Thursday, July 24, 2008

Updated links


Salam semua. Sebenarnya Neeza masih belum sihat lagi. Dapat batuk pulak. Tapi biasalah, penyakit ni tiga serangkai. Bila sakit tekak, datang selsema. Lepas tu batuk. Kalau teruk sikit lagi, dia jadi demam. Takpelah tu. Semoga dosa Neeza kurang sikit dengan sakit ni. Tapi dosa kurang, kalau kita tak ungkit kan. Ish.. takpelah, stop cakap pasal tu lah.


Akhir-akhir ni, ramai pulak yang bertanya, "camana nak buat 'Updated' pada links?". Malu sebenarnya nak cerita sebab Neeza pun belajar dari orang dan Neeza tengok ramai sangat dah buat benda ni. Tapi mungkin Neeza tak perasan yang ramai blogger baru macam Neeza juga sebenarnya. Jadi, apa salahnya berkongsi kan..


Ikut step ni ya. Oh ya, kalau tak faham, jangan segan tanya. Tak marah pun. Pengeras pun takde. Tapi, kalau ada yang nak bagi, boleh juga. Pengerasnya ialah, Buah Durian Kampung / Bukit Sebakul (durian kacukan tak nak aaaa) dan Rambutan Kampung yang masak ranum sebakul! sila hantar sekarang juga.. hehee.. rindu nak makan durian dan rambutannnnnn!!! hehehe.. melalut lah tu. okaylah.. stepnya dibawah ya..
  1. Click icon 'by blogrolling' dibawah link di blog ni ataupun, masuk ke http://www.blogrolling.com/ nanti akan dapat page yang ada icon ni
  2. Perhatikan perkataan 'Navigation'. Dibawah tu ada pelbagai pilihan untuk dibuat. Since belum ada account, click 'Create Account'.
  3. Registerlah seperti biasa menggunakan email address masing-masing ya.
  4. Nanti, dia akan mintak confirmation pada email (kalau tak silap lah). Then, confirm saja lah. Then dah start boleh create blogroll (links). Banyak group pun boleh buat.
  5. Cara nak create link tu ialah 'login' menggunakan ID yang di create tadi. Then, click 'New Blogroll'. Nanti akan keluar 1 page yang dia mintak kita namakan blogroll tu. Itu untuk pengetahuan kita saja. Tak akan keluar pada blog. Boleh lah create 'kengkawan ku', 'family ku' ataupun 'musuhku' hahahah!!! Pendek kata, suka hati lah nak namakan apa2 saja. Itu utk bezakan group saja. Setiap nama tu nanti akan terjadilah group yang berbeza.
  6. Lepas tu, type lah link yang digemari itu pada group yang dah di create tu nanti.
  7. Dah selesai type links tu, dapat kan 'code' (benda ni ada pada setiap group yang dicreate). Code ni dalam html. Jadi, pada blog masing-masing, buat lah 'Add Page Element'. Then ambil yang ada 'html' tu. Copy paste. Letak lah code tu di kedudukan kesukaan anda.
  8. Khalasssss (selesai).

Senang kan! Kalau ada masalah, tanya aje. Email pun boleh di neeza_ramli@yahoo.com Selamat mencuba :)

8 sugar & spice:

cikMilah said...

Jazakallah.. lama dah nak tanya, tapi malu2 kucing....hiks...
pengeras laksa penang leh dak?

KakNi said...

Kdg2 gila gak blogrolling ni, ada jugak websites yg update tp dia tak letak 'updated', dia tak dapat nak discover... so, sekali sekala kena gak pergi check blog kwn2 yg dah lama tak update tu...

Neeza Shahril said...

Kak cik,

laksa penang? kecil tapak tangan, arab saudi ni neeza tadahkan kak cik..
nak laksa penang!! hehee..

===================================

Ahni,

betul sesangat ahni.. dah banyak kali neeza terkena.
kesian pulak kengkawan yang tak ditulis updated tu. pilih kasih jugak blogrolling ni agaknya ya.. hehee..

shafa said...

Memang sekarang nie kena pengeras durian & rambutan...sebab dalam musim dia kan..lagi sedap kl durian kampung....alamak kena balik beli la jap lagi...

Zahraa George said...

info berguna nih!!bleh cuba nnti...hehe..lagi satu akak,yang nak buat layout cantik2 pyzam tu...camana nak buat...coding dah dapat,tapi tak tahu nak tepek kat mana coding tu....dah try byk kali,tapi x jadi2..hehe...boring dah nengok layout yg x ceria tu..hehe...

Neeza Shahril said...

Shafa,

bestnya dia boleh balik beli. orang kat sini tumpang layan tgk gambar je laa... hehee..

===================================

As,

ooo yang tu. As pergi dekat layout. Then as nampak tak kat atas tu ada tulis Pick New Template. Sebelah tu ada Edit Html. As delete semua yang ada dalam tu. As gantikan dengan code yang baru tu. Tapi, sebelum As buat tu, As kena copy dulu code2 untuk shoutbox dan lain-lain sebab bila kita tukar layout selain dari blogspot punya layout, semua yang kat tepi tu akan terdelete sama. Macam akak, akak copy kt words dulu. then akak paste semula bila dah siap layout baru. try dulu ya As..

Nurul Nadiah said...

hah.
dulu dak mane ntah
ade gak die tanye akak kan?

=p

hehehe

moh le balik mesia
kite makan derian
=p

Neeza Shahril said...

Nadia,

hehehe.. haah kan.. ada sorang budak tu tanya.. tapi belum explain panjang lebar, dia dah pandai buat sendiri.. terer betul budak tu.. :P

nak! nak! nak durian!!! hehee..