Friday, June 20, 2008

Rezeki di hujung minggu



Amboi! Dah 4 hari Neeza tak update blog. Entahlah, makin hari rasa makin malas nak update blog. Idea banyak, cerita macam-macam tapi mood takde. Mood untuk menulis. Tapi, hati Neeza memang bosan bila tengok blog tak update. Kalau tak buka blog ni, takpe pulak sebab tak nampak. Ini, bila buka aje dan tengok topic lama, menyampah aje rasa hehee...


Semalam, seharian Neeza tak masuk internet. Line internet okay aje. Neeza yang tak okay sebab dari pagi sampai malam, ada saja aktiviti. Bukan dari semalam tapi dari hari Rabu lagi.


Pada hari Rabu tengahari, handphone berdering. Masa tu, Neeza tengah bersantap di dapur. Masa handphone berdering, Neeza tak tengok pun caller tu sebab time2 macam tu (about 1.00 pm), biasanya bas sekolah Sophea akan buat 'missed call'. Missed call tu bertujuan bagi tahu Neeza (dan semua ibubapa yang terlibat) yang Sophea (atau anak-anak mereka) akan tiba di rumah. Jadi, boleh lah turun ambil Sophea. Macam tu lah biasanya.


Jadi, Neeza pun buat tak tahu aje lah bila hp berdering. Tapi, dalam hati berkata juga, "eh! lama pulak bunyi ni. tak macam missed call ni..". Neeza teruskan makan sampai habis. Lepas tu, tergerak hati untuk tengok handphone. Manalah tahu lady conductor tu sebenarnya nak call untuk bagi tahu Sophea balik lambat dan bukannya buat missed call. Bila tengok balik, laaaa... rupanya bukan lady conductor tapi As yang call. Neeza pun call As balik, cerita lah dari A sampai Z heheee.. As kata, patut lah dia call rumah, tak angkat. Call hp pun tak angkat. Kalau Neeza di dapur, memang tak dengar bunyi house phone sebab letak dalam bilik. Memang tak dengar especially kalau pintu dapur tutup.


Dipendekkan cerita, As jemput makan di rumahnya malam tu. Memang Neeza dah masak untuk hari tu. Tapi, rezeki jangan di tolak kan. Kami sekeluarga dinner Nasi Tomato di rumah As malam tu. Sedap As masak. Ada agar-agar dan apam gulan hangus lagi. Memang kenyang teramat. Siap As bagi bawak balik lagi. Terima kasih daun keladi As. Kalau sudi, jemputlah kami lagi hehee..


Semalam ada jemputan makan lagi dan kali ni rumah Kak M pulak. Kak M jemput untuk breakfast dan lunch tapi mula pada pukul 10.00 pagi. Jadi, breakfast bertukar menjadi brunch la. Kami makan meehoon Sing@pore yang dimasak Lieza. Memang yummy!! Ada jiran Kak M, Indones1an yang dah 15 tahun duduk di sini (sebab kawin dengan S@udi) bagi Samosa. Banyak betul dia buat. Dari luar, nampak sebijik macam karipap. Mdna pula bawa home made pizza dan kuih bakar. Brunch tu dah jadi macam lunch sebab perut kami memang penuh especially myself lah yang bertambah sampai 3 kali hahahaha!!!.


Lunch tetap ada. Lepas zohor, lunch dihidang. Masyaallah! Macam-macam makanan ada. Dari masakan melayu hinggalah masakan tak melayu hehee... Rendang Ayam Padang, Kari Ikan Bawal, Daging Goreng, Sayur Campur, Solok Lada, Ulam Raja Arab, Bendi kecik masak style Arab (tak ingat dah nama masakan tu), Spagetti dan macam-macam lagi. Tengok lauk aje rasa dah kenyang. Bila dah makan, tentulah nak rasa semua kan. Neeza makan dengan tak tengok orang hehee.. Alhamdullillah, kenyang sungguh.


Lepas tu, Kak M serve dessert pulak. Pada sebelah petangnya, makan Cendol Homemade dan Bubur Kacang. Kak M Buat sendiri Cendol tu. Tak cukup. Kesian budak-budak yang tak dapat makan Cendol. Hopefully, Kak M buat lagi Cendol tu untuk mak budak-budak nak makan hehehh...


Seharian di rumah Kak M, mata pun seakan-akan membuat lambaian bantal.. hehee.. Sudah agak lewat juga, kami buat keputusan untuk balik. Kalau tak sebab dah nak masuk Maghrib, mungkin tak balik lagi la kot.. ish ish.. tak malu betul... hehee.. Balik tu, Kak M bekalkan Kari Ikan lagi. Dia bagi Rojak M@k Bee juga.. Boleh lah beli mangga buat Rojak.. sedapnya!!!


Itulah kisah makan-makan kami di sini. Takde apa sangat pun tapi saja nak menulis sebab takde mood nak tulis tentang benda lain. Gambar makan-makan, takde langsung sebab lupa bawa camera. Entahlah, sejak 2 menjak, semuanya malas. Tak tahu lah kenapa... Dah tertelan Vitamin M lah ni... Sape lah yang bagi agaknya Vitamin M ni kat Neeza... hahahaa!!!


17 sugar & spice:

Kassim Selamat said...

neeza,
cite makan2 mcm bulan puasa lak rasa nyer...terliur ler.

kalau ada gambar kan bagus ek...

tulipurple said...

burrppppp....alhamdulillah,kenyang..hehe.betul tu...kalo ada gambo lg syiok..huhu.

Anonymous said...

salam akak...

a;a la kak cite psl mkn nih kot ade gmbr lg besh leh tumpang tgk org jauh msk2

>> mulut manje msh tersa pahit... tak selera nk mkn lagi... mskkan utk manje kak... sup ayam satu :p

Nurul Nadiah said...

lapaqnyaaaa baca entri ni.. (-.-)
perot da munyik2 lah~
huhuhu..
tp xleh nak makan!
da malem!
=)

take care ya my lovely sis!

zino said...

lepas ni kena cari vitamin R pulak hehe

Zahraa George said...

wah...rezeki sunguh kan...nyum2...insyaallah nnti kalu buat as pangil lagi...kalu nak makan,x yah la tungu as bikin itu kenduri,anytime ler..mari jer....nnti puding tu kalu as buat as hantar ker akak yer :)

Neeza Shahril said...

KS,

bestnya bulan puasa di malaysia kan.. macam2 ada...

===================================

Tulip,

kenyang nya terasa sampai sekarang hehehe..

===================================

Manje,

salam manje :)
orang jauh masak cam biasa.. tapi orang yang makan tu luar biasa sikit hehe..

makan ubat tau.. nak sup ayam? meh akak masak.. nak post ke? ;)

===================================

Nadia,

kalau lapar, sila kedapur dan masak sekarang hehehe...
nak senang, gi je kat pasar malam huhuu...

you take care too dear!

===================================

Zino,

Vitamin R tu susah nak dapat.. mahal sangat! hehee..

===================================

As,

Memang rezeki betul...
eh.. ye ke?? alamak.. malu la pulak hehee..
tapi.. malu malu kucing ni.. hehehh..

ZABS said...

Salam Neeza,
Rezeki kalau sudah ditetapkan begitu, akan sampai juga kepada kita. Alhamdulillah.

elisataufik said...

*jealous*

Neeza Shahril said...

Pak Zabs,

salam...
alhamdulillah...

===================================

Elisa,

nanti kita lak buat makan2 nak??

silversarina said...

ish ish ish... sedapnya makan-makan, kalau akak tak berasaplah dapur gayanya , usah M , M tau, kena rajin sebab muda lagi bertenaga , tak macam akak/makcik ni ..hehehe.

:: Leeza Joe :: said...

muhhahha...mkn2 memang best,,,,mkn free ber=++ best...pas2 yg x mood nak tulih blog tu apesal....

hihihi..tertelan vitamin "m"...ermmm...ape maknenyeeeeeeeeeee

Kak Elle said...

wow rezeki melimpah ye neeza?nampak macam2 hidangan di siapkan tu...kenyang ler nampak nya...hehehe

Neeza Shahril said...

Kak Rina,

penyakit M ni datang ikut musim hehee...

===================================

Lieza,

m... malas.. hehee..

===================================

Kak Elle,

memang kenyang betul kak elle...

Mak Teh said...

Cara neeza beritahu neeza sukan nak makan dan mood rasa sangat malas tu, mak teh takut neeza ni ada orang baru nak muncul kut. Better go and check.

Neeza Shahril said...

Mak Teh,

ehemmm... paham tak?? hehee...

Mak Teh said...

Alhamdulillah! Mak teh dah paham. Hehehe.