Lagi cerita Bibik pinjam dari Ma Neeza
Selepas Gangsa takde, Bi lah yang duduk dirumah Neeza. Pada mulanya nampak okay. Tapi lama-kelamaan macam nampak kemalasan dia sikit. Ada 1 hari tu, Neeza belum masuk tidur lagi. Anak-anak pun belum tidur. Bi hidangkan makan di atas meja dan terus masuk bilik tak keluar-keluar. Neeza heran juga. Neeza masuk bilik panggil dia. Mulanya dia kunci pintu. Neeza ketuk-ketuk pintu, dia buka tapi lambat.
Neeza tengok dia macam menangis. Neeza tanya, "kenapa Bi?" Dia kata "takde apa. Cuma pening kepala". Neeza suruh dia makan. Dia kata, "takpelah". Neeza suspect ada benda lain yang Bi rahsiakan. Selepas banyak kali Neeza tanya, Bi pun bercerita, "Sophea marah2 saya kak. Dia kata, saya ni tak sedar diri. Saya ni cuma orang gaji saje". Masa dengar cerita Bi, Neeza heran sikit sebab Neeza tak rasa Sophea pandai cakap macam tu. Tapi, takpelah. Mungkin Sophea ada cakap. Neeza cakap pada Bi, "ala Bi.. budak budak. Jangan lah ambil hati". Bi kata, "Saya sedih kak".
Neeza keluar dan tanya Sophea. Sophea macam tak berapa faham apa yang Neeza cakap. Neeza perasan juga Bi ni berat sebelah. Bila Sobhan minta apa-apa, cepat aje dia buatkan tapi bila Sophea minta, dia buat tak dengar aje. Mungkin Sophea ada cakap something ataupun gesa dia kot. Sophea dan Sobhan cuma beza 2 tahun. Tentulah Sophea nak dapat layanan macam Sobhan juga kan. Tapi, Neeza tak boleh buat apa bila Sophea mengadu "Ummi, bila kakak mintak dengan bibik, dia tak buat pun tapi kalau Coan mintak, dia buat je". Neeza sekadar minta Sophea bersabar. Bila Bi mengadu hal tu pada Neeza, Neeza terpaksa suruh Sophea minta maaf walaupun Neeza rasa tak logik sebenarnya. Ada ke kecik hati dengan budak umur 7 tahun. Hmmm...
Lepas pada tu, nampak sangat sikap Bi berbeza. Dia mula buat cerita yang ada lelaki selalu panggil dia. Neeza nampak tangan Bi macam melecur. Bila Neeza tanya, dia kata kena air panas yang digunakan untuk difroze susu Shahmey (breastmilk). Nampak lecur tu macam teruk. Air panas yang dah tuang dalam cawan takkan lah panas sangat, Neeza terfikir. Tapi mungkin juga betul. Biarlah. Dia kata, air tu tertumpah sebab dia terkejut ada orang ketuk pintu rumah. Dia ingat Neeza yang balik. Bila buka, tengok ada 2 orang lelaki yang dia tak kenal. Heran jugak, sepanjang Neeza duduk situ, tak pernah ada orang masuk sampai ke pintu. Salesman pun sampai gate saja walaupun gate tak lock. Cuma tutup aje dengan selak tu. Tapi, Neeza masih percaya dia.
Bi dah mula cakap pada Neeza, dia nak duduk rumah Ma Neeza (dia panggil ma Neeza, Ibu). Dia kata, kesian Ibu. Ibu penat. Ibu tak sihat. Ibu yang penat, ataupun dia yang penat melayan kerenah anak Neeza yang 3 orang tu. Sebelum ni, dia ada cerita yang Ita (bibik first) pernah mengadu tak tahan dengan kenakalan anak-anak Neeza. Dia kata Ita pernah cakap "2 orang pun susah berantakan. Ini pulak 3!". Dan Bi kata, dia balas "Ala.. nama pun budak.." Itu yang Bi cerita pada Neeza lah. Tak tahu lah apa yang sebenarnya. Bila tengok cara Bi layan Sophea dan Sobhan, dia pun sama tak tahan. Kadang-kadang tu, budak-budak tu okay aje. Dia pulak yang lebih-lebih nak marah tak tentu pasal.
Bila Neeza telefon Ma Neeza, Ma bagi tahu "Bi tu nak balik rumah Ma Ja. Lambat lagi ke dapat pengganti?" Neeza kata, tak tahu lah Ma. Tapi pada suatu hari, Ma memang tak berapa sihat. Fuad datang ambil Bi dari rumah Neeza. Kelam kabut juga Neeza untuk arrange anak-anak untuk tinggal di nursery. Keesokannya Neeza hantar anak ke nursery. Lepas tu dapat call dari agen bahawa dia akan hantar pengganti sementara. Lega rasa.
Kisah Bibik 3
Petang tu, agen dah tunggu di luar dengan pengganti sementara. Nama dia Endak (nama tipu ni). Neeza tak kisah macam mana rupa bibik ni sebab Abang dah ke S@udi. Takde apa nak risau sangat hehehehh.. Bila tengok rupa dia, memang dia tak menarik pun. Kurus sangat. Dalam hati Neeza berkata, larat ke dia nak buat kerja rumah ni.
Bila berbual buat kali pertama, Neeza dapat tahu, dia bukan Islam. Dia Kr1stian. Neeza tak kisah pasal agama dia. Yang penting, kami saling hormat menghormati. Yang buat Neeza risau ialah, dia sebenarnya dah berkahwin dan suami dia ada di Temerl0h. Bayangkan. Kua@ntan dan Temerl0h tu dalam 2 jam perjalanan saja. Agen nasihatkan dia untuk kerja baik-baik.
Bila agen dah balik, Neeza sambung perkenalan dengan dia. Dia setuju untuk kerja sementara sebab agen janji untuk renew pasport dia. Rupanya dia kerja illegal!! Aduuhhh.. takutnya Neeza. Dia kawin pun tak daftar dan dah lama dia duduk di Temerloh tu sebagai pendatang tanpa izin. Suami dia Ind1a.
Endah tak pernah kerja sebagai pembantu rumah. Di Temerloh pun dia bekerja sebagai pembantu restoran. Jadi, memang dia tak biasa buat kerja rumah. Dia tinggal bersama-sama mertuanya. Semua kerja rumah, mertua yang buat. Tapi, bila Neeza guide Endak, dia boleh buat kerja. Dia jaga Shahmey dengan baik cuma dia agak takut sebab dia tak biasa. Neeza tak pressure dia pun dalam bab kerja ni. Tapi, dia bertahan seminggu aje. Neeza tak salahkan dia sebab agen janji dia kena kerja dalam masa 2@3 hari tapi ni dah berlarutan sampai seminggu. Dia pinjam telefon untuk call husband dia. Neeza bagi sebab ingatkan dia rindukan suami. Rupanya, dia suruh suami dia datang untuk bawa dia balik.
Dipendekkan cerita, malam tu bagai lipas kudung dia. Kejap2 call husband dia yang tak sampai2. Husband dia sampai dah malam dan duduk di rumah agen dulu. Dia ugut suami dia, kalau husband dia tak datang ambil, dia akan keluar sendiri dan balik. Neeza pun tentunya risau. Dibuatnya dia tinggal anak-anak Neeza dirumah masa Neeza pergi kerja, tak ke haru. Dah puas Neeza pujuk minta dia duduk dulu dirumah tapi dia tak nak. Jadi, keesokan paginya, Neeza hantar Endak kerumah agen. Memang husband dia ada disitu. Husband dia telefon Neeza minta maaf sebab Endak buat macam tu. Neeza memang tak salahkan Endak sebenarnya.
Dekat 2 minggu juga Neeza hantar anak-anak ke nursery sehinggalah pembantu yang seterusnya tiba. Masa tu dah masuk bulan puasa. Agaknya itu lah juga sebab Endak tak nak duduk di rumah Neeza. Mungkin dia takut kena puasa. Tapi memang Neeza dah cakap awal2, Neeza tahu Endak tak puasa dan Neeza tak kisah. Mungkin Endak tak biasa duduk dirumah orang Islam agaknya. Takpelah, kita proceed ke kisah bibik seterusnya.
Kisah Bibik 4
PH dan KI datang hantar Peah (nama samaran) pada suatu petang. Menurut PH, Peah ni pernah bekerja selama 3 tahun di Ar@b S@udi. Jadi, Neeza buat assumption, dia memang pandai lah bab menguruskan rumah tangga ni. Badan Peah agak besar. Dia nampak sedikit gementar. Neeza beritahu dia supaya jangan risau sangat. KI ada beritahu Neeza yang Peah dah 3 hari tak makan semenjak dia tiba dari Indonesia. Dia minta Neeza suruh Peah makan. Masa berbuka, Peah makan sikit sangat. Neeza suruh dia makan lagi tapi dia tak nak.
Pada keesokan harinya, masa bersahur, Peah makan sikit juga. Neeza tanya kenapa tak makan lagi, dia kata memang tak makan banyak. Pada petang tu, sebelum berbuka puasa, Peah muntah2. Sophea yang beritahu, "Ummi, bibik muntah banyak dalam toilet" Neeza pergi tengok. Ingatkan sebab perut dia masuk angin.
Neeza saje tanya dia, "Kamu ada datang period tak?" To my surprise, Peah kata "Dah 3 bulan tak datang". Alamak!! ni kes berat ni. Tapi, Neeza masih positif. Neeza tanya lagi "dah lama ke kamu balik dari Ar@b?". Dia kata, "Dalam 5 @ 6 bulan". Neeza nak kata yang dia mungkin di belasah majikan Ar@b tapi tak mungkin. At last dia mengaku yang dia buat kerja dengan boyfriend dia. Neeza tak bagi tahu apa yang dia cakap pada agen.
Peah minta untuk pergi berjumpa doctor. Neeza telefon agen, minta agen bawa dia ke clinic. Agen minta Neeza yang bawakan. Neeza kata, macam mana Neeza nak bawa sedangkan anak-anak ada yang dah tidur. Takkan Neeza nak tinggalkan anak-anak. Akhirnya, agen datang juga untuk ambil Peah. Peah packing baju seolah-olah tak akan datang semula ke rumah Neeza. Ada baju Peah yang dia basuh dalam baldi. Dia minta dengan agen untuk ambil tapi agen kata, biar lah dulu. Mungkin agen berfikiran untuk hantar Peah semula ke rumah Neeza.
Pada malam tu, Peah tak pulang. Neeza call agen dan agen kata, dia belum bawa Peah ke clinic lagi. Pada petang tu, bila Neeza call agen, agen beritahu yang dia akan cari pengganti lain. Bila Neeza tanya kenapa dengan Peah, agen kata, dia mengandung. Agen tambah lagi, dia pernah kawin sekejap. Cewahh.. agen tu nak tipu Neeza. Agen yang cakap tu bukan PH dan KI. Ni agen lain, atas daripada PH dan KI. Dia tak tahu yang Neeza dah tahu cerita sebenar. Tapi Neeza diam aje.
Memang kebetulan agaknya. Itu lah hari terakhir Neeza bekerja. Keesokan harinya, Neeza dah start habiskan cuti tahunan sementara menunggu masa untuk pergi ke Ar@b S@udi. Jadi, Neeza duduk dirumah bersama anak-anak. Memang takut juga tinggak bertiga tapi tawakkal kepada Allah. Alhamdulillah, takde apa yang jadi.
Beberapa hari selepas tu, agen telefon Neeza, bertanyakan Neeza masih perlukan bibik atau tak. Neeza kata, tak nak dan Neeza nak duit semula. Agen datang pulangkan semua duit Neeza. Alhamdulillah...
Cerita bibik sementara tu (bibik Ma Neeza yang nama Bi) pulak ya. Makin menjadi-jadi dia. Tapi Ma masih sabar sebab Ma perlukan bibik. Bila Neeza dan Bada sekeluarga balik kerumah Ma pada hari raya, nampak sangat perubahan dia. Main pilih2 untuk lipat kain. Macam2 lagi lah yang dia buat. Neeza dan Bada perasan dan kami beritahu Ma tapi Ma bersabar lagi.
Sehinggalah semasa Ma pergi Mekah untuk buat haji, Bi jaja cerita dalam rumah kepada orang luar. Ma dapat tahu semua tu bila Ma balik dari Mekah. Ma perli Bi dengan mengatakan Ma pelik macam mana orang luar boleh tahu cerita dalam rumah. Bi diam. Tak lama lepas tu, masa Ma pergi jaga stokis (Ayah ke KL), Bi lari dari rumah tinggalkan Afir (Adik Neeza number 4. Dia down syndrome tapi boleh berdikari sikit2). Geram betul bila Neeza dengar Ma cerita kisah Bi tu. Ma pun buka cerita yang Bi dah mula melawan Ma Neeza bila Ma balik dari Mekah. Dia asyik bergayut telefon dan tak habis2 pakai inai. Sampaikan, Ma Neeza dah tak suruh dia buat kerja. Mungkin dia rasa bersalah dan sebelum dia dihalau, dia rasa, baik lah dia lari.
Pada malam dia lari tu, Fuad telefon dia dan ugut untuk report polis yang dia lari dari rumah. Dia takut agaknya. Dia telefon Ma dan minta maaf. Ma Neeza, tahu aje lah. Dia ungkit masa2 yang Bi pernah buruk2kan bibik2 Neeza (Ita dan Gangsa). Ma kata "kamu burukkan Ita dan Gangsa, kamu tu lebih teruk dari diorang tu.."
Sampai situ lah kisah bibik-bibik. Ma Neeza, memang dia penat sebab takde bibik tapi dia memang serik dah. Bagi Neeza pula, selagi mampu, memang takut nak ambil bibik lagi. Memang tak dinafikan, ada yang baik. Macam Ita dulu tu, rajin sangat. Tapi, kena hasut pulak.
Jadi, kepada kawan-kawan, berhati-hatilah. Jangan percaya 100% kepada bibik2 tu. Perlu ada rasa cemburu, tak kira lah dari segi perasaan ataupun tingkah laku bibik tu sendiri (sentiasa berwaspada), bak kata Bada adik Neeza....
Fooh!!... panjang betul kisah bibik. Kesian kawan2 kena baca cerita yang panjang lebar ni...
15 sugar & spice:
U are so very very patience.. kalu i mau ada yang lebam hehe..tapi takleh la pulakkan , tak pasal2 masuk court plak
suker la baca yr story..
yes...k.neeza sangat penyabar...akak,ambik as jer jadik bibik lain kali :P =))
Thanks Neeza for sharing.. Seronok baca kisah bibik Neeza...
sis..buat skrip drama la...ok tu..leh jual.. ekkekekeke
itulah sebabnya ramainya bibik neeza...
rasanya elok tak payah ada bibik kalau perangai sorang-sorang tak senonoh ... datang bukan nak kerja betul, banyak agenda tersembunyi .
boleh buat novel " bibik bukan milik ku ".... amacam ???
adusss.. boleh high blood pressure baca cerita nih.
Sebab ini lah lepas bibik favourite elisa balik, elisa dah tak nak ambik yang lain.. Terus jaga rumah sendiri, hantar budak2 pegi nursery. Rumah semak sikit tak apa.. jangan otak yang semak :)
salam neeza, dah lama visit blog ni.. seronok banyak cerita..
pasal bibik ni memang la semua2 cerita dia lebih dari hikayat 1001 malam kan.. macam2 kisah..
seronok jugak baca umrah trip tu..
Neome,
tak patience gak kot.. tapi my sister marah jugak Neeza sebab berlembuat sangat. Dia kata, kalau dia, dah tampat dah muka si Gangsa tu..
takut jugak sebab dia ni macam guna ilmi tak betul (ada tanah la.. pasir la yang dia simpan.. ish ish..)
Tapi apa salahnya, bagi je penumbuk kan Noame.. heheee. sekali takde kesan kot hahahaa!!
===================================
As,
dengan anak2 tak sabar.. hehee.. ambik As jadi bibik? Nanti hari2 kena check dengan Roy hehee..
===================================
Cath,
saje je cerita. Banyak lagi kisah orang lain yang menarik tapi diorang tak kuasa.. panjang sangat hehehe...
===================================
Fadzila,
skrip drama? hehehe.. kisah benar kot.. ye la tu..
Kak Rina,
lepas neeza terkena tu kan, neeza conclude, diorang datang guna tiket nak jadi bibik sebab nak venture pekerjaan lain yang lebih menguntungkan tapi mungkin tak halal pun... entahlah..
Bibik bukan milikku?? menarik tajuk tu.. tapi penat nak tulis.. hehehe..
===================================
Elisa,
baca pun boleh high blood, ni pulak neeza yang kena tanggung perangai sakit jiwa diorang tu.. hehee.. bukan neeza sakit jiwa, diorang sakit jiwa.. hahahaa!!
Susah nak jumpa yang baik. Biasanya bila dah balik yang baik, tak dapat dah yang sama kan..
===================================
Mulan,
salam Mulan. terima kasih sudi melawat blog neeza yang tak seberapa ni..
kesian segelintir bibik yang baik kan.. disebabkan cerita macam ni, kita pukul rata aje semua.. serik serik...
Lepas ni Mulan pulak lah Umrah.. ke dah haji ni? boleh la datang ke Jubail sekali :)
Neeza, lupa nak cakap, setelah lebih sepuluh tahun ada maids mak teh dah tak berapa banyak problem mengenai mereka, cuma sesekali. Sebab mak teh dapat rasa je masaalah akan timbul cepat-cepat hantar balik pada ejen.
Masaalahnya pulak bila yang bagus-bagus ni kita dah train elok-elok dah tamat 2 tahun. Bila dah attached dengan kita terasa jugalah
dia nak balik Indon tu. So mullah mak teh pujuk suruh balik sini semula.
Mak teh,
sebab Mak Teh banyak experience tu.. senang kan. Dah kenal hati budi diorang ni.
Ye lah kan, diorang pun ada tanah air sendiri. nak jugak lah baik. Cuma kita lah rasa sayang nak lepaskan.
Yang melambak ni, yang tak berapa nak elok. Tu yang tak nak balik balik.. hehee
Neeza...seb baik neeza dpt tau pasal Peah yang mengandung tu...kalau tak jadi macam apa yang kak Sya cerita dialami oleh kawan dia...maid dia ngandung...pastu majikan tak tau...tau2 dia dah beranak masa majikan takde rumah...pastu direndamnya anak tu dalam baldi bilik air...dia pulak meninggal dalam perjalanan ke hospital sebab banyak kehilangan darah...eiii...ngeri kan...macam2 kisah maid ni...
Ntahlah bab maid ni nasib2 kalau dpt yang baik...ada yang maid berkhidmat dgn mereka bertahun2...seronok dengar...
Adoi, tumpang pening kepala kat Neeza. Sebab tu akak pakai weekend helper jer...
Macam-macam cerita pasal bibik ni kan... saya tak de bibik, so tak de lah masalah2 macam ni....
Kak Lady,
seramnya neeza dgr cerita kawan kak sya tu..
yang pasal Peah tu, nasib baik dia muntah bagai.. dapatlah jugak neeza syak..
===================================
Kak cikmilah,
memang pening sangat.. weekend helper bagus kan. kita boleh control..
===================================
Ahni,
neeza pun tak nak dah lepas ni.. serik sangat..
Post a Comment