Saturday, April 12, 2008

Bibik oh Bibik... (Part 2)


Kesian pulak kat kawan-kawan yang terpaksa cerita tak habis. Entry sebelum ni, Neeza tulis dah tengah malam. Since mengantuk sangat, dah lak larat nak sambung. Hopefully, this one dapat habiskan.. Insyaallah..


Kisah Bibik pinjam dari Ma Neeza

Nama dia Bi (nama rekaan ni). Bi bekerja di rumah Ma neeza lebih kurang 2 bulan sebelum Neeza sendiri ada bibik. Pada hari Ita meninggalkan rumah, Neeza sekeluarga pergi rumah Ma untuk pinjam Bi. Bi ikut aje apa kata Ma. Jadi, dia pun bersiap untuk ikut kami balik.


Bi bekerja dengan baik sebab memang dijanjikan Bi sekejap saja di rumah Neeza, sementara menunggu bibik Neeza yang tetap. Dia bekerja dalam 2 minggu. Bila bibik Neeza yang ke2 tiba, Ma datang untuk ambil Bi semula.


Kisah Bi tak tamat disini sebab ada lagi yang Neeza pinjam Bi selepas ni...


Kisah Bibik 2

Nama Bibik kedua ni Gangsa (saje nak bagi nama ni). PH dan KI yang hantar Gangsa ke rumah. Dia agak berumur. Rasanya dekat 40 kot umur dia. Neeza rasa lega bila melihat Gangsa buat kali pertama. Dia tak cantik macam Ita dan kulit dia tak macam Ita. Tak payahlah Neeza decribe detail tentang rupa dia, tak baik pulak kita kutuk rupa orang kan. Itu kejadian Allah.


Yang membuatkan Neeza lebih suka (buat masa tu) bila PH dan KI beritahu Neeza yang Gangsa ni pandai mengajar mengaji. Dia kata, takde masalah untuk ajar anak-anak Neeza. Lagipun, Gangsa pandai menjaga budak, kata PH. Tentang kerja rumah, memang Gangsa pandai. Hari pertama tu, Neeza minta Bi (Bi masih ada dirumah Neeza masa tu) mengajar Gangsa apa yang perlu dia buat dirumah Neeza. Since Neeza masih berpantang, benda-benda macam kena sediakan air mandian orang lepas bersalin tu Gangsa kena buat.


Lepas seminggu Gangsa di rumah Neeza, tibalah masanya Abang perlu berangkat ke Ar@b Saud1. Neeza bawa Gangsa sekali ke rumah Mak mertua di T@njung Sep@t. Pada hari kami tiba di rumah mak mertua Neeza, mereka sibuk memotong bawang dan lauk-lauk sebab nak diadakan kenduri pada malam tu. Neeza tak tolong sangat sebab Neeza masih dalam pantang. Diorang tak bagi tolong pun (Untung orang lepas bersalin hehehee...). Gangsa ada menolong.


Pada malam tu, adik ipar Neeza, Ayu tanya Neeza "Gangsa tu dah kawin ye?". Neeza kata, "Belum.. errr... dia cakap belum. Agen kata pun belum". Menurut Ayu, Gangsa bercerita dengan Mamat (adik ipar bapa saudara Abang) yang datang menegur Gangsa bahawa dia dah kawin. Kononnya dia diculik oleh seorang lelaki. Lelaki tu buat tak senonoh pada dia dan akhirnya dia dipaksa kawin. Tapi sekejap aje perkahwinan tu. Lepas tu bercerai. Cerita tu tak pernah Gangsa cerita pada Neeza. Jadi, naturally, memang Neeza terkejut bila Ayu cerita macam tu. Lagi satu, Neeza terfikir jugak, baru jumpa sekali dengan Mamat, Gangsa dah boleh cerita macam tu sedangkan Neeza yang tinggal dah seminggu dengan dia, tak pernah pun dia cerita. Neeza ni perempuan. Dia boleh cerita pada lelaki yang dia tak kenal pulak.. hmmmm..


Pada malam Abang berangkat, Gangsa tak banyak bercakap di airport. Dia banyak duduk. Jaga Shahmey pun tak. Bila Neeza minta dia tengok Shahmey (dalam stroller) baru lah dia tengok. Kalau tidak, dia duduk termenung. Sophea dan Sobhan, tak yah cerita lah. Dah berlari kesana kemari, Gangsa buat tak tahu aje. Bada bagi amaran pada Neeza, "Kakak, kenapa Gangsa tu duduk aje. Tak jaga budak2. Kakak kena tegur dia tu." Neeza kata kat Bada, "Biarlah dulu dik. Dia tak biasa kot..". Memang Neeza banyak defend Gangsa.


Selepas Abang pergi (malam yang sedih), Ayah drive kereta Neeza dan bawa kami ke rumah Bada di Kuala Kubu Baru. Neeza tidur disitu malam tu. Gangsa tidur dibilik kecil dirumah Bada (banyak barang-barang Azman - adik ipar Neeza, disimpan disitu). Memang kami sampai agak lewat dirumah Bada pada malam tu.


Keesokan harinya, masa Neeza bangun (dah lewat pun), Gangsa duduk dalam bilik. Tak tahu lah apa dia buat. Bila Neeza suruh dia pergi dapur tolong Ma, baru lah dia keluar. Ma dah bangun seawal 6 pagi lagi sedangkan Gangsa tak bangun Subuh pun.. By the way, lupa nak cakap, Neeza tak pernah tengok rambut Gangsa. Dia sentiasa pakai tudung walaupun dalam rumah. Sebelum tu, okaylah. Mungkin tak nak Abang tengok rambut dia kan. Tapi, bila Abang takde dirumah pun, dia pakai tudung juga.


Tiba di Kuantan, Gangsa masih seperti dulu. Dia masih sentiasa bertudung sedangkan Abang dah ke S@udi pun. Dia masih tak mandikan Shahmey dan tak siapkan Shahmey. Kerja rumah, Neeza selalu kena suruh. Dia macam blur. Sebelum ni Neeza tak perasan. Mungkin Neeza bagi peluang sebab dia baru. Tapi, lepas tu dia nampak sangat tak experience. Heran jugak. Umur dah banyak, takkan tak tahu nak buat apa kan. Semua benda Neeza kena suruh. Letih jugak rasa. Dah lah Neeza masih berpantang. Dia memang tak masak. Neeza yang masak. Dia cuma tolong siapkan bahan aje.


Lebih kurang 2 minggu lepas Abang pergi, Mak mertua Neeza datang melawat Neeza dan anak-anak. Dia datang dengan abang-abang dan adik ipar Neeza. Mak mertua Neeza ni memang rajin. Kalau dia datang rumah Neeza, dia lah yang akan masak. Kalau Neeza balik rumah dia pun, dia yang masak juga (apa lah punya menantu hehehee..). Pagi tu, Neeza tengah bersiap dalam bilik. Neeza dengar riuh rendah di dapur. Bila Neeza kedapur, Neeza perasan Gangsa berhenti bercakap sedangkan sebelum tu, Neeza nampak dia rancak sangat bercakap dengan Mak Mertua, adik ipar dan biras Neeza. Something is not right, fikir Neeza. Then Neeza masuk bilik.


Biras Neeza nak tumpang mandi dalam bilik Neeza. Neeza ambil kesempatan tanya dia, "Apa yang Gangsa bercerita tadi Kak?". Pada mulanya, dia tak cakap. Tapi, bila Neeza tanya "Kenapa bila Neeza kedapur, dia diam dan terus keluar?" Lepas tu baru lah dia cerita "Dia bagi tahu, lepas hantar Adik hari tu, sampai rumah adik Neeza lambat. Dia kata, dia bangun pagi lagi sedangkan orang lain tak bangun lagi". Nampak tak dia menipu? Sedangkan Ma Neeza kata, Gangsa tak bangun sampailah pukul 10 pagi.


Bukan itu saja. Dia siap cakap "Kakak tak nak bagi Mak dia jaga rumah ni sebab dia kata Mak dia suka ambil barang". Kakak tu Neeza lah. Walaupun dia lebih tua dari Neeza (dekat 10 tahun beza), dia panggil Neeza kakak. Tak kisah pun. Tapi, bab yang dia burukkan Ma Neeza pada Mak mertua tu yang Neeza bengang sikit. Dah lah burukkan, cerita benda yang tak betul pulak tu. Neeza ada bercerita dengan Bada tentang Neeza nak sewakan rumah dan tak nak Mak Neeza jaga rumah. Rasanya dia curi2 dengar perbualan Neeza dan Bada. Dan apa yang dia dengar tu, terpesong dari apa yang kami bualkan.


Bukan itu saja, dia boleh burukkan Neeza juga depan Mak mertua. Dia kata, Neeza ni suka beli barang makan tapi tak makan. Kisahnya terjadi bila mak mertua tanya dia, sape yang beli sagun banyak2 yang ada dalam cabinet dapur. Then dia cakap lah macam tu pada mak mertua. Padahal, sagun tu, adik ipar neeza yang beli di Ku@la Terengg@nu dan bagi pada kami. Neeza dah cakap pada dia hal tu. Tak tahu kenapa dia buat cerita lain.


Bila Mak mertua Neeza berangkat balik, Neeza tanya Gangsa apa yang Neeza dapat tahu. Of courselah Neeza tak cakap biras Neeza yang bagi tahu nanti buruk pulak nama biras Neeza tu. Neeza pancing dia. Neeza kata, Mak mertua Neeza yang bagi tahu. Dia siap sebut nama Allah dan menafikan apa yang Neeza cakap. Dan dia boleh bagi statement yang lain pula. Kat situ, memang Neeza dah start tak percayakan dia. Tapi, bukan lah tak percaya 100%. Neeza cuma conclude yang dia ni suka bawa mulut dan buat2 cerita.


Neeza juga pelik bila tak pernah pun Neeza tengok Gangsa offer diri untuk mandikan Shahmey. Pakaikan Shahmey baju pun dia tak buat. Dia sediakan air mandi Shahmey saja. Neeza yang mandikan dan siapkan Shahmey. Bila Neeza tanya Gangsa, dia kata, dia tak biasa buat. Aik!! Rasanya PH bagi tahu, dia biasa. Atau mungkin dia tipu PH lah tu, Neeza berkata dalam hati. Tentang ajar mengaji pulak, sekali pun tak pernah dia ajar anak-anak Neeza. Pernah sekali Neeza minta dia ajar Sophea tapi dia tak buat pun. Takpelah, lagipun mungkin bukan dalam jobscope dia kan.


Lebih kurang 2 minggu sebelum Neeza habis pantang, Fairuz (adik Neeza nombor 3) perlu mendaftar di Pulap0l. Neeza pun tak ketinggalan untuk pergi menghantarnya. Kami konvoi, kereta Ayah dan kereta Neeza. Masa tu Bi, bibik Ma Neeza ikut sekali. Bi dan Gangsa tidur di bilik kecil rumah Bada. Semasa di Pulap0l, Bada lah yang banyak cakap pada Neeza, "Kakok, suruh lah Gangsa tu jaga budak2 tu. Berlari kesana kemari". Memang Neeza nampak pun, Gangsa duduk aje kat kerusi termenung. Shahmey memang dia tak pegang sebab Shahmey dipegang oleh bapa2 saudara dan mak saudara dia (adik-adik Neeza). Neeza pun suruh lah dia tengok budak2. Tapi, sekali suruh, sekali buat. Geramnya rasa.


Lepas hantar Fairuz, kami balik ke rumah Bada dulu. Esoknya baru bertolak balik ke Kuantan. Ayah tak drive kereta Neeza sebab dia ada conference di KL. So, Fuad (adik Neeza yang bawah pada Neeza) drive kereta Neeza dan Ma drive kereta Ayah. Ma Neeza datang dengan Fuad dan Afir kerumah. Kebetulan pada malam tu, sepupu Neeza yang baru kawin pun datang bawa wife dia. Kami makan didapur dan Gangsa tengok Shahmey. Shahmey tidur masa tu. Adik Neeza pada mulanya ada didepan tengok tv tapi tak lama lepas tu dia keluar.


Bila semua orang balik, Neeza tergerak hati nak check wallet. Aik! Kurang 2 keping note RM50. Neeza memang ingat di rumah Bada, Neeza ada keluarkan duit. Dan lepas pada tu memang tak belanja langsung. Sepatutnya ada RM300 tapi tinggal RM200 aje. Hmmm.. Neeza tak terfikir langsung nak cakap Gangsa yang ambil. Neeza syak adik Neeza sebab dia keluar malam tu. Bila Neeza tanya Gangsa, "Bibik nampak tak Fuad masuk bilik Kakak?". Muka Gangsa pucat, gelabah semacam masa dia cakap "Ada lah Kak. Dia masuk. Masa tu ada kunci dipintu." Neeza heran sikit sebab mana ada kunci dipintu sebenarnya. Tapi, hati Neeza masih percayakan Gangsa. Dan malam tu, tak pasal pasal adik Neeza jadi mangsa tuduhan melulu. Neeza telefon Ma bagi tahu yang Fuad ambil duit Neeza. Kesian Fuad...


Beberapa hari lepas tu, Fairuz telefon. Dia minta tolong tengokkan rantai dia (silver) yang tercicir di rumah Neeza. Dia kata mahal rantai tu (exgf bagi sebenarnya). Then, Neeza minta tolong Gangsa cari. Neeza siap mention pada dia "Mahal rantai tu Bik. Tolong lah cari ya..". Neeza sama2 cari dengan dia. Tapi Neeza perasan yang dia tak berapa bersungguh nak cari. Bila Neeza suruh tengok atas peti ais, barulah dia tengok. Itu pun tengok gitu aje. Tapi, memang Neeza pesan suruh dia cari.


Tiba masa Neeza perlu bekerja sebab pantang dah habis kan. Neeza dah mula risau. Shahmey macam mana sebab Gangsa cakap, dia takut nak mandikan Shahmey. Kesian kat Shahmey kalau nak mandikan dia pagi2 buta sebab seawal pukul 7 pagi, Neeza dah keluar rumah untuk pergi kerja. Jadi, sekali lagi, Neeza minta ihsan Ma Neeza untuk pinjam Bi. Tugas Bi ialah semata2 jada Shahmey. Gangsa perlu buat yang lain-lain.


Pada suatu petang (hari ketiga Neeza start kerja), Bi cerita pada Neeza "Kak, Gangsa ni kan suka berbual dengan orang belakang. Dia bukan buat kerja. Dia duduk di belakang, berbual dengan jiran di belakang." Neeza dah tak sedap hati bila dengar macam tu sebab Neeza dah tahu yang Gangsa ni suka buat cerita. Kebetulan, masa Neeza kedapur, Neeza tengok dia sedang rancak berbual dengan Kak Sara belakang rumah. Memang rancak. Bukan dia siram pokok pun. Dia memang purposely berdiri di tepi pagar dan borak dengan Kak Sara yang sedang menyiram pokok.


Neeza panggil Gangsa masa tu juga dan tanya "Apa yang Bibik bualkan tu?". Gangsa cakap "Takdelah kak, saya cuma tanya pasal rumput tu" Cait!! Tipu sungguh! Punyalah lama dia berdiri takkan cerita pasal rumput. Neeza dengar juga sikit2 perbualan dia dan takde langsung pasal rumput. Lagipun Neeza marah sebab dia biarkan anak-anak main kat luar pagar. Neeza cakap "Bibik tahu tak kaki Sophea berdarah?" Dia diam. Neeza tanya lagi "Kenapa Bibik tak jaga dia kat luar?" Dia kata "Diorang tak nak kak. Saya dah suruh masuk dalam tapi diorang tak nak". Neeza sambung lagi "Laaaa... kalau dia tak nak masuk, Bibik la keluar tengok dia main. Kenapa Bibik duduk dalam dan borak lagi tu?" Dia tunduk dan minta maaf. Neeza cakap "Okay.. lepas ni kakak tak nak lagi benda macam ni ya".


Keesokan harinya, Sophea telefon dan minta nak main di playground. Neeza memang selalu bawa anak-anak pergi playground tu yang tak sampai 300 meter dari rumah pun. Tapi, Neeza tak benarkan anak-anak pergi sendiri. Kalau nak pergi mesti ada orang dewasa yang bawa. Since Bi ada dirumah menjaga Shahmey, Neeza minta Gangsa bawa anak-anak ke playground.


Apabila Neeza tiba di rumah, Gangsa dah bawa anak-anak ke playground dan Bi ada dirumah. Tak tahu kenapa hati Neeza tergerak nak buka almari dia dan tengok baju dia. Sebenarnya Neeza nak tunjuk pada Bi (masa tu Neeza percaya habis Bi ni) napkin Shahmey yang Gangsa dah koyak2 kan untuk jadikan pad. Sabar aje kan. Neeza ada tanya pada Gangsa bila dia period dan dia ada pad tak. Dia kata, ada. Jadi, Neeza tak lah risau. Tapi, bila Neeza tengok dia guna napkin Shahmey untuk jadikan pad, Neeza tak sedap hati. Memang lah napkin tu guna untuk alas2 aje sebab Shahmey guna diapers. Tapi, tak sedap lah bila barang2 kita dia ambil sesuka hati macam tu.


Petang tu, Neeza masuk bilik Gangsa dan buka almari. Neeza cuma belek2 aje baju dia. Tak punggah pun. Sekali Neeza nampak wallet dia. Tak semena2 Neeza ambil wallet dan buka. Terkejut badak bila Neeza jumpa rantai zilver Fairuz yang hilang tu ada dalam wallet dia. Bila macam tu, Neeza pun terfikir terus, "entah entah, duit Neeza yang hilang tu, dia yang ambil". Neeza terdiam sekejap. Lepas tu baru lah Bi buka cerita yang dia nampak Gangsa ada camera sedangkan masa dia tiba di rumah Neeza, camera tu tak wujud pun. Bi yang kemaskan baju Gangsa jadi dia tahu barang apa yang Gangsa ada dan barang apa yang takde. Belek punya belek, ada camera tu. Neeza tak pernah tengok camera tu. Ada apple dalam 5@6 biji. Kenapa dia simpan apple dalam almari ya. Heran..


Neeza telefon agen dan bagi tahu apa yang Neeza jumpa. Neeza minta agen datang sebab Neeza nak punggah semua baju, mana tahu dia sorokkan di pelipat baju kan. Dan Neeza tak nak agen kata, Neeza sengaja nak tuduh Gangsa pula. Bila agen tiba, kami masuk kebilik Gangsa. Masa tu, Gangsa dah balik kerumah. Gangsa masih tak syak apa apa lagi masa tu. Bila Neeza punggah semua barang, Neeza jumpa tudung sekolah Sophea yang ada batch sekolah, pouch yang penuh dengan coins 50sen tempat Sophea simpan coins untuk bawa sekolah buku-buku cerita Sophea dan buku-buku yang Neeza rasa dia ambil dari rumah Mak mertua Neeza.


Agen asingkan barang2 yang Neeza syak kepunyaan Neeza. Bi beritahu, ada sejadah dan tuala yang dia rasa bukan Gangsa punya. Tapi disebabkan barang2 tu bukan Neeza punya, Neeza tak berani ambil. Bila agen panggil Gangsa dan tanya, dia kata rantai tu dia jumpa tapi tak berani nak bagi tahu Neeza sebab semalam Neeza marah dia. Aik?? Takkan dia baru jumpa rantai tu semalam dan alasan Neeza marah tu tak masuk dek akal langsung. Bila tanya pasal duit syiling yang banyak tu, dia boleh kata dia kutip duit tu untuk belanja. hahahah!!! senangnya kutip duit orang untuk belanja. Sebenarnya, memang Neeza ada simpan coins (abang memang suka simpan coins terutamanya 50sen) dalam tin didalam bilik. Neeza suspect, dia masuk bilik dan ambil duit tu. Tak tahu lah dah berapa banyak dia ambil.


Pasal buku2 pula, dia kata dia nak baca. Alahai... kalau nak baca, kenapa disorok dalam baju kan. Pelik betul. Tudung Sophea tu, dia kata, dia takut nak cakap tudung tu koyak terkena iron. Neeza tak pernah salahkan pembantu rumah kalau baju koyak kena iron. Lagipun yang koyak tu bahagian dalam. Dan kalau betul dia takut nak bagi tahu, kenapa tak buang aje tudung tu kan. Agen juga jumpa tanah, batu dalam bungkusan. Takut Neeza bila tengok benda-benda tu. Rasanya Gangsa ni amalkan ilmu tak elok...


Pada malam tu, agen tanya juga, dia ada duit tak. Dia kata ada.. then dia keluar rumah ambik duit yang dia simpan dalam cabinet kasut di depan. Heran tak? Dalam RM30. Sebelum agen tu hantar Gangsa kerumah Neeza, dia dah check wallet Gangsa. Tak sampai RM15 pun ada. Mana datang RM30 tu? Agen suspect dia ambil duit Neeza. Tapi, Neeza tak berani nak tuduh sebab Neeza tak perasan pun duit RM30 hilang. Then Neeza tanya "mana duit note RM5 yang kakak nampak atas katil Bibik hari tu?" sebab duit yang dia tunjuk kat agen tu takde yang note RM5. Semuanya note RM1. Dia memang tak mengaku langsung. Dia kata, takde. Okay, fine. Tentang camera tu, dia kata dia beli di Johor. Dia siap quote nama agen yang di Johor tu, "kalau tak percaya tanya lah Man". Memang malam tu agen tu tanya Man dan Man menafikan yang Gangsa beli camera tu.


Agen tanya lagi, "awak ada duit lagi tak?" Dia kata, "ada. seratus!" Bila agen cari, tak jumpa. Yang ada cuma duit rupiah. Bila agen tanya "takde pun", Gangsa kata "eh.. saya ingat ada". Takpe, benda tu tak habis disitu. Disebabkan Bi suspect camera tu Gangsa ambil dirumah Bada, Neeza telefon Bada. Bada tak ingat pasal camera tu.


Malam tu juga, agen bawa Gangsa keluar dari rumah Neeza. Neeza pun tak nak simpan dia lama-lama. Sesampai aje dirumah agen, semua barang-barang Gangsa di punggah semula. Keluarkan 2 keping note RM50 dari dalam Quran kecil kepunyaan Gangsa. Terus agen telefon Neeza bagi tahu dia dah jumpa duit Neeza yang hilang. Memang pada mulanya, Gangsa beritahu agen duit tu dia yang punya. Tapi dia cakap juga "kalau kata kakak punya, bagi lah pada kakak". Agen call Neeza malam tu juga minta datang rumah dia. Tak jauh rumah dia tapi takut juga nak pergi sebab dah malam sangat. Neeza minta kawan Neeza temankan.


Tiba aje di rumah agen, Neeza tengok duit tu macam terperonyok sikit. Mungking malam yang dia ambil duit Neeza, dia simpan duit tu dalam bra dia sebab masa tu Neeza dan yang lain2 ada didapur. Jadi, tak boleh lah dia nak kebilik dia untuk simpan duit tu. Bada telefon Neeza lepas tu tanyakan mengenai camera. Camera yang Bada describe tu memang lah kepunyaan Azman. Camera tu murah aje. Azman dapat dari supplier (Azman ni freelance photographer) dan dia nak hadiahkan camera tu pada Aaina (anak Azman dan Bada). Bada tanya lagi mengenai sejadah. Neeza ambil gambar barang2 yang agen dah keluarkan dan mms pada Bada. Bada call balik bagi tahu sejadah tu ialah hadiah hantaran kawin dia dan towel tu adalah milik Mak Azman. Towel tu memang Mak Azman sengaja tinggalkan di rumah mereka supaya senang kalau Mak Azman datang, towel dia dah ada. Tapi, Bada tak sanggup nak ambil towel tu sebab dah diconteng oleh Gangsa dan diragui Gangsa mungkin dah gunakannya pun.


Tentang duit RM100 tu, agen suruh Neeza ambil. Neeza reluctant at first tapi agen kata, memang duit Neeza ni. Ambik je la. Itu tak termasuk duit2 lain yang dia ambil dan Neeza tak perasan. Neeza punt teringat yang Abang ada letak banyak duit ringgit (note 10, note 5 dan note 1) dalam kereta Kembara untuk kegunaan Abang. Memang Neeza tak pernah usik duit tu. Tapi bila Neeza tengok balik, dah tinggal note 1 saje kat dalam tu. Mungkin Gangsa dah belasah lah tu masa dia basuh kereta pada suatu hari tu. Tapi, tak berani lah Neeza nak mintak sebab Neeza tak pasti.


Malam tu, bila balik dari rumah agen, macam-macam cerita yang Bi sampaikan pada Neeza. Cerita tentang Gangsa beriya2 nak tutup beg dia yang rosak zipnya dengan strap yang dia ambil dari rumah Bada hinggalah kepada cerita Gangsa panggil lelaki yang tengah berjalan di jalan besar dari dapur rumah Neeza (rumah Neeza corner lot yang mengadap jalan masuk ke perumahan tu). Hati Neeza berkata2 juga, kenapa Bi tak ceritakan benda ni awal2 dulu kan...


Nanti kita sambung lagi. Penat nak type. Dah 2 jam dok menaip. Sabar ye kengkawan nanti Neeza sambung lagi.....


16 sugar & spice:

neomesuff said...

fuh... takper take your time..the very more reason i dont wanna have a maid..too many scary stories. Tapi ada jugak yg maid yang bagus..kira nasiblah jugak kot

okeh...will wait for the next part..very interesting ;-)

ummu asiah said...

Neeza..
Salam kenal..panjangnya cerita..memang dah boleh buat buku about maids..boleh deal dgn PTS thru Kak Umi Kalthum :)).

Akak pun, even tak bekerja prnah ambil maid thru agent sekali. Nak ambil tu pun punya la fikir beribu kali and kena bersusah payah jugak. Lastly dia kerja utk 9 mths saja..and lari leaving behind bill phone amounting RM1500 in a bill..Masa tu akak dan suami amat sebuk berkempen bebaskan tahanan reformasi yang ditahan ISA. So selalu tak ada di rumah.Now dah serik nak ambil maid lagi..just ambil yang dtg sekali semiggu..

Shah CJ said...

adeh le semput baca n3 kak neeza nih. boleh buat skrip drama pun iye gak.

tumpang pengalaman org ada maid. :)

أم الليث said...

saspen betul baca. kak neeza ni pandai betul bercerita hehehehe. seriyes saspen.

maklang said...

memang pening kalau dapat maid cam tu kan...

Alhamdulillah sejak 16 tahun ada maid ni Oklaa semuanya...

zino said...

panjang nya cerita.....

Ann always said...

byknya intermission... :)

yusztiey said...

baru jer pk nak tulis komen kat bibik part 1 tapi dah ader part 2 plak...cepat la tulis lagi k.ja..tk sabo nak baca hal maid2 yg byk songeh ni...takutnya kalu ader maid cam tu..mintak22 dijauhkannn...

Neeza Shahril said...

Neome,

yang okay tu sikit sangat and kadang2 dia akan jadi tak okay bila ada pengaruh luar...

===================================

Ummu siah,

salam kenal kak. Terima kasih sudi singgah kesini.
hehehee.. nak buat novel? next step lah kot..

bab guna telefon tu 1 hal. kalau dah beribu tu memang tak berbaloi kan..

kalau ambil yang sekali seminggu tu okay sebab kita boleh nampak apa yang dia buat dan privacy pun terjaga kan..

===================================

Cikgu,

tu la pasal.. akak kesian dengan korang yang terpaksa spend masa lebih baca entry panjang ni... hehee..

kebanyakan maid ni menyusahkan cikgu..

===================================

Aliya,

agak-agak, boleh tak akak jadi penglipur lara? hahahhaa!!!

Neeza Shahril said...

Mak Lang,

bertuahnya mak lang dapat maid yang baik... syukur alhamdulillah...

===================================

Zino,

buku cerita kanak2 hehheee..

===================================

Ann,

heheh... panjang sangat...

===================================

Tiey,

Kak Ja selalu harap dapat maid yang okay tapi nok wat camne kan... takde rezeki kot situ..

silversarina said...

fuhhhh... baca pun lama, ni kan pulak menaipnya ... macam-macam kisah maid ni... nanti sambung lagi ye...hihi.

ummu al hanafi said...

fren...
penat beb I baca story U
hehehehe.....
macam-macam story ada!
boleh buat storybook online
keh keh keh
:)

Mak Teh said...

Mak teh dah 30 tahun lebih pakai orang gaji (malaysia punya ), pembantu ( Patani mari ) and Maids or orang suruhan ( Indons ). Jumlah sekali semua melebihi 20 orang. Pernah pakai 2 or 3 orang sekali sebab anak kecil-kecil 3 masih babies n todlers at any one time .Pengalaman tidaklah terkira macam-macam cerita, malahan macam yang neeza cerita tu pun bertambun-tambun. ( Maaf ye, jangan silap faham, mak teh bukan nak perkecilkan cerita Neeza. Nak cakap memang betul cerita tu )

Sekarang ini kalau dapat maid baru dalam masa 3/4 hari I will know whether I want her to stay on or not. Bukan itu saja kalau yang orang lain tak mahupun mak teh boleh tahu potential dia dengan memerhati dia bekerja dan tanya a few soalan. Hehehe!

Neeza Shahril said...

Kak Rina,

penat menaip toksah kira la.. tapi sambung tetap sambung heheheh..

===================================

Nana,

penat?? yang menaip lagi penat.. hehehe..

memang macam2 perangai maid..

===================================

Mak Teh,

Neeza ingatkan Mak Teh nak kata Mak Teh takde masalah dengan maid.. hehee.. rupanya kita serupaaaaaa... maknanya Neeza ni bukanlah majikan yang kejam kan hehee..

Kalau cam tu kan, Mak Teh sangat sesuai buka agency sebagai orang tengah antara agency hire maid dengan majikan. Orang yang Mak teh luluskan saja boleh kerja. Yang lain, kena bungkus balik negeri.. hehehee

Cat Cat said...

Neeza,
Memang no luck bila dapat maid cam Gangsa kan..?? Live-in maid kat sini mahal sesangat.. Kalau tidak, dah lama Cath ambik maid.. Tapi kalau dapat yang baik, takpe.. kalau dapat cam Gangsa, mau pening dibuatnya.

Neeza Shahril said...

Cath,

memang pening Cath dapat orang gaji macam tu. Tak payah pun takpelah...
Penat sikit takpe, asalkan hati senang...