Monday, July 7, 2008

mimpi..


Semalam Neeza mimpi sesuatu yang membuatkan Neeza teringat sampai sekarang.

Tempat : Ketereh, Kelantan
Rumah : Rumah dimana Neeza dibesarkan oleh arwah nenek
Masa : Rasanya sekarang sebab Neeza dah dewasa masa tu
Orang terlibat : Makcik dan anak-anaknya (my cousins)



Dalam mimpi tu, 1 benda yang Neeza perasan, lantai rumah tu seakan-akan hendak roboh - jarang-jarang dan seperti diperbuat daripada plywood saja. Rumah tu adalah rumah kayu.


Satu perbualan yang Neeza masih ingat ialah perbualan dengan makcik. Makcik cakap, sepupu Neeza dah beli kayu untuk buat lantai baru. Kayu tu cantik, berwarna-warni.


Pagi tadi, ketika hendak menyiapkan breakfast, Neeza terfikir mengenai mimpi tersebut. Apa agaknya maksud mimpi berkenaan? Memang Neeza tahu, makcik Neeza tak berapa sihat. Mungkin Neeza perlu telefon untuk bertanya khabar.


Adakah itu sahaja? Adakah maksud lain? Kenapa tiba-tiba mimpi mengenai mereka ya. Suami dan anak-anak Neeza tiada didalam mimpi. Mak ayah dan adik-adik Neeza juga tiada. Arwah nenek Neeza juga tiada didalam mimpi tu.


Neeza masih tertanya-tanya. Adakah semua mimpi mempunyai maksud? Atau mungkin ianya mainan tidur? Mungkin....

22 sugar & spice:

KakNi said...

Hi Neeza, kdg2 mmg kita terganggu dgn mimpi, lebih2 lagi kalau mimpi tu macam real je... Neeza jgn lah risau sgt ya pasal mimpi tu sbb apa pun petanda atau maksud mimpi tu - kita kan percaya kepada ketentuan Ilahi... apa2 pun Dia dah aturkan... doakan lah kesihatan makcik Neeza tu ya dan jangan lah runsing (like in your previous entry)...

silversarina said...

salam,

mimpi memang kadangkala membuatkan kita berfikir apa maksud di sebaliknya lebih-lebih lagi bila ianya dapat diingat detailsnya . Neeza banyakkan berdoa agar tiada apa yang tidak baik akan berlaku kerana segalanya ada hikmah yang selalunya tidak dapat kita rungkaikan . Usah biar fikiran terganggu dengan mimpi itu.

btw, akak dah ke rumah neeza dan dapat jugak menjemput mak neeza ke majlis akak nanti. Thanks.

IKHWANI said...

Ja, mitok email add?

Neeza Shahril said...

Ahni,

thanks.. Insyaallah, diharap semuanya selamat..

===================================

Kak Rina,

harapnya gitulah kan kak..
thanks ye jemput mak neeza.. kalau neeza ada sana, Insyaallah, neeza pergi...

===================================

Kak Wani,

Ja wi dalae blog kak wani..

ummu asiah said...

Neeza..jangan difikirkan sangat..

nanti lagi susah nak lelapkan mata..stress..cuma mungkin boleh jadikan kita lebih beringat dan memperbaiki amal dalam menjalani kehidupan..akak pernah bercakap2 dgn kwn mengenai tanda-tanda yang ada pada orang yang dah hampir dgn kematian..lepas tu hingga sekarang memang dok concious je dgn keadaan diri dan sekililing..tapi selalunya lalai juga...

neomesuff said...

selalu jugak i mimpi tempat tempat yg i frequently go or attached too. Dari segi scientific, they say, as and when we store a lot of stuffs in our millions of braincells, it somehow mix and match and create a story.. so i guess it is just a story. Whether or not is a sign of something or somesort of premonition..Wallahualam

Unknown said...

neeza ....

semoga semua yang neeza kasihi sihat walafiat...

jgn risau ye!

Abang Long said...

Lebihkan mengingati Allah. InsyaAllah.

Zahraa George said...

mimpi suatu yang indah..tafsir yang tak pernah kita tahu maksud tersembunyi...mimpi indah buat kita bahagia,sebaliknya mimpi yg menakutkan buat kita resah gundah gulana.....akak jangan lah terbawak2 mimpi tu sapai stress...insyaallah,x der apa2.. :-)

:: Leeza Joe :: said...

ermmm....seeloknya akak smbahyang tahajud lps mimpi tu.. mntak petunjuk dan mntk dijauhi perkara2 yg krg elok....insyaallah....

MAMAMIA said...

Maybe Neeza terlalu fikirkan pasal makcik, sampai terbawa2 dlm mimpi. Doa utk yg terbaik. Jgn layan sangat mimpi tu, mimpi tu kdng2 kan mainan syaitan..

YuszTieY said...

ader buku tentang tafsir mimpi...lupa dah buku tu...tak ingat la..buku tu kot bahasa arab..dulu2 suka ajer cek tafsir mimpi bila lps bgn tido..

Zul Abdullah said...

Orang tua-tua kata , tido tak basuh kaki pasal tu mimpi macam-macam... kadang2 mimpi ada bawak petanda.. dan kadang hanyalah mainan tido.. jadi kalau masih lom tenteram cuba dapatkan maklumat kat kampung... InsyaAllah semoga semuanya ok..

Neeza Shahril said...

Kak Ummu Asiah,

neeza tak fikir dah hal tu..
betul kan.. benda2 ni buatkan kita ingat pasal mati..

===================================

Neome,

I hope it's just a story to cheer up my sleep.. hehehee..

===================================

Pak payne,

neeza harap gitulah..
thanks ye...

===================================

Abang long,

Insyaallah.. thanks..

Neeza Shahril said...

As,

mungkin akak terbawa2 bila baca tafsir mimpi kat internet kot hehe..
harap2 takde apa apa la kan..

===================================

Leeza,

haah kan.. tak teringat pulak nak wat gitu..
lepas ni kalau mimpi lagi, mungkin akak kena terus bangun...

===================================

Mamamia,

betul tu.. syaitan saja nak bagi risau agaknya..

===================================

Tiey,

oooo.. ada tafsir arab ye.. nak cari la.. hehehe..

===================================

Kelu,

tu la kan.. neeza kena call kampung..
lagipun dah lama tak bertanya khabar mereka..

13may said...

hmmm...tak pandai bidang2 camni..

btw, jaga diri :)

Kak Elle said...

insya'allah mereka ok kot..

zino said...

mungkin ada mungkin tidak.. anyway talipon mereka bertanya kabar..

l i e y n said...

apa ye maksud mimpi kak neeza tu...kalau lieyn selalunya x ingat lieyn mimpi apa...

kakLuna said...

haha..ni kena tanya madam Zora nih..hehehe acah je..

mmg kdgkala mimpi mmg ada maksud tertentu...seperti mimpi Nabi Yusuf A.S (ayat 4 surah yusuf) juga memberi tanda baginda akan menjadi Rasul...tapi kebanyakan mimpi terutama bg org mcm kita adalah mainan syaitan..yang terhasil kerana minda kita yg penat dan hendak berehat..maka otak kita tak mengawal apa yg kita mimpi, jd lah ia mimpi yg mengarut2..

tapi mimpi tentang Rasullullah SAW, mimpi melihat wajah baginda, adalah benar kerana syaitan tidak boleh menyerupai Rasul (tapi ada juga pihak mengatakan bergantung pd yg bermimpi, kalau org tu berjiwa bersih insyaAllah mimpi ttg Rasul merupakan satu karomah atau maunah dari Allah SWT thdp org tersebut)

bbalik pd mimpi k.neeza..sy pun rasa ada maksud (sbb ia melibatkan unsur2 alam seperti tanah, kayu, air..dsb..)cuma TAK SEMESTINYA ia bermaksud tak baik....mungkin ia berkenaan ttg rezeki..atau ttg perhubungan saudara...

nnt sy cuba cari dlm buku (bkn kitab tajul muluk..hihihi)..kalau2 ada tanda2 yg berkaitan..apapun, stay to think positif k...

cikMilah said...

Istighfar, minta di jauhkan segala yang buruk, berbaik sangka pada mimpi dannn....mungkin ini waktu nya Ja hubungi mereka...

Neeza Shahril said...

13may,

hehehe.. takpe.. layan aje..

===================================

Kak Elle,

harapnya gitulah.. Insyaallah..

===================================

Zino,

betul kan.. kena call tanya..

===================================

Lieyn,

kadang akak lupa.. tapi yang ni ingat sangat..

===================================

Luna,

nanti kalau jumpa, cerita ye.. hehehe..
madam zora tak paham kot kalau kita cerita melayu.. hahaha!!

===================================

Kak cikmilah,

nanti Ja call diorang.. thanks..