Wednesday, June 25, 2008

Oh anak-anakku...



Neeza ada 3 orang anak dengan pelbagai macam perangai. Pening kepala dibuatnya kalau nak dilayan perangai mereka semua. Umur Kakak (Sophea) dan Coan (Sobhan) beza hanya 2 tahun. Mereka agak rapat antara satu sama lain. Shahmey yang paling junior buat masa ini sebab umurnya baru 1 tahun lebih. Biasanya Kakak dan Coan agak 'ngam' berdua berbanding dengan Shahmey.


Kalau dulu Kakak takde kawan nak main cikgu-cikgu, sekarang takde masalah lagi. Coan dengan rela akan jadi cikgu yang kuat melawa (siap berlipstick - habis lipstick Ummi dikerjakan) dan Kakak jadi anak murid yang mengikut aje kata cikgu. Kalau dulu, permainan Kakak limited pada toys yang ada, sekarang, Kakak dah adventurous sikit sebab Coan berani guna buku nota kosong yang sepatutnya digunakan untuk sekolah. Kesian Abah, asyik kena beli buku nota. Kertas A4 Abah pun habis dikerjakan budak 2 orang ni. Tujuannya, Kakak kena buat homework cikgu bagi! Cikgu tu Coan la... Homework yang sekolah bagi, delay pun takpe. Geram kan...


Umminya pening kepala bila Kakak dan Coan bergaduh. Walaupun ada masa mereka baik mengalahkan isi dengan kuku, ada ketikanya mereka bercerekau macam anjing dengan kucing (anjing dengan kucing gaduh lagi ke sekarang?? hehehe...). Tiba-tiba akan kedengaran jeritan dari bilik belakang. Lepas tu, dengar jeritan lain. Macam rumah hantu pun ada dibuatnya.


Dulu, Neeza akan sepantas kilat pergi meleraikan. Ada lah yang bakal kena marah, rotan, cubit atau yang sewaktu dengannya. Ianya bergantung kepada siapa yang salah. Kalau Kakak salah, kakak lah yang kena. Kalau Coan salah, Coan lah yang kena. Itu Ummi. Kalau Abah, selalunya Kakak aje yang kena. Kesian Kakak. Alasan Abah, Kakak besar, dia kena mengalah. Ish, tak aci betul...


Akhir-akhir ini, Neeza biarkan aje. Kenapa? Sebab, dari pemerhatian Ummi yang dah kenal masak dengan perangai anak-anaknya ni, lepas Kakak dan Coan bergaduh macam nak pecah rumah tak boleh baik balik, tak lama lepas tu, akan kedengaran suara gelak-gelak. Lakonan cikgu-cikgu atau mak mak dah bermula! Mereka dah baik balik dan boleh main seperti tiada apa yang berlaku. Geram jugak rasanya. Macam tak belajar dari kesilapan pulak. Eh! Anak-anak yang cepat lupakan persengketaan atapun Ummi yang masih geram sebab tak habis lagi tension marah, anak-anak dah tak gaduh lagi?? Ummi yang perlu pergi kaunseling ni... :)


Memang macam tu. Anak-anak kecil cepat lupa kalau kita marah dia ataupun kalau dia bergaduh. Itulah lumrah kehidupan. Kadang-kadang, tak sampai 1/2 minit Neeza marah Kakak/Coan, dia boleh datang borak-borak macam tak kena marah pun sebelumnya. Mereka cepat lupa dan itulah sebaiknya. Orang dewasa patut contohi perangai anak-anak ni kan...


Sekarang ni, memang Neeza akan biarkan aje kalau mereka bergaduh melainkan kalau ianya melibatkan perkara ketiga seperti tarik tangan berebutkan Shahmey ke... Yang tu, memang lah Neeza terpaksa masuk campur. Itu pun mungkin ambil Shahmey saja. Nak sambung gaduh, sambung la... hehehe... Oh ya. Itu tak termasuk kalau dia buat perangai di rumah orang. Kalau bergaduh di rumah orang, memang cepat ajelah tangan Ummi ni tangkap kat peha... ;)


Kalau buat sepah, number 1 mereka ni. Maklumlah, main cikgu-cikgu kan banyak pakai kertas. Kadang-kadang gunting kertas untuk buat duit lah. Memang kalau tengok, macam kapal karam bilik mereka. Tambah pula dengan Shahmey yang akan menambah perisa kepada bilik berterabur. Tapi, Neeza malas tak perlu risau sebab bila Abahnya balik, mulut Abah yang akan pok pek pok pek. Mereka akan di kerah untuk mengemas sendiri segala sepah tu. Memang kemas sebab dikutip satu-satu segala kertas dan buku yang berterabur. Tapi, tengok esoknya, kalau mereka main lagi, akan kembali bersepah seperti sebelum kemas. Dan seperti biasa, balik aje Abah dari kerja, kena kemas balik. Umminya dah tak larat nak bising sebab suruh kemas pun diorang tak buat. Biarlah Abah saja yang bebel. Cuma, yang bestnya Shahmey lah. Dia tak payah kemas sebab dia kecik kan. Tunggu lah besar esok. Sama naik kena mengemas dengan kakak-kakak tu hehehh...


Memang penat, letih, pening dan segala macam perasaan ada bila bercakap tentang anak-anak. Tapi, bila time mereka tidur, tengok sorang-sorang, rasa sayu hati ni. Sungguh suci murni anak-anak ni. Merekalah penawar, merekalah racun. Tapi, bila ada penawar, hilanglah racun tu kan... :)

18 sugar & spice:

l i e y n said...

best kan kalau cite pasal anak ni....lieyn still mcm x percaya dah dua anak....

Zahraa George said...

kikiki...akak,memang anak2 akak nih macam2 ragamnyer....tapi kan,kalu diaorg tak macam2 ragam tak fun!!pastu rumah sunyi jer...kekadang diaorg tu la jadi penghibur...kekadang gak diaorg tu jadi orang tengah bila ummi dan abah dia gaduh(betul tak ?? ) hehe :-) apa pun,anak-anak nikmat yang tak terhingga yang Allah s.w.t amanahkan....rasa bertuah bila ada anak2..

zino said...

actually seronok dengan kerenah anak anak ni.. semua anak anak zino close dengan zino..

abah dia ni suka melayan hehe

Neeza Shahril said...

Lieyn,

betapa cepat masa berlalu kan Lieyn..

===================================

As,

bab jadi orang tengah tu memang betul sebetulnya.. hehee.. macam jambatan diorang ni.. menghubungkan 2 negara.. hehee
takpe, masa as akan tiba tak lama lagi.. Insyaallah...

===================================

Zino,

dapat ayah yang suka melayan memang best.. boleh mintak macam2 hehehhh...

en_me said...

macam nak kena tambah lagi sorang tewww.. ader anak kecil sonok kannns

pB said...

salam Ja


lamo nyor tok masuk ghumoh Ja nie.
Bukae stakak ghumoh Ja , ghumoh orghe laing pun tok sempat ...



Anok anok lagu tu

Kalu rama , bising

Bila tak dok , sunyi pulok

Cat Cat said...

neeza,
Anak Cath pun serupa dengan anak2 neeza... Hari hari gaduh... Kalau tak gaduh sehari, Cath boleh kena 4 ekor, babe...

Your daughters and your son are so cute... Love all the pictures.

Anonymous said...

Betul la tu neeza..derang bergaduh bagai nk pecah rumah pun...tak sampai 5 minit bergelak sakan.

Itulah kawan gaduh dia..itulah kawan main dia.

Dia org belajar cemburu, belajar berkongsi dan belajar bertolak ansur..inilah pelajaran yg tak diajar di sekolah..

maklang said...

budak2 ni gaduh dia kejap aje...kita punya hot kat mereka tak reda lagi, mereka dah ketawa2...sabar jelaaa...

noniey said...

macam tu lah kita masa kecik. ngan adik beradik leh makan sepinggan, nangis sama2, main sama2, leh share segalanya. tapi bila dah besar, semuanya hilang. nak jumpa setahun sekali pun susah. hilang kemanisan lama. bila melibatkan duit, lagi lah hilang memori masa kecik. hopefully, kita dan keluarga kita semua tak macam tu..

Neeza Shahril said...

En. me,

tambah lagi sorang?? hehehhh...
memans seronok tapi bab jaga malam tu tak berapa laa.... :)

===================================

kak pb,

pehae.. kak pb busy khijo...

betul tu.. biarlah bising dari sunyi kae...

===================================

Cath,

betul sangat Cath.. pening kepala kan..
glad you like it

===================================

Kak Jie,

betul kan.. orang kata, air dicincang takkan putus kan...

===================================

Maklang,

haah kan.. hati kita masih membara, diorang dah takde apa dah... hehehh..

===================================

Noniey,

betul tu noniey... dalam hal adik beradi ni, macam2 suka duka...

cikMilah said...

macam familiar je cerita ni.. Anak2kalau rapat memang camtu. bergaduh , berebut..biarkan jer..kakcik dulu sampai la ni pun cam tu..Nanti besar sikit macam Kakak & KakNgah kat umah ni, dia macam isi dgn kuku...

13may said...

hehhe hehhe

Neeza Shahril said...

Kak cikmilah,

memang gitu kan.. neeza dengan adik neeza pun cam tu..
sekarang rapat.. semua secret share hehehe..

===================================

13may,

gelak.. jangan tak gelak :)

KakNi said...

Kadang-kadang akuni rasa macam nak biar jugak la budak2 tu main sendiri kalau gaduh pun tak nak interfere.. tapi masalah nya bila gaduh tu bising, tak tahan pulak sakit hati...

Nurul Nadiah said...

salam sis.
wah. seronoknya ada anak-anak.
riuh rendah rumah.
haihhh.. nadia sukaaaaaa sgt kekanak neh. kalau maen ngan depa leh tinggai benda lain tao!

Hah. maen cikgu2. Nanti da besaq kakak ngn adik leh jadi cikgu. Bak kata mama saya, kerjaya cikgu ni sesuai untuk perempuan. kerjanya separuh hari, ada masa untuk keluarga nanti. tengok anak2. didikan sendiri lebih baik dari orang lain. hoho. termembebel pulak. =p

** sis. gambaq kaklong sangat manis lah! matanya cantik. yang berdua lagi comel juga! cume mata kaklong tu da tangkap mata saya. =)

Nurul Nadiah said...

Hah. Baru perasan yang syahmey tergelak sakan! awatnyaaaa. hohoho.

Neeza Shahril said...

Ahni,

haah.. kalau bising sangat, neeza pun masuk campur..
kalau neeza tido, takpe.. hehee..

===================================

Nadia,

nanti lepas kawin, Nadia kena beranak ramai-ramai... mesti Nadia layan anak2 aje nanti..

tak tahu lah tu Nadia.. kalau jadi cikgu okay jugak.. tapi itu permainan biasa budak2 kan..

muka Kakak tu ada ala2 arab sikit.. macam Nadia kot hehehh..

Shahmey memang suka aje bila ambik gambar..