Monday, July 14, 2008

Lidah tak bertulang


(Nada dering)

"Hello.."

(Senyap)

(Talian diputuskan)

(Nada dering lagi)

"Hello.. siapa ni?"

(Senyap)

(Talian diputuskan lagi)


Selang beberapa hari kemudian.

(Nada dering)

"Hello.."

"Hello. Siapa bercakap ni?"

"??. Siapa di sana?"

"Awak kenal Zainal tak?"

"Hmm.. kenal. Kenapa ya?"

"Macam mana awak kenal dia?"

"Saya kenal dia semasa company saya ada buat lawatan di Kuala Kangsar. Kebetulan dia datang ke tempat pameran kami. Kenapa ya?"

"Sejauh mana hubungan awak dengan dia?"

"Saya anggap dia sebagai kawan saja. Lagipun, semasa dia ke gerai pameran kami tu, dia ada bagi business proposal. Jadi, saya bagi lah contact number. Dia ada telefon saya. Macam tu ajelah. Boleh saya tahu, siapa yang bercakap ni?"

"Saya isteri dia."

"Oooo.. isteri dia. Ada apa-apa yang saya boleh tolong ke kak?"

(Senyap seketika)
(Suara seakan-akan menangis)

"Awak tahu tak. Baru-baru ni saya ternampak sms Zainal untuk awak. Saya tanya dia awak ni siapa. Dia kata takde siapa siapa. Cuma rakan business. Saya tak percaya. Saya cuba untuk telefon awak."

(Cuba ingat kembali)

"Ya.. ada beberapa hari lepas, saya ada terima panggilan telefon tapi takde sape bercakap pun"

"Akak lah tu. Kali kedua akak nak telefon, Zainal bagi kata dua pada akak. Dia kata 'kalau awak telefon juga, jatuh talak!"

"Hah???!!! Takkan lah sampai macam tu sekali?"

"Iya.. sebab tu lah akak nak tahu apa hubungan awak dengan Zainal"


(Diam seketika)

"Kak... macam ni lah. Saya anggap Zainal tak lebih dari kawan biasa. Saya tak tahu lah dia anggap saya apa. Tapi, saya dah ada keluarga kak. Saya dah kawin dan ada anak. Saya sayangkan keluarga saya. Saya pun tahu Zainal dah ada family. Dia pun selalu cerita pasal akak dan anak-anak. Tak pernah pun dia cerita buruk pasal akak. Semuanya baik-baik. Dia selalu bagi tahu akak banyak berkorban untuk dia"

"Tapi... kenapa dia buat akak macam tu. Sampai nak jatuhkan talak pulak. Akak pun tak tahu apa status akak sekarang"

"Astaghfirullah... saya pun tak faham. Kenapa sampai macam tu. Macam ni lah. Akak nak saya call dia dan tanya ke?"

"Tak! Tak payah! Awak jangan call dia lagi. Akak nak bagi tahu. Janganlah awak buat macam ni lagi. Jangan lah ganggu rumah tangga orang."

"Aik! Sejak bila pulak saya buat macam tu?"

"Kenapa awak layan dia?"

"Kan saya kata tadi, saya anggap dia kawan saja. Tak lebih dari tu"

"Takpelah. Sekarang saya nak minta satu benda dari awak"

"Apa dia kak?"

"Awak jangan sekali-kali telefon dia lagi. Hal akak dengan Zainal, biar akak yang uruskan. Boleh awak janji dengan akak macam tu?"


"Baiklah kak. Saya pun tak suka lah dengar kalau akak dan Zainal sampai macam tu jadinya."

"Okaylah ya. Awak ingat ya. Jangan contact Zainal lagi. Awak jagalah keluarga awak baik-baik. Ingat pesan saya. Tolong jangan call Zainal lagi sampai bila-bila. Assalamualaikum"

"Waalakumsalam.."



Mudahnya lidah berkata-kata. Hidup bersama selama berbelas tahun tiada erti ketika syaitan merasuk jiwa. Sememangnya talak adalah hak milik mutlak suami tetapi mengapa ianya dianggap satu senjata ugutan?


Baru-baru ni, ada 1 kes artis diceraikan oleh suaminya ketika dia sedang mengandung 3 bulan! Mengikut Islam, haram bagi lelaki menceraikan isteri yang sedang mengandung. Walaupun begitu, ianya sah. Maknanya talak telah pun jatuh.


Dihati lelaki berkenaaan, tidak kah dia terfikir wanita yang diceraikan itu sedang membesarkan zuriatnya sendiri? Apalah dosa anak kecil didalam perut siibu itu sehinggakan tidak dapat menerima belaian seorang ayah ketika masih didalam kandungan? Selalu kita dengar, untuk mendapatkan seorang anak yang baik dan sihat, kandungan perlulah sentiasa dibelai dan dipupuk dengan kata-kata positif oleh kedua ibu bapa. Tetapi, sekiranya ibu bapa bercerai, tinggal lah siibu yang terpaksa mengusung kandungan kesana kemari dengan hati yang luka.


Manusia sungguh mementingkan diri sendiri. Asalkan hati puas, sanggup buat apa sahaja. Langsung tidak terfikir sebab dan akibat. Perjanjian yang dibuat pada hari pernikahan dilupakan sekelip mata, hilang bersama nafsu amarah. Kasih sayang yang dicurahkan sebelum itu langsung lenyap bersama kenangan baru yang belum tentu menjanjikan kebahagiaan.


Semoga kita tidak termasuk didalam golongan orang-orang itu...


*******************************************************


Baiklah, lupakan seketika cerita di atas. Di sini, Neeza nak share menu hidangan semalam dengan semua bermula dari breakfast (minum pagi) sehinggalah ke dinner (makan malam). Hehehe.. semalam terlebih rajin. Rajin masak aje la. Mengemas rumah masih malas.. *tutup muka*

Mari kita lihat. By the way, hanya gambar-gambar saja yang tertera sebab Neeza bercadang untuk memuatkan semua resepi didalam blog masakan yang akan tiba tak lama lagi. Kalau Vitamin R banyak, cepatlah muncul blog tu. Kalau tidak, malam sikit la kot.. hehehh..


Shakshuka ni tak tahu lah masakan arab ke, pakistan ke ataupun Iran. Tak pastilah. Tapi, yang ni memang yang selalu dijual di kedai makan di sini. Ianya dimakan bersama roti yang macam roti hot dog tu.


Di bawah ni masakan yang dimasak semalam tapi hanyak dimakan semasa dinner sebabnya... baca lagi dibawah..






Sebabnya, 2 masakan dibawah ini yang dimasak pada hari sebelumnya masih banyak. Jadi, Neeza dan anak-anak perabihkan masakan hari sebelumnya lah. Masakan semalam, makan semasa dinner. Yang tentunya, masakan semalam juga akan dimakan pada hari ini. Begitulah adanya. Masak sikit ke, banyak ke, memang tak pernah habis. Mesti akan carry forward ke hari berikutnya. Kadang-kadang sampai berhari-hari. Yang tukang perabihnya Neeza la sebab anak-anak dan suami biasanya tak nak makan dah kalau lauk tu dah banyak hari sangat. Nak buat camne.. nak buang sayang. Tak baik membazir kan...






23 sugar & spice:

13may said...

neeza ni pandai masak orgnya...

bila nak balik mesia dan buat makan makan?

hehhe hehhe

KakNi said...

Neeza, itu kisah benar ke? Kalau kisah benar apa ke kesudahan nya?

Neeza, kalau masakan asyik berlebih, cubalah kurangkan menu nya atau kuantitinya... sayang gitu, tak baik membazir.

Kak Elle said...

waduh neeza sampai gitu si suami nak jatuhkan talak...kesian ye?

Ni lah jadi pelajaran

kan?Jgn sekali involve ngan suami org susah jadi nya.

cepat2 buat blog resipe tu..nak juga belajar masakan sana.

zino said...

baru teringat belum makan lagi ni hehe

:: Leeza Joe :: said...

eee...ngeri tul bc ctr tu....huhuhu...tp hakikatnya ramai betul suami2 diluar sn yg selau "ringan" mlt nak jatuhkn talak...w/p kesalahan isteri tu tak seberapa......
oh oh oh kak neeza...rajin tul msk...huhu....mcm2 resepi ade...ni nak tambah bt blog resepi plk...lawan tokey ni...hihiihihi...apepun liza nak bg tips cket kt akak...jgn amalkn mkn maknn yg bermalam...nasi kaa...x elok...lemah bdn...akak tu berbdn 2....hihiih...msk tu x byk2...kr2 utk 3 org mkn dk ok...hihi...memandai jer ajo....

Zahraa George said...

phewwwwwwwwwwww!!!,nak belajar lah cam mana nak buang jauh3 penyakit 'M' tu dari akak........nak tambahkan Vitamin 'R' gena ha??bagi advice sikit....satu perubahan yang bagus....positive2...hehe....

Neeza Shahril said...

13may,

hahaha!! silap besar tu May..
masakan neeza tu sebenarnya yang paling senang didunia.. tapi bagi neeza yang paling susah.. hehee.
nak buat makan2 kat malaysia? tungguuuuu... hehee..

===================================

Ahni,

mengikut cerita, pompuan tu tak contact langsung Zainal dah sebab dia tak nak sakitkan hati wife Zainal. Juga, dia tak nak terjadi benda lain pulak.. biarlah habis cam tu aje katanya.. dan Zainal and family, tak tahu lah pulak sebab dah pompuan tu tak contact dia.. semoga mereka bahagia lah kan..

Neeza selalu masak 2 benda je - sayur dan lauk dan kuantiti yang sangat sikit.. tapi anak2 neeza memang susah nak makan lauk. Sayur memang langsung tak makan.. jawabnya kena lah carry forward.. memang tak buang sebab sayang..

===================================

Kak elle,

neeza dengar pun terkejut badak.. geram pun ada.. rasa cam nak tumbuk aje muka lelaki yang senang sangat guna kuasa veto ni..

Kak elle, blog resepi tu dah ada.. tapi biasalah.. neeza bukan reti masak. resepi yang ada adalah yang paling senang didunia.. hehee..

===================================

Zino,

apakata letak gambar makanan yang zino makan pulak hehehh..

===================================

Leeza,

memang ngeri tahap gaban Leeza.. mentang2 diorang ada kuasa kan.. tak suka betul kan..

Leeza, cuba tengok betul2.. masakan yang ada tu rasanya Andrean pun pandai masak.. hehee..
senang2 aje tapi bagi kak neeza yang sangatlah tak pandainya, mesti nak kena tengok resepi jugak..

betul tu.. kak neeza selalu dengar benda tu.. tapi nak buat camne leeza.. sayangnya laa.. karang masak sikit sangat, tak cukup pulak.. macam hari tu.. hahaha!!!

===================================

As,

akak ni ada vitamin R utk masak aje..
utk lain2 (mengemas, lipat kain), vitamin M nya lebih tinggi dari gunung himalaya.. hehehe..

YuszTieY said...

SALAM...
oooo..patut la semlm mase chat kalut dok mask, dok masak shuksuka upnya..kitorang kat sini pon selalu makan tapi beli la...benda mudah nak dapat lain la kalau makanan mesia wajib ler masak sendiri kan...sedap nya rebun tu...best kan kat sana semua ader brg mesia.
kalau kat sini musim panas jer ader kailan tapi tak ader plok lagi nampak kat pasar ..biasa thn2 lps ader dah.

nauzubilllah la benda2 camni...moga zainal n familynya bahagia..

Abang Long said...

Ermmmm.... satu topik tentang masalah suami. Satu tentang topik makanan. Boleh swing...

Cat Cat said...

Hmmm, masaalah lelaki... so complicated, kan...???

Wah, pandai jugak ko masak, Neeza... Berasap dapur all day long lah ya... Hehehe.

Jie said...

tak moh cite pasal lauk sedap2 tu..
nk tau gak pasal kes kt atas tu..

tak faham sungguh.... tergamak buat mcm tu

pB said...

salam ...


dah jadi perkara biasa dah cerita satu tu ....



kak pB tok makae rebung.
Sedap kor???

Ummi365 said...

kat KL ni memanglah dah bermacam2 cerita didengar.. bukan lagi drama minggu ini tapi realiti..

ummi dah memang terperasan neeza dah ada blog memasak.. chewah rajin lah adikku sorang ni..

Neeza Shahril said...

Tiey,

jauh jugok nok beli barang2 tu.. 1 jam drive.. di Jubail payoh nok buleh..

===================================

Abang Long,

ada swing macam main buai tak?

===================================

Cath,

tu lah jadinya kalau tak puas dengan apa yang ada..
mana ada pandai Cath.. the simplest thing in the world tu..

===================================

Kak Jie,

dia tak ingat pengorbanan isteri selama berbelas tahun sampai sanggup keluarkan perkataan macam tu..
menyedihkan...

===================================

Kak pb,

lor ni lagi lah selalu jadi ggitu dih..

rebung tu sedap jugok.. tapi kalu kak pb tok tahae dengae bau dio, mungkin tok suko..

===================================

Kak Ummi,

kat KL lagi lah banyak cabaran.. kalau tak lelaki yang cari, pompuan yang cari..

blog tu dibuat kes susah sangat nak godek resepi.. tengok blog orang dah complicated.. so, neeza tulis dgn cara tersendiri hehehh..

maklang said...

maklang posa ni...buat apa lah tunjuk gambar makanan...

Mak Teh said...

Neeza, cerita pertama mak teh tak suka nak komen.

Kisah kedua, aaah pasal masak dan makan, mak teh suka. Pandai neeza masak banyak jenis makanan ye. Nanti mak teh kasi neeza satu resepi daging masak hitam spicy. Kalau masak baunyapun dah sedap. Hehe jangan leleh air liur lagi.

silversarina said...

sedap nampak makanan-makanan masakan neeza tu... macam-macam ada kat sana ye, best nya :)

cikMilah said...

Salam Ja, eii, seram lah cerita pertama tu.. tak berani nak komen. Nauzubillah.
Tapi bab masak dan makan ni best.

Anonymous said...

alo prenn.. lama tak berkomentar disini hehehe.
anyway; mungkin kita dengar seblah pompuan jer kes talipon tu. kita tak tau keseluruhan acara sebelum tu yg menyebabkan sang suami memeberi kata putus yakni taklik itu. walau apapun, itu satu arahan yg agak kejam kalau dilihat dari satu sudutlah kan!
masak masak - ayyooooo pagi pagi ni dah buat tergoda neh. huhuhu. kawe mmg feveret makan rebung tapi all other family member tak suka. so kalau nak makan kenalah masak sendiri. letak udang... besttt :)

Neeza Shahril said...

Maklang,

nanti maklang tengok lepas berbuka lah ye..

===================================

Mak teh,

neeza tak pandai mak teh.. tapi selera besar..
jadi, kena selalu godek resepi..

===================================

Kak Rina,

taklah sedap mana pun.. rupa je lebih Kak Rina..
haah.. kat sini banyak gak benda ada..

===================================

Kak Cikmilah,

memang seram.. jauhkanlah kan..
neeza pun memang suka makan.. hehee..

===================================

Abanglong,

kadang neeza pun rasa gitu.. entah iye entah tidak benda tu jadi.. kot la wife orang tu reka cerita ke kan.. tapi kalau betul, memang tak patut..

pandai masak ye?? haaaa.. boleh la.. boleh la ambik abanglong jadi tukang masak.. hehehee...

Nurul Nadiah said...

sis.
shakshuka tu apa intinya?
macam best je kak
waaaaa

nape la singgah memalam ni
lapaq sungguh!

zura aini said...

pandai juga neeza buat skrip drama ekkk, he, he....cite betul atau rekaan semata-mata?

Neeza Shahril said...

Nadia,

telur tu.. ada kt blog resepi akak..
best jugak sesekali tukar selera.. hehehh

===================================

Zany,

cerita betul ni zany.. skrip tu pun betul.. cuma mungkin ada tambah kurang kat mana2 kot..