Semalam Neeza rasa bosan. Kak Jie kata, surflah Neeza. Hari ni Neeza surf, mencari cerita menarik untuk dibaca. Terlintas nak cari cerita pasal ni sebab semalam, masa kawan-kawan yang baru datang sini datang rumah, ada terkeluar topic ni.
10 SEBAB DILARANG BERCINTA DENGAN SUAMI ORANG
- SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja! - SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak. - HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang! - LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami “kerugian” kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat! - MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup meneruskan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain! - SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak “test market” saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan. - PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan! - KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai “Action that speak louder than words” (pandai cakap tapi buatnya tidak!) - BERWASPADALAH DENGAN “BOOMERANG KESALAHAN”
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita ! - MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!
Satu saja yang Neeza fikir, kalau kita buat macam tu, apa lah rasanya bila orang lain buat macam tu pada kita pulak. Sedih ke seronok? Answer yourself :)
25 sugar & spice:
hmmm....saya tatau nak komen apa...
sebab bagi saya, 2-2 salah...
sebab mcm org2 tua dok kata...tgn tepuk sebelah, mana nak bunyi..hehhe hehhe
huiii...apa yg kuar byk sgt nih???
hahha hahha...
neeza...tolong delete apa yg patut arr....
blogspot bengong!
hahha hahha
kak neeza........
ermm..hurgh....arkk..muahhh...hish2hish...(sy sdg garu kpl yg x gtl ni)...situasi ni terlalu biasa berlaku kak...kdg2 dlm diam kt tlh didustai...sbb tu x trust suami 100%...baik mcm nabi pun tp klu namanya "LELAKI"...sdr mau igt...klu joe buat liza cam ni...aku tau la ajar die camnerrrr!!!
Kita doakan yang terbaik untuk diri kita dan keluarga kita...
Hahahaha...banyaknya 13 May komen..ekekeke
Abahkan Neeza nak cerita pengalaman masa sambang dengan student2 masa kat Malaysia dulu..
Diorang kata..kami memang suka suami2 orang ni Encik..Mature..baik..tak gelojoh..gentlemen.. Tak macam budak2 bujang tu..
Amboi..terkejut abah tau..
Dah tu diorang sambung..
Kami bukan nak ambik terus Encik.. Kalau ada jodoh..kami nak kongsi jer..bukan nak bolot..
Dush!!Dush!! Selepuk lagi abah terkejut!
Budak2 sekarang kan.. macam2 hal..
he, he....dah macam biasa dah tu kes2 ni, yang lagi haru isteri orang pun nak menggatal juga. Dunia dah nak kiamat kot.Yang penting kita selamat daripada melakukan kerja2 keji tu.
harap2nye tidak lahhh...tp setakat nieh sha tak kawen lagik...so, takmo cakap byk cuz dah tgk banyak kes org yg cakap byk last2 buat jugak:D
kak neeza...komen kak neeza ilang kat topik pulasan tuh...tah mane perginye:(
tu sajo jenis yg nok cari penyakit....minta2 dijauhkan kita jadi cam tu..nauzubilllah.
lumrah hidup yang terpaksa ditempuhi..hanya IMAN dan TAQWA ja yang dapat mengatasi semua nih..
kalu tepuk sebelah tangan takan berbunyi..salahnya bukan berpihak kepada sesapa,bukan kepada lelaki,bukan kepada wanita..tapi kepada kedua2 nya sekali..
keadaan yang selalu as alami,melihat kawan2 dikeliling,yang dah kawin pun tergamak nak mencari lelaki lain diluar dengan alasan lebih 'Bahagia'.apatah lagi yang masih single mingle..wanita sekarang dah moden gamaknya..hehe...
itu perihal wanita yang mencari kebahagiaannya,apatah lelaki yang boleh memberi seribu alasan untuk 'makan luar'...
dalam keadaan ini,tidak perlu untuk disalahkan sebelah pihak,keduanya bersalah...
wallahhualam.....
huhu... harap harap tak jadi macam tu...
Harap harap diri ni tak buat macam ni satu hari nanti...
seram plak kalau difikrkan dosa yang kena tanggung...
neeza..
ada banyak kes macam ni.. hehe
May,
betul tu.. memang dua2 salah. yang pompuan gatal,
yang lelaki tak sedar diri hahaha!!
hehehh dah kena dengan blogspot ya. neeza dah banyak kali kena cam tu sehari dua ni. letih nak delete.. neeza delete dah yang banyak2 tu hehee..
===================================
Liza,
hehehe.. nape banyak sangat keluhan tu liza? lawak pulak sampai kena garu kepala.. topic ni biasa aje tapi luar biasa bagi orang yang kena
semoga kita tak jadi cam tu. Insyaallah..
kita doa banyak2 liza.. memanglah kan dalam naluri lelaki ada juga perasaan gitu.. ish ada ke? harap2 tak yah laaa...
===================================
Ahni,
betul tu.. kita doa aje kan sebab itu yang terbaik..
===================================
Abah,
hehehe.. tu lah masalahnya bila blogspot buat perangai :D
neeza pun rasa students rata2 akan cakap cam tu Abah.. sebabnya kan, contoh yang diorang tengok kat U tu ramai cam tu.. matured, baik.. (lecturer2 diorang yang macam Abah ni laaaa.. - janganlah mama cakap apa apa pulak hehehe). Ye la kan.. lecturer mesti tunjuk contoh baik. Tu yang diorang terpikat..
Bila diorang dah kerja esok dan jumpa pelbagai jenis orang, mungkin diorang fikir balik.
Dan.. kalaulah diorang ditakdirkan kawin denga orang bujang dan si husband tu buat perangai, barulah diorang akan ubah pendirian tu...
mama tak risau ke abah kena ayat dengan students? hehehee...
===================================
Zany,
betul zany.. sekarang banyak gak kes gitu. moga dijauhkan kita daripada kes2 gitu kan..
Cheryna,
boleh la Sha jadikan panduan sikit2 hehehe..
cuma, memang sedih la Sha kalau terkena gitu..
hilang ke? hmmmm kes blogspot buat hal la tu.. semalam mmg akak ada delete 1 comment sebab dia keluar banyak sangat.. tak tau pulak semuanya terdelete.. nanti akak tulis balik hehehe..
===================================
Tiey,
haah kan.. takde penyakit cari penyakit..
===================================
As,
akak setuju tu As.. iman dan taqwa.. kalau kita ingat Allah, Insyaallah, tak jadi benda tu kan..
memang pun kan, kalau jadi, bukan salah seorang sahaja sebab bertepuk sebelah tangan memanglah tepuk angin dan tak akan jadi apa apa.. dua dua salah..
moden tak bertempat tu namanya kan.. lelaki memanglah, kucing nampak ikan.. ngap aje la.. benda bayar lagi kan dibeli.. ini pulak benda free.. ish ish.. Nauzubillah...
===================================
Adry,
Dosa tu dah tentu Adry.. melukakan hati pasangan kita hal kedua..
pengorbanan yang diberi macam tak bermakna lagi... mohon dijauhkanlah
===================================
Zino,
memang makin banyak sekarang kan..
salam Ja ...
no komen ...
hi hi hi
salam akak...
ati yg sorang pun pening kpale nak melyn dan stress... huhu
kak pB jah jupo abe id sak nie ...
hi hi hi ...
ingat nok ambik gambar , tapi malu
Kak pb,
hehehe.. :)
===================================
Manje,
hehe.. betul sangat tu. Ni pulak nak layan 2 hehehe..
===================================
Kak pb,
oooo.. juppo dio ye.. yo la dih. dio kelik mesia..
bakpo malu? ;)
selalunya....yang dilarang itulah yang selalu dibuat....yang tak nak sangat yang tu lah yang akan datang...tapi yang mana nak sangat, tak dapat-dapat pulak..
benda ni kene tgk arahnya nk kemana..kalau stakat nk affair buat maksiat tentulah tak elok...tp kalo utk tujuan disahkan secara poligami, nak2 pulak mmg suami tu mampu, takkan kita nak menentang pulak bnda yg diharuskan agama,kan..
kalo saya...saya mengikut saja arus tu bagaimana, kalau saya lawan, saya yang lemas....tapi saya yakin, kalau kita x mampu nak hadapi, Allah pun tidak lah kejam utk memberikan kita ujian sebegitu..
Kakluna,
setuju kak luna.. kita berserah pada Allah saja.. lebih afdal..
Hubungan 3rd party!
Seseorg pernah komen ttg hal mcm ni kat blog kakjie
The funny thing is I read so much about how some women cry and groan when things go sour. Hello! If a man can two time his wife over you, what makes you think he won’t do it to you? It’s all about getting into your pants, ok ? When a woman get’s involved with a married man, there is always a risk. She will always be at the loosing end.
I have met women who like it way. They know the man will never leave the family. It’s a win-win situation for both parties. Both of them get to enjoy themselves but in this case scenario, the man is the one that has everything to lose. Strange how the world works ya?
Now, this is the best category. I call them the semi chronic ones. They go out with married men. They then tell themselves that they are doing the wrong thing. And yet they continue with the relationship. When the shit hits the ceiling as in the man’s wife coming to your office with the kids in hand, they start to panic.
Kak Jie,
kalau dah tahu salah buat apa buat kan..
saja nak cari penyakit la tu..
Kak Jie,
walaweiiii.. nape la neeza pergi guna adik neeza pulak ni.. hehehe..
sorry yee :)
Salam neeza,
Kalau percintaan tu membawa kejinjang pelamin kita jgn tolak bab takdir dan jodoh mereka!Ingat tu..mungkin ada hikmah disebaliknya!
Cuba tanya kenapa suami boleh sepi dalam rumahtangga yg dari luar nampak aman?
Cuba fikirkan hak suami untuk berpoligami sama?
Cuba tanya kenapa suami berminat untuk kawin lain?Sekurang kurangnya tanya dia dulu kenapa dan mengapa dia berbuat demikian?Cuba kita rasional sama jangan buat tuduhan melulu.Lelaki akan berfikir banyak kali juga jika isteri bertanya dalam keadaan tenang!Dia kagum lihat betapa sabarnya isterinya walau dalam hal macam ni..
Cuba kita selidiki dahulu kebenaran sebelum mengambil tindakan mengamuk suami!Benar ke tidak?Risau takut suami tak apa apa kita je yg jeles tak tentu fasal!Tapi sebagai isteri kita tentu dah kenal lama perangai suami kita samada mata keranjang atau tidak!Kalau dah memang perangai dia suka hai sana sayang sana sayang sini..kita dah takkisahlah dah tabiat dia..
Kadang kita asyik dengar hasutan dan cerita dari kawan-kawan yang memang suka buat cerita dan tokok tambah!Cuba bilang berapa ramai yang mententeramkan kita?dan berapa ramai yang 'boh'api lagi?
Kita mesti yakin dan pahatkan dihati,jiwa kita betapa utuhnya sayang dia,kasih dia hanya buat kita seorang!
Lelaki mungkin hanya cuma mencari hiburan sambil kerja barangkali!
heheheh tu pasal jangan hamok tak tentu fasal kadang dia cuma hanya nak berseronok sahaja lepas tensen keje!So jgn jeles over limit...
Jangan marah sangat bab poligami...
kerana dikhuatiri merosakkan akidah..
Saya doakan dari jauh neeza berbahagia hingga ke akhir hayat di samping sidia.
Maafkan saya tumpang beri pendapat ni neeza!
Lawa,
terima kasih atas pendapat tu.. :)
neeza sentiasa hormat pandangan orang lain. Bila neeza post article tu, bukan bermakna neeza anti poligami dan bukan juga beerti neeza galakkannya..
bagi neeza, perlu ada sebab yang kukuh sekiranya ia perlu berlaku. Juga, sisuami perlulah mampu fizikal dan mental..
yang neeza geram, sikap perempuan yang ambil kesempatan diatas kelemahan siisteri yang mungkin mempunyai sedikir kekurangan atas kepentingan diri sendiri.
memang tak dinafikan lelaki akan terpikat dengan perempuan yang mempunya kelebihan walaupun sedikit berbanding dengan isteri sendiri...
walau bagaimanapun, kalau benda nak jadi, tiada siapa boleh halang kan.. hanya doa yang bakal merubah segalanya.. Insyaallah..
thanks ya sebab doakan neeza :).
Jom masuk tirai saya neeza...ada n3 jokes...jarang ada n3 serius tapi ada satu tu kisah perempuan juga jom...
Post a Comment