vogue ke? kena jumpa dulu baru boleh cakap hehehe..) beberapa hari lepas, hari ni Neeza nak bercerita mengenai kisah pembantu rumah yang Neeza alami sendiri. Sebelum Neeza meneruskan cerita, suka diingatkan bahawa ini adalah pengalaman peribadi Neeza sahaja. Tiada maksud untuk menghasut ataupun memberi tanggapan buruk terhadap mana-mana pembantu rumah. Seperti biasa, tujuan Neeza adalah untuk berkongsi cerita dengan kawan-kawan yang sudi menjenguk :). Untuk memudahkan cerita, Neeza tukarkan terms pembantu rumah ni kepada terms bibik. Okay tak? mestilah okay sebab Neeza yang tanya dan Neeza sendiri yang jawab hehehee...


Memang Neeza tak pernah terfikir untuk mempunyai bibik di rumah. Sebelum itu, selalu Neeza bercerita dengan kawan-kawan tempat kerja yang Neeza inginkan privacy. Dengan adanya bibik, banyak benda terpaksa dikawal. Contohnya, tak boleh lah nak bagi goodbye kiss pada Abang dimana sahaja dalam rumah kan. Mesti kena buat dalam bilik ataupun ditempat yang bibik tu takde. Pakaian pun kena jaga juga. Memang lah kita kena jaga aurat. Tapi kadang kadang terasa juga nak pakai baju yang jarang2 sikit (hehehee... acah aje laaa). Dah tak boleh buat kalau ada bibik. Perbualan pun kena jaga. Tak boleh sebarang. Lain lah kalau bibik tu sedara sendiri ataupun kita dah buat macam sedara, lain sikit kisahnya.


Adik Neeza, Bada pun dah cakap "banyak problem kakak dengan bibik ni". Oh ya, bila cakap pasal bibik ni, Neeza maksudkan bibik yang kita ambil dari agency dan biasanya mereka ni datang dari Ind0nesia lah. Bukan bibik tempatan. Kalau tempatan orang tak panggil bibik la pulak kan.. hehehe..


Tetapi (cewah! ada juga tetapi tu..), oleh kerana hal yang agak tidak dapat dielakkan, Neeza terpaksa juga mengambil bibik. Satu-satunya hal yang mengubah pendirian Neeza dari tak nak ambil bibik kepada nak ambil ialah apabila Abang mendapat tawaran bekerja di sini (Ar@b Saud1). Sophea dan Sobhan memang tengah menakal membesar dan Neeza pula pregnantkan Shahmey. Bayangkan, Neeza kena menjaga 3 anak dengan suami yang berjauhan. Neeza juga bekerja dan kerja Neeza selalu memerlukan Neeza kesana kemari (out station pun ada juga).


Panjang pulak cerita. Okaylah, dipendekkan cerita, Abang pun setuju mengambil bibik. Lagipun bibik ni boleh jadi teman Neeza semasa Abang di Ar@b Saud1. Sepanjang 8 bulan berada di Ku@ntan (sebelum ke sini), Neeza telah 'merasa' 4+1 bibik (hehehe.. macam jumlah bilik pulak). 1 tu ialah bibik pinjam dari Ma Neeza sementara nak dapatkan pengganti. Biar Neeza cerita yang 4 tu ajelah ya sebab yang 1 tu akan masuk di mana-mana 4 tu aje. heheee..


Kisah Bibik 1

Nama dia Ita (nama samaran atas sebab2 keselamatan). Pertama kali berjumpa Ita Neeza agak terkejut. PH dan KI bawa Ita pada suatu petang pada tarikh hari ni lah di tahun lepas (11 April 2007 - lebih kurang sebulan sebelum Shahmey lahir), Ita masuk rumah tapi mata Neeza mencari wajah lain diluar. Tetapi, hanya muka PH dan KI saja. Dah mereka agen kan. Tentulah wajah mereka saja. Neeza tanya, "yang mana satu" pada KI dan KI tunjuk pada Ita. Neeza senyum sendiri. Nak tahu kenapa?


Hehee.. (gelak dulu ni..). Bagi Neeza, Ita terlalu cantik bagi seorang bibik. Kulitnya putih bersih dan senyumannya memang berseri. Macam muka Z1zie Ez3tte pun ada. Sekali tengok, orang tak akan kata dia tu bibik. Hati Neeza dah risau "Alamak! takkanlah bibik cantik macam ni". Sape yang faham, faham lah ye. Sape yang tak faham, buat2 faham aje lah.. heheee..


Ita dah mulakan kerja sebaik saja tiba di rumah Neeza. Neeza tengok aje dia ambil baju untuk gosok. Dalam hati Neeza kata "rajin juga budak ni. Tapi.... dia comel sangat laaaa... hmmmm". Memang lah risau.


Neeza ialah Neeza. Neeza tak akan senang selagi sesuatu perkara tidak 'settle' dan setiasa membelenggu fikiran. Dalam bilik, bila orang dah nak masuk tidur, Neeza mulakan perbualan dengan Abang.

"Abang, cantikkan Ita tu."

Abang kata,

"Alah!! apalah cantiknya.. dot dot dot..."

Ada lah Abang sebut sesuatu tentang Ita tapi tak payah lah Neeza tulis sebab tak baik la kan. Neeza tak puas hati dan cakap lagi,

"Cantik lah tu. Dia putih, kulit gebu. Macam muka pelakon tu.."

Then Abang kata,

"Cantik lah kot.. sebagai bibik. Tapi takdelah cantik sangat dot dot dot..."


Tu diaaa.. Abang pun admit dia cantik walaupun ada tapi kat belakang statement Abang. Neeza memang tak senang duduk. Padan muka Neeza. Memang niat Neeza nak suruh Abang admit Ita tu cantik. Tapi, bila Abang dah admit, Neeza pulak yang risau.. hehehee.. Lepas tu, tak semena-mena Neeza cakap pada Abang,

"Lepas ni, Abang jangan balik rumah selagi Neeza tak balik tau.. dan kalau Neeza nak pergi kolej (lepas waktu kerja), Abang kena keluar sama"

Hahahhaa!!! Neeza bagi syarat pada Abang untuk elakkan perkara yang Neeza tak suka berlaku. Padahal, kalau apa-apa nak jadi, tetap jadi kan... well, asalkan hati Neeza puas. Then Abang kata,

"Ish Neeza ni. Apa lah. Sampai kesitu Neeza fikir"


Abang faham maksud Neeza lah tu. Nak tahu tak, adik-adik Neeza yang datang rumah terkejut juga tengok Ita. Fuad kata, Ita macam muka Neeza. Dia kata, macam kembar. Dia siap panggil Ita "Neeza.. oh Neeza..." untuk menyakat. Aduhhh... sabor aje lah. Fairuz pun kata macam tu.


Students Neeza yang datang tengok Shahmey pun kata "kami ingat dia tu adik puan". Hahahaha!!! Tapi of courselah Mak dan Ayah Neeza tak kata macam tu. Abang? Abang tak cakap macam tu pun. Dia mesti lebih kenal wife dia kan. Bila Neeza bagi tahu Abang apa yang Fuad dan Fairuz kata, Abang kata "takde lah sama.. lain laaa..". Happy sikit rasa.. hehee..


Ita baik budaknya. Neeza suruh dia panggil Neeza kakak je. Lebih mesra rasanya. Dan dia tak pula pijak kepala. Bila Neeza bagi tahu dia, ramai orang kata muka Ita macam muka Neeza, dia senyum aje. Dia kata, takdelah. Neeza pun kata memang tak sama. Mana sama! Bagi Neeza dia memang comel. Dah la muda (21 tahun kan!). Neeza, tak lah comel dan dah tua pun hehehee...


2 @ 3 hari lepas Ita mula kerja di rumah Neeza, Neeza kena attend function kat hotel. Neeza suruh Abang hantar (padahal before that Neeza pergi sendiri aje sebab Neeza kan boleh drive). Dah lah Neeza suruh Abang hantar, Neeza suruh Abang pergi minum dengan kawan-kawan dia sementara Neeza dinner tu. Hehehee... kejam betul la Neeza ni kan. Abang ikutkan aje.


Actually, jauh disudut hati, Neeza percayakan Abang. So far, Abang tak pernah buat perkara yang Neeza tak suka (semenjak kahwin lah). Tapi, disebabkan rasa jealous Neeza yang tak tentu arah ni, Neeza macam nak control pula. Anyway, kita tak tahu kan. Mungkin husband kita baik tapi kita tak tahu pihak yang 1 lagi. So, baik lah berhati-hati.


Malam tu, kami tinggalkan anak-anak dengan Ita. Masa tu cuma ada Sophea dan Sobhan aje. Shahmey still dalam perut :). Memang Ita jaga anak-anak dengan baik. Abang pula malam tu terpaksa call sana sini mencari kawan untuk minum. Abang siap pergi beli grocery lagi untuk habiskan masa heheheee.. (Takpe my dear, its better that way. Hati Neeza tak risau). Balik rumah, dah agak lewat. Ita sampai tertidur dengan anak-anak di ruang tamu. Then dia tolong angkat anak-anak masuk bilik.


Ita memang rajin. Dia lap tingkap dari luar rumah, siap naik tangga lagi. Dia basuh curtain, lap atas closet dan macam-macam lagi yang Neeza pun tak pernah buat.. hehehee..


Sampailah 1 masa... jeng jeng jeng....


Heheheee...


Ita mula tunjuk lain macam (dia masih rajin) selepas dia ada handphone. Memang dia minta nak guna handphone (nak beli sendiri). Neeza tanya, dia ada duit ke? Dia kata ada. Banyak duit dia. Dalam RM300. Mula-mula dia kata ada RM200 aje. Tapi tak lama lepas tu, dia kata ada lagi duit. Neeza tahu, dia tak ambik duit Neeza sebab Neeza tak pernah ada note RM100. Dia ada 3 keping note RM100! Abang tak kisah dia ada handphone asalkan dia tak bergayut (mula mula tak.. bila dia dekat-dekat nak keluar tu, selalu dia bergayut..)


Dia dihasut (sesuai ke tak guna perkataan tu ye..) oleh suami kepada makcik dia (makcik dia tu pun 3@4 tahun aje lebih tua dari dia. Oh ya, umur Ita ni 21 tahun rasanya. Pakcik dia mintak gaji lebih tinggi. Neeza tanya pada dia, apa agreement dia dengan agen. Dia kata gitu gini gitu gini... pada dia agen mungkir janji la. Neeza cakap pada agen tapi agen kata, tak macam tu. Pendek kata, pakcik dia tak suka Ita teruskan kerja dirumah Neeza.


Ita ada bagi tahu Neeza yang pakcik dia suruh berhenti tapi Neeza minta supaya dia tangguhkan dulu. Sekurang-kurangnya sehingga Neeza pergi Ar@b Saud1. Ita nampak setuju tapi pakcik dia tak benarkan juga.


Pada pagi tu, Ita terima call dari pakcik dia. Pakcik Ita dah on the way nak ambil dia dari rumah Neeza. Kebetulan, hari tu cuti (hari Ahad rasanya). Abang takde pulak (main golf). Lepas Ita beritahu Neeza yang pakcik dia on the way, Neeza terus call Abang. Abang kata, try lah pujuk dulu. Tapi kalau dia tak nak, biarkan aje lah sebab takut dia buat apa-apa pula. Neeza call agen juga. Agen suruh ugut tentang pasport dia (pasport Ita agen yang pegang). Agen dah call Ita pun tapi pakcik dia berkeras (berani betul diorang ni kan..)


Bila pakcik Ita sampai, dia duduk diluar saja. Dia tak masuk dalam rumah. Takut juga Neeza kalau-kalau pakcik dia nak masuk cakap apa-apa kan. Tapi tak, alhamdulillah. Neeza mintak Ita cakap pada pakcik dia untuk mohon tinggal sehinggalah Neeza berlepas ke sini. Ita jumpa pakcik dia diluar tapi pakcik dia berkeras tak setuju.


Sebelum keluar rumah, Ita minta maaf dengan Neeza. Dia rasa bersalah sebab terpaksa berhenti mengejut membiarkan Neeza yang masih dalam pantang lepas bersalinkan Shahmey. Dia sempat kerja dengan Neeza dalam sebulan setengah saja.


Pada hari tu, Neeza pening, tak tahu nak buat macam mana. Neeza call agen. Agen kata, ambil masa untuk dapatkan pengganti. Buat sementara waktu, dia minta Neeza bersabar. Macam mana nak sabar? Neeza ni beranak caeserian. Baru lagi dalam 3 minggu. Mak Neeza memang duduk dalam 2 minggu aje hari tu dan Neeza tak nak balik pantang di Kemaman sebab anak-anak sekolah.


Nak tak nak, terpaksalah pinjam bibik Mak Neeza... Petang tu, lepas Abang balik main golf, kami pergi Kemaman untuk pinjam bibik Mak Neeza. Mengenangkan keadaan Neeza dan cucu-cucunya, Mak Neeza bagi lah pinjam bibik dia....


Panjang sangat lah.. Nanti Neeza sambung dalam part 2 pulak. Nanti lah ye...


20 sugar & spice:

silversarina said...

diaorang ni kalau diberi guna hp memang akan jadi macam ni sebab diaorang ramai contact sedara mara ... bibik mak akak macam nilah jugak... tapi lari terus .. lagi teruk...

tak sabar nak tinggu part(s) berikutnya...

silversarina said...

nak sambung lagi....

part cantik dan jeles ni memang patut pun, sebab banyak kes maids ambik laki orang... sian pulak darling neeza :P

Cat Cat said...

Aiseyman, tengok syiok baca... tiba2 kena tunggu sambungannya... Potong stim betul, Neeza... Tetapi (aik ada tapi2 jgk.. hehe) apa nak buat.. tunggu aje lah... Hehe.

aNIe said...

Neeza...kalau bab pengalaman dengan bibik...rasanya adik kak lady sya tu dah berbelas bibik dia...macam2 kerenah...last2...tu yang sorang kenekan suami dia...sebab dia takde rasa jeles pada budak tu...dah macam sedara ...memang bahaya...dpt maid baik...majikan kadang buat hal...tapi dpt majikan baik...maid pulak naik kepala...memang susah kalau ada bibik ni...macam2 kerenah mereka...

Kak lady nak tunggu neeza sambung lagik...heheheh

Ummi365 said...

Kalau nak cerita pasal bibik.. i boleh buat buku.. sakit hati ada.. macam makan hati berulam jantung..tapi dah terpaksa..telan je lah bulat2kan..

noniey said...

nasib baik tak deal ngan bibik2 ni. tapi baca cerita kak neeza rasa macam baca cerita seram lak. tak sabar nak tau ending..
conclusionnya.. tak nak gak amik bibik.. tak beh.. betul kata kak neeza.. tak bleh nak seksi.. hehehe..

Unknown said...

tunjuk la gambar bibik2 tu hehehe.....especially yg cantik2 tu..:P

pakpayne

Fadzilayaty Ramli said...

ala..apala sis ni..ada sambungan lak...bila nak sambung nih...

cikMilah said...

alahai cepat la sambung neeza, best la baca..

Anonymous said...

salam kak...

huhu ada sambungan la plak...huhu... mmg takot kan ada bibik yang cantik camtu... ati jiwa raga tak tenang... fuhh mesti asyik berfikir negatif aje...

> sambung la cepat kak... tak sabo nak tunggu ni... :p <

zino said...

zino tak ada pembantu rumah so tak ada lah pengalaman benda2 ni hehe

baru perasan.. pengomen yg terbanyak setakat ni hehe..

Neeza Shahril said...

Kak Rina,

hp mmg lah modal besar diorang ni kan Kak Rina. Bibik mak neeza tu pun akhirnya lari terus jugak. takpe, part tu sampai nanti hehee..

tak salah kan kita cemburu untuk benda baik kan Kak Rina.. hehehe...
Darling terpaksalah berkorban hehee..

===================================

Cath,

nanti neeza sambung ye.. semalam dah ngantuk sangat.. hehee..

===================================

Kak Lady,

eeeee.. takutnya sampai macam tu.
Itu lah yang semua orang takut rasanya kan..
Kita baik, bibik pulak buat hal..

===================================

Kak Ummi,

cerita la Kak Ummi... boleh jadi panduan orang lain tu...

===================================

Noniey,

selagi boleh handle, tak payah lah noniey.
Betul, buat sakit hati dan perasaan aje..

Neeza Shahril said...

Pakpayne,

ooo..nak tengok yang cantik ye... tak yah lah kot.
nanti tak pasal neeza kena saman hahaha!!!

===================================

Fadzila,

nanti ya sis. Hari ni busy lagi (berjalan lagi hehee)

===================================

Cikmilah,

jap lagi neeza try sambung ye.. :)

===================================

Manje,

betul manje. Akak rasa, ramai orang akan ada fikiran negatif aje.
Risau betul.. nanti akak sambung ya.. :)

===================================

Zino,

tak yah takpe pengalaman yang sakitkan hati tu.

nak kekalkan juara carta tak?? hehee..

neomesuff said...

eh laaaaaaaa..org tgh syok syok baca..hehehe

menunggu sambungannyer

Jie said...

kisah bibik mmg mcm² ragam...anak² kakjie balik kadang² cerita ttg bibik kawan sekolah dia...

mama tak nak ambek bibik ke?

ikut suami dia nk tapi kakjie tak nak..issshhhh....nnt apa kata mertua..tak kerja nak dok lenggang kangkong pula kat rumah..seganlah dgn kakak² ipar..derang keje pun tak de bibik..

inilah..org baik sgt...bkn fikir kesenangan diri sendiri tp fikir kesan dgn keluarga suami. tak nak arr dipandang ngada² pula....nk jadi anak menantu tak moh jadi anak hantu..ha ha ha

buleh ke gitu neeza?

Shah CJ said...

aku tadek pengalaman dgn bibik nih. takut2 juga nak ambil. mcm kak neeza bagitau le. takut privasi terganggu.

takpe le rumah bersepah. hujung2 minggu kemas sama2.

Neeza Shahril said...

Neome,

hehee.. panjang sangat. letih dah.. tunggu ye..

===================================

Kak Jie,

okaylah tu Kak Jie. kalau duduk rumah dan anak dah besar-besar, buat apa nak guna Bibik kan.
Bagus Kak Jie ni.. menantu yang rajin..

===================================

Cikgu,

rumah bersepah boleh kemas cikgu. Kalau hati sakit, susah nanti...
tak yah lah berbibik ni cikgu...

Anonymous said...

abnglong masa nak amik bibik dulu, serahkan pada timbalan perdana menteri utk memilih calong. dia yg baca profile bibik2 tu. sebab i told her, klu abglong yg pilih, kang bibik tu jaga daddy bukan jaga baby... miahahaha. kena tumbukan manja lagi kawe ari tu hehehe.
dlm my entry pun ada citer sikit kisah kisah bibik neh.. :)

Neeza Shahril said...

Abanglong,

hehehe.. ingatkan TPM mana tadi.. rupanya TPM rumah abanglong..
betul tu. Neeza pun husband neeza yang suruh deal. Dia kata, bukan abang yang nak suruh buat kerja. Neeza jugak..
Sib bai abanglong buat cam tu.. boleh la kaklong vet dulu.. yang gatal dan ngada2 kasih campak tepi hehee..

eh.. nak baca gak lah cerita bibik abanglong pulak.. camne nak carik ye?

Anonymous said...

ermmm rasanya title tu antara munah, peah dan bedah rasanya. just search peah kat search column kat my blog tu :)