Friday, August 8, 2008

Buah Tampoi yang ummmpppphhh!!!



Inilah buah Tampoi - buah yang banyak terdapat di hutan M@laysia. Rasanya manis. Isinya lebih kurang macam duku dan langsat. Kulitnya tebal macam kulit buah Sentol (sorry, takde gambar buah Sentol). Nak kupas buah ni senang sangat. Picit guna kedua-dua tapak tangan dan ia akan terbuka sendiri.


Pertama kali Neeza makan buah ni masa kecik-kecik dulu. Ayah selalu bawak balik seguni buah Tampoi. Haaaa???? seguni??? biar betul!!! hehehee.. betul la. Ayah kerja dalam hutan dulu. Tak pastilah macam mana kerja Ayah tapi dia kerja di Syarikat Jengk@ P@hang. Cam tu lah nama company tu. Location Ayah kerja ialah di Sg. Tekam. Orang P@hang tentu tau Sg Tekam kan. Neeza tak pernah pergi pun situ sebenarnya.





Buah ni memang mempunyai 1 nostalgia yang tak dapat dilupakan. Lepas kami pindah dari B@ndar Pus@t Jengk@, Neeza dah tak pernah jumpa lagi Buah Tampoi ni. Beberapa tahun yang lepas, semasa Neeza on the way nak pergi Johor (dari Kuantan), Neeza nampak buah ni dijual di tepi jalan (dekat hutan). Orang asli yang jual. Masa pergi tu, ternampak aje. Then teringat-ingat aje sepanjang perjalanan.


On the way balik, nampak lagi. Neeza paksa Abang to drop by. Neeza pun beli lah buah tu. Mahalnya sekarang. Dulu Ayah dapat free aje. Geram jugak dengan orang asli tu. Mintak tawar pun dia tak nak bagi. Since Neeza memang nak makan, beli juga lah. Beli 2 longgok. Memang sedap tapi taklah sesedap yang Neeza makan masa kecik tu. Mungkin sebab buah ni tak hidup dalam hutan asli lagi. Anyway, lepas lah juga rindu nak makan buah ni.


Ada lagi tak buah ni sekarang agaknya? Rindulah pulak heheheh...

24 sugar & spice:

Abahnajwa said...

Neeza..

Wahhh..hampir2 nak terjeles sebab ingat orang tu tengah best menyantap buah Tampoi.. Rupa2nya dia terngidam jer.. Hah?? Terngidam? Ye ker terngidam ni Neeza? Ada chance ker abah dapat anak buah baru ni?

Buah Tampoi ni memang bestlah Neeza.. Abah dulu ada gak merasa.. masa sekolah rendah kat Ulu Yam tu.. bila ikut kengkawan masuk hutan sebab cari buah berangan atau bijik terap.. (Lagi dua buah yang abah rindu nak makan..sedapnya kalau buah berangan atau biji terap digoreng..perghh)..

Best yek dok Malaysia.. Kak sya baru cakap dia nak balik Melaka esok..dah tu ajak-ajak kambing abah ikut.. kejamlah diorang ni..warghhhh..nak balikkk..nak balikkk

♥~ir@~♥ said...

salam sis,,,tak pernah makan lgi buah tampoi nih,,tp ira mmg tau buah nih banyak hidup di hutan,

Ummi365 said...

neeza,

ingat2 lupalah buah ni pernah makan ke tak.. tapi rasanya pernah masa kecik dululah... buat sentul pun pernah makan sebab masa tu duduk rumah gomen tepi hutan, pokok sentul tu kat depan rumah.

zura aini said...

anda telah membuatkan saya teringat dan mulalah nak mencari buah ni, hu, hu.....mengalahkan org ngidam, ni la penangan puasa, ha, ha....

Neeza Shahril said...

Abah,

best tak agaknya kalau dapat anak sedara? hehehehhh..

jangan la jeles abah.. neeza cuma teringat dan teringin sangat ni. Rindu dengan buah tampoi.. buah durian dan semua buah yang tengah musim sekarang.. huhuuuu..

buah terap selalu dengar tapi tak pernah makan. kalau dapat, best gak tu hehehehh..

neeza pun rasa nak balik tapi tak boleh la.. sebab raya nanti nak balik.. kena la sabar kan abah..

===================================

Ira,

sedap buah tampoi ni Ira.. akak rasa lagi sedap dari buah duku kot :)

===================================

Kak Ummi,

buah sentul lebih domestic, orang tanam dekat rumah..
tapi buah tampoi ni liar sikit.. dalam hutan je selalu tapi best buah dia yummmm.. ish.. lelebih lak neeza ;)

Neeza Shahril said...

Zany,

sabar zany.. sabar.. kalau neeza puasa pun cam tu heheh..
tapi neeza dah habis ganti dah.. yay!!

kena cari tepi2 hutan buah ni..

:: Leeza Joe :: said...

bestnya buah ni kan...sy pun kiur gak..klh org ngidam....dl pun bese mkn buah ni....mmg pkk die bsr....pernah la tgk pkk die tepi jln kt panching tu....tp nak cr mn kat arab ni erk....ni ade kat hutan khtatulistiwa jerr nihh

cikMilah said...

Ja, orang kat M'sia yang tak mengandung pun termengidam ni...di mana kan ku cari...

silversarina said...

salam,

buah tampoi ni memang payah nak jumpa dah , akak pun dah lupa macamana rasanya :)

Kak Elle said...

neeza first time saya dengar nama buah ni...rupa macam buah manggis eh?

Mulan said...

ada, memang ada lagi tapi susah nak dapat.. ikut musim jugak kot.. sedap kan..

Zahraa George said...

1st time tengok buah nih..selalu dengar jer buah tampoi....
teringat dulu2 ada lagu romantika di tampoi..hehe..

Neeza Shahril said...

Liza,

memang sedap dan takkan jumpa kot di arab ni.
kat mesia pun jarang jarang ada.. balik nanti nak cari la heheh..

===================================

Kak cik,

orang asli ada jual kat tepi hutan biasanya.. sebab buah hutan kan..

===================================

Kak Rina,

memang payah tapi sedap. juicy and sweet..

Neeza Shahril said...

Kak elle,

dia macam dokong tapi kulit lebih tebal dan manis.. biji dia macam tajam kat hujung..

===================================

Mulan,

dia payah sebab ada kat hutan je hehee..

===================================

As,

oooo.. As tak pernah tengok ya.. sedap As buah ni.. mengidam ni.. heheh..

cheryna zamrinor said...

waaaa...kak neeza pon wat posting sal buah gak! buah tampoi mmg best....layan jek..:D

Cat Cat said...

Oooh, Cath pun ingat masa makan buah tampoi kat Malaysia.. Ada lagi tu... tapi kena carik lah... Kat kampung Cath, pun ada jual buah tampoi... Sedaaaaaap!!!!

Tie said...

Salam...rasa pernah makan buah ni.. hubby bawa balik dulu..tapi tak ingat dia panggil apa ye..dia org kelate..ada nama lain kot..

Jie said...

Neeza,

wahh..bkn neeza je mengidam buah ni
skrg ni susah nak nampak
sesekali ada org2 asli jual
mesti beli..
sedappp

Shima said...

Cheryna,

kak neeza suka buah2 hutan ni Sha.. :)

===================================

Cath,

memang sedap kan Cath.. rindu nya la nak makan.. :)

===================================

Tie,

mungkin nama lain la tu agaknya.. :)

===================================

Kak Jie,

ye la kan Kak Jie.. tak selalu ada buah ni.
kalau ada pun orang asli je yang jual sebab nak kena panjat pokok.. hehehe..

Neeza Shahril said...

To Sha, Cath, Tie, Kak Jie,

shima tu ialah NEEZA sebenarnya..
terguna ID adik neeza pulak.. sowiii...

Mak Teh said...

Neeza, pokok ni dulu ada dalam dusun mak teh. Malangnya orang asli yang tinggal berhampiran suka ambil buah itu dan cara mereka mengambilnya ialah dengan menebang ranting pokok itu. Maka matilah pokok itu. Sekarang ada lagi satu yang belum berbuah.

Kalau Neeza ingin sangat apabila balik ke sini pergi naik Cameron Highlands pada musimnya ( sama dengan musim manggis ) ada orang asli jual di tepi jalan.

Memandangkan buah ini hampir pupus nanti mak teh suruh pak haji tanam yang baru. So that masa hadapan Neeza dapat merasakannya,Ok?

Neeza Shahril said...

Mak Teh,

ooo.. bestnya Makteh ada pokok tampoi tapi kejamnya orang asli tu kan. senang2 aje tebabng ranting. Dia ambik jalan mudah la tu..

ooo.. boleh tanam ye.. kalau ada nanti, neeza nak yee.. hehehe.. *tutup mula malu*

thank you Makteh.. :)

Nurul Nadiah said...

akakku sayanggg

umoq nadia da 23 tao
tapi kan
sepanjang hidup ni
tak penah makan buah ni

waaaaaaaaaaa

jangan kate tak penah makan
jumpe lagi laaaaaaaa tak penah

haihhhhh

cemana ni?

huhu

=)

Neeza Shahril said...

Nadia,

buah ni best sangat tau Nadia..

takpe.. nanti kalau kita jumpa dan akak jumpa buah ni, akak bagi ye.. hehee..