Semalam, Abang cerita pada Neeza,
"W punya English..."
Abang tak ketawa tapi macam mengeluh sikit. Then Neeza tanya Abang,
"Nape Bang?"
"Dia bagi tahu Abang, my slave wants to go back. Then Abang tanya, haaa?? what?. Pas tu dia kata, slave... my slave.., the Indones1on girl who work in my house.. pas tu Abang cakap, oooo.. maid! we call it maid. Dia pun cakap, oooo maid..."
Puas Neeza ketawa bila Abang bagi tahu W gunakan 'slave' instead of 'maid'. Kalau perkataan lain, mungkin tak berapa lawak untuk Neeza tapi bila Neeza membayangkan slave (hamba abdi), macam teruk sangat perbezaannya. Kalau dia guna perkataan 'servant' pun ok rasanya. Tapi, slave?? Kalau 'maid' atau 'servant' tu, boleh la kita bayangkan yang dia datang bekerja tapi 'slave' tu hamba abdi. Kena buat apa saja yang disuruh dan tiada gaji tetap.
W ialah rakan sekerja Abang, berbangsa S@udi dan berpelajaran tinggi juga. Pelik juga Neeza. Takkan dia tak dapat bezakan 'slave' dan 'maid'. Tapi, bila Neeza fikir balik, mungkin dia benar-benar maksudkannya. Mungkin bagi dia, pekerja yang bekerja di rumah tu ialah seorang hamba, macam zaman dulu tu. Neeza tengok, memang maid ni takut sangat dengan tuan dia (waktu Neeza keluar dan ternampak diorang ni melepak di taman-taman).
Sekiranya dia benar-benar maksudkan apa yang dia cakap, tak hairanlah Neeza dengan kenyataan beberapa orang kawan Neeza mengenai 'pak ar@b makan orang gaji!'. Sebahagian (tak semua dan tak pasti berapa pun sebenarnya) pak ar@b menggunakan orang gaji mereka ni sebagai tempat pemuas nafsu. Betul atau tidak, Neeza tak berani cakap tapi ada beberapa orang cakap macam tu. Mungkin sebab mereka rasa orang gaji ni ialah hamba mereka dan perlu buat apa sahaja yang disuruh termasuklah yang 'itu'. Ish ish.. takut pulak bila fikirkannya..
Satu saja yang Neeza harap, W (kawan Abang tau) tak lah pula buat macam tu. Harapnya lah kan...
16 sugar & spice:
Ha ha .. memang kelakar pelik!
Dulu masa kat US ada kumpulan Arab ni gaduh-gaduh sesama depa sbb kes yang sama. Satu group pro makan org gaji dan yang alim2 ni kontra.Ish...Kita ni kan kepoh, gi tanya sorang makcik Arab ni,kata dia, itu zaman jahiliah ada la....
Eh..teruknya..akak dulu pernah jadi maid..nasib baik tak jadi maid Pak Arab..gerunnya..
org arab ni tak abes2 dgn perangai jahiliyyah dia. patut le masjid aqsa payah nak dpt balik.
huhuhu.. kesian le sapa2 yg keje maid tapi akhirnya jadi slave pula. mrk ingat kt tanah arab selamat.. bumi nabi.. tapi.. :(
tu la neeza..selalu dengar pak arab ni layan maid dia mmg mcm hamba...selalu baca
takut kan..
Neeza, memang betul tu dia maksudkan slave. Kalau dia anggap slave maka dia ingat masa zaman jahilliah dululah depa yang kaya pakai slave dan diapun ingat dia boleh pekude orang macam slave dia!
Aduhai...slavelah pulak..teringat cerita kunta kinte masa dulu2 tu..
Tak baik yek..diorang ni..suka2 jer menslavekan orang..
Bahaya gak Pak Arab ni..makan maid ya? kita makan susu 'milkmaid' buat nescafe..ekekeke
Kak Cik,
memang arab ni ada 2 group - 1 alim sesangat, 1 lagi sempoi habis.. dan yang sempoi tu la yang 'makan' tu agaknya..
===================================
Kak Tie,
haah.. neeza ada terbaca cerita akak tu. Sib baik tak dengan pak arab kan..
===================================
Cikgu,
tu la pasal.. yang macam tu segelintir tapi bila Allah turunkan bala, semua kena..
Kak Jie,
tu la.. sebab tu diorang pandang rendah bila nampak muka As1an.. dia ingat maid..
===================================
Makteh,
tak berubah sesetengah diorang ni kan Makteh...
===================================
Abah,
haah kan.. memang macam kunta kinte saja anggapan dia..
kalau minum susu milkmaid ada gak kenyangnya.. ni makan maid, ish ish.. takuttttttt... hehehe...
kak neeza........
hihi...walaupun english sy "C" tp sy pun nok gelak gak bc n3 ni...dan rs kesian gak kat maid2 yg kene "belasah" ngn pak2 arab yg auta lbh ni.....teringat dl belajar subjek aplikasi komputer...ade jugak guna istilah "master-slave"...hihih...
ish ish ish... mungkin dia treat orang gaji dierr bagai hamba... ish ish ish... ada lagi kerr di zaman moden ni... aiyooo...
Liza,
ooo.. dalam subjek computer ada master-slave ye..
hehehe.. kak neeza buta computer lah cam tu ;)
===================================
Adry,
entahlah kan.. pelik diorang ni..
Kat malaysia ni pun ada jugak kalangan yang menganggap maid ni golongan hamba sahya, walaupun dia tak 'makan' maid dia tu tapi ada jugak lah perdebatan mengenai status maid di dalam rumah, contohnya aurat dsb nya...
Ahni,
betul tu ahni.. ada maid yang tak tutup aurat kan.
patutnya kena sebab dia tu orang luar bukan hamba...
slave????biar betul pak arab tu.....
gamoknya semua diaorang kat sini pangil slave la kot kan...bg diaorg,diaorang bayar gaji..orang tu mesti dapat tittle 'slave'...siannyer...patut la tngok layanan diaorang ngan bangsa luar amat2 lah menyakitkan hati!duh...tak hargai lansung ngan 'slave' yg banyak membantu depa...
teringat lagi britney spear...i'm slave for u..hahahha....
Lieyn,
pak arab kawan hubby akak ni tersilap guna rasanya sebab dari cerita hubby, dia tak pulak gitu. orang lain kot buat gitu..
===================================
As,
agaknya gitu la kan as.. kesiannya slave-slave ni huhuuuuuu...
ooo.. ada ke lagu tu? hehehe.. akak ni buta lagu hehehh..
Post a Comment