Sunday, June 29, 2008

layakkah kita?

Pemberitahuan:

Coretan yang ditulis di bawah ini mengandungi isu-isu sensitif. Sila teruskan membaca sekiranya anda berminat. Sekiranya anda adalah seorang yang agak sensitif dengan isu yang berkaitan agama, anda boleh berlalu pergi. Sekian. Terima kasih...

=========================================

Satu coretan kisah benar:A bersama-sama dengan B di dalam kereta. A bertanyakan B,

"Macam mana kerja di Ar@b S@udi? Okay ke?"

"Hmmm... memanglah, M@laysia ada semuanya. There's no place like home. Cuma, yang lainnya, di sana, kalau kita rasa hati kosong, sunyi dan perlukan ketenangan kita dekat dengan Mekah. Bila-bila masa boleh pergi Umrah..."

A terdiam sebentar dan berkata,

"Ye la.. betul tu... Aku pun ada juga niat nak pergi Mekah, buat Umrah ke, Haji ke. Insyaallah"

Keesokan harinya, A, B, C, D dan beberapa rakan lain mengadakan satu pertemuan di satu tempat (pertemuan apa dan tempat apa, biarlah rahsia). Mereka tiba di tempat pertemuan pada masa yang berbeza. Apabila C tiba, dia bertanyakan B dan D,

"Eh! A mana? Tak sampai lagi ke?"

D menjawab,

"Pergi sembahyang kot.."

C gelak sambil berkata,

"Hahahah!!! Dunia nak kiamat dah!!! nak kiamat dah niii!!"

Buat pengetahuan semua, A dan C memang jarang menunaikan solat. Entah sebab apa, tak tahu lah. Tapi, memang ramai yang tahu, mereka jarang solat. Kalau ada pun, solat Jumaat saja.Apa yang Neeza hendak dibangkitkan disini ialah, salah kah A pergi solat? Dan apa yang lucunya pergi solat sehingga perlu di ketawakan. Adakah kita menganggap ianya satu joke? Ya, mungkin laughter is the best medicine (ketawa adalah ubat yang terbaik) tapi bergelak ketawa sebab merasakan menunaikan solat itu lucu adakah ianya menjadi penawar kepada kesakitan?

Neeza bukanlah manusia yang paling layak untuk menulis ataupun berhujah tentang perkara ini tapi Neeza agak berkecil hati apabila melihat tingkah laku C yang mentertawakan A yang pergi solat.Jikalau kenyataan itu dikeluarkan oleh seorang remaja yang berumur 15 tahun, mungkin boleh dimaafkan (walaupun belum boleh sebenarnya). Tapi, kenyataan itu dikeluarkan oleh seorang yang berumur lebih 40 tahun dan bertitlekan Ir didepan namanya! Sedih dan amat menyedihkan sebenarnya. Lagi pula, bercakap tentang kiamat. Hendak sangat agaknya kiamat cepat berlaku.

Mungkin dia rasa, pahala amalannya telah cukup untuk dibawa kesana...Adakah disebabkan kita tak menunaikan solat, kita juga mahu sahabat-sahabat kita pun sama seperti kita? Sepatutnya kita bersyukur mempunyai kawan yang masih ingat asal-usul kejadian dan tujuan sebenar kita diturunkan di bumi Allah ini.

Neeza tahu, lain orang lain pendapatnya. Cuma satu yang Neeza risaukan iaitu mengenai diri ini. Adakah layak untuk bertemu denganNya??

15 sugar & spice:

YuszTieY said...

salam...
tak tau nak komen aper...terpk22 dgn sendirinya...jgn la kita ader kawan yg cam tu...minta 2 dijauhkan ya alllah...

Nurul Nadiah said...

humm. Inilah manusia.
sepatutnya kita bersyukur bila berlaku perubahan yang baik. tak patut sungguh la!

(-.-)

** lama tak singgah sini. maaf ya. berehat2. semalam streamyx server down pulak. lagi membantutkan usaha berjalan2. take care sis! =)

MAMAMIA said...

Memang dunia dah nak kiamat, C tak perasan lagi ke?? Dengan segala macam gempa bumi, banjir besar, weather havoc, dah banyak tanda2 lain rasanya, yg menunjukkan the world is coming to its end.

Kita doakan ajelah org2 macam C dibuka pintu hati, & org2 macam kita dikuatkan iman. Amin...

maklang said...

tak sedar atau terleka kot...

hmmm...maklang risau tentang diri sendiri..dah cukup ke amalan kita ni??? Memang belum!

KakNi said...

Neeza, sama-samalah kita doakan semoga both A & C mendapat hidayah daripada Allah swt.

arsaili said...

salam...moga kawan tu di buka pintu hati dia..kekadang kita mudah alpa...adanya kawan2 kekadang bole mengingati kita juga...bila kita tersalah langkah then kita bole perbetulkan...

pB said...

kito dok tinggi mano pun , satu hari kito mesti mati...

beruntung kalu orghe tu sebelum dio mati , dio taubat , dio sma'yae , dio sedekoh , dio sedar diri....

harap harap kito masuk dalae golongae orghe orghe hok sempat bertaubat dan paling utamo tobat kito diterimo Allah ...


tok gitu , adik Ja weh !!!!


Nuring kato dio nok hadioh ...
hi hi hi

Adry said...

Subhanallah... entri akak ni walaupun simple tapi cukup untuk buat kita berfikir...

Kasihan kepada mereka yang belum lagi cuba menunaikan solat... sesungguhnya itulah amal pertama yang akan dihisab... kita patut bersyukur bab Allah dah bagi diskaun suruh solat 5 waktu jer.. ini pun masih ramai yang tak buat...

Jangan fikir time muda nak enjoy saja... bila dah tua baru nak beramal... kita tak tau bila ajal kita tiba... lagipun sepatutnya time muda, sihat ni lah beramal.. kalau dah tua... dah sakit susah nak beramal ibadat....

Untuk memperingatkan sesiapa saja tak perlu tau sama ada kita layak atau tak... bak kata Rasullullah... Baligh wal ani wal ayah... (Sampaikan walau satu ayat)kalau apa yang kita sampaikan itu benar dan baik.. insyaAllah akan diterima amalan kita... amiinn...

Neeza Shahril said...

Tiey,

sedih kalau ada kawan cam tu.. patutnya kita bersyukur kawan kita insaf kan..

===================================

Nadia,

Tu la pasal.. zaman moden agaknya.. tak suka tengok orang insaf..

happy birthday nadia :)

===================================

Mamamia,

semoga orang2 macam C dibukakan hatinya ke arah kebenaran..

Neeza Shahril said...

Maklang,

kita anggap dia terleka la kan..
sama lah neeza ni pun.. masih kurang banyak amalan untuk kesana...

===================================

Ahni,

betul tu.. kita doakan... dan neeza doa diri neeza agak tak terlalai.. Insyaallah..

===================================

Arsaili,

mungkin itu lah sebab disarankan kita mencari kawan yang baik kan...

Neeza Shahril said...

kak pb,

betul sungguh tu kak pb.. Ja ni pong, tok tahu la lagu mano akhirnyo..
mugo2 mati dalae iman.. Insyaallah..

Nurin nok hadioh?? nati dehhh.. Mok Ja cari ko Nurin.. hehehh..

===================================

Adry,

akak dengar bila dah melepasi satu tahap umur, kita dah susah nak bertaubat..
semoga kita tak termasuk golongan tu kan Adry...
dan juga, semoga amalam kita diterima Allah... amiiinnn...

Lollies said...

i think kita patut dekatkan diri kita dengan orang macam ni. dan kita tunjukkan contoh yang baik. salah satu dakwah sesama kita ialah dengan menunjukan contoh yang baik dan bahasa yang elok. kita ajak dia secara halus. tanpa memaksa. kita doakan terbuka hati mereka. Insya Allah, terbuka hati.

Neeza Shahril said...

Lollies,

memang betul tu.. tapi sesetengah orang macam dia ni.. diorang memang tak nak berkawan dengan orang2 cam kita..
dia cuma akan rapat dengan kita waktu tertentu.. yang lain2 tu, dia akan cari geng2 seperti dia..
anyway, tak mustahil satu hari dia juga boleh berubah... Insyaallah..

:: Leeza Joe :: said...

slps membaca & meneliti kisah yg diceritakn oleh akak fkr org sebegini yg ada otak/ikiran dan bertitle plk tu sdg mentertawakan dirinya sdr.....tawa dlm tangis sebenarnya.....dlm hati dia mmg tmbul satu penyesalan@malu pd Tuhan tp apabila sikap melebihi sifat maka die akan berselindung di blk jenaka.."dunia nak kiamat"...
"semoga Tuhan mmbukakan pintu2 kebenaran pd org2 sebegini dn tak lupa jua pada diriku.....amin..

Jie said...

Selagi pintu taubat tidak ditutup...

Dan siapa berbuat kejahatan atau menganiaya diri sendiri kemudian membaca istighfar (minta ampun) kepada Allah, pasti akan mendapatkan Allah Maha pengampun dan penyayang.

- Ayat surah Annisaa'