Thursday, August 14, 2008

Happy Birthday Aaina :)



Disamping 3 cahayamata yang bersama Neeza sekarang, Neeza ada seorang lagi anak gadis. Namanya Nur Aaina Sabella Azman. Hari ini, 14 Ogos 2008, genaplah umurnya 8 tahun. Umur Aaina beza sebulan sahaja daripada Sophea. Sophea lahir pada 18 Julai 2000 dan Aaina pula pada 14 Ogos 2000.


Aik!!! 2 anak berlainan bapa tapi beza sebulan? hehehee.. tak tahan nak gelak dah. Sendiri tulis, sendiri ketawa.. hehehee.. Aaina sebenarnya anak susuan Neeza, juga anak saudara Neeza iaitu anak sulung Shima a.k.a Bada, satu-satunya adik perempuan Neeza.


Aaina lahir masa Neeza sedang dalam pantang selepas melahirkan Sophea. Masa kecil, Aaina selalu menangis. Kesian Bada dan Azman (suami Bada) terpaksa bergilir-gilir jaga Aaina. Memang letih kan kalau Bada nak berjaga sepanjang malam. Dah lah nak susukan dia lagi. Kadang-kadang waktu Bada nak ke toilet pun Aaina nangis. Jadi, semasa Bada ke toilet ataupun pergi makan, Neeza tolong jagakan Aaina dan tolong susukan dia. Memang kenyang rasanya sebab banyak kali sangat. In fact, Sophea pun macam tu juga. Bada selalu juga susukan. Kebetulan, Sobhan (Coan) juga ada Bada susukan sebab masa Coan lahir, Bada masih aktif menyusukan Aaina. Sophea, Aaina dan Coan memang rapat, macam adik-beradik. Kadang baik, kadang gaduh. Kalau beli baju untuk diorang masa kecik, selalu kami belikan baju yang sama especially Aaina dan Sophea. Comel je tengok adik beradik kembar lain mak dan ayah tu heheheh...



Aaina dan Qawiem (adik Aaina) panggil Neeza dan Abang, Ummi dan Abah manakala anak-anak Neeza pula panggil Bada dan Azman, Ibu dan Daddy. Kalau Neeza marah anak-anak Neeza, mesti diorang kata "tak nak duduk dengan Ummi. Nak pergi rumah Ibu!!". Maklumlah, mak sendiri marahnya over sikit kan.. ;)


Sempena genapnya umur Aaina 8 tahun ni, Ummi doakan Aaina akan beroleh kebahagiaan dan kejayaan dunia dan akhirat. Semoga Aaina bakal menjadi anak solehah untuk Ibu dan Daddy... Insyaallah...


Aaina, hari ni Ibu ada surprise ye? Aaina suka tak??

20 sugar & spice:

Abahnajwa said...

Eppi besday sayang.. Semoga menjadi anak yang solehah dan membanggakan ibu bapa kandung dan keluarga susuanmu.. Aminnn

Mak Teh said...

Neeza, comel anak ni. Tapi neeza jangan ambil ringan tentang anak susuan. Implikasinya serious sebab saudara sesusuan tidak boleh kahwin macam saudara sendiri. Kalau ada possibility you have to make sure of that.

Ni nak cerita kisah keluarga kami. Alkisah emak saya semasa melahirkan abang long telah menyusukan anak sulung tok su ( kami panggil mak ngah ) kerana waktu itu melahirkannya tok su jatuh sakit. ( Tok su tu mak saudara mak saya ).

Maka jadilah mak ngah ini saudara susuan abang long dan jadi juga bersaudara dengan kami. Maka mengikut hukum mak ngah tidak boleh berkahwin dengan mana-mana saudara abang long dan abang long tak boleh kahwin dengan mana-mana saudara mak ngah. Jadi sangatlah complicated.

Beberapa tahun dahulu apabila semua kami adik beradik dan semua saudara mak ngah dah berumah tangga, aku terdengar tok su lelaki( suami tok su )menghela nafas lega. Kemudian berkata kepada mak saya " beri tahu anak cucu, lainkali jangan buat lagi macam ni. Susahnya kita dibuatnya."

Maksud tok su itu sangat susah mereka nak memastikan diantara anak-anak itu tidak jatuh hati di antara satu dengan lain yang mungkin mengakibatkan perkahwinan antara mereka.

Tie said...

Haa...betul tu apa yang makteh beritahu...hati2lah yek..Anyway...happy birthday buat yang tersayang...

Jie said...

Happy Birthday Aaina...

Moga sejahtera ke akhir hayat.

Boleh booking tuk jadi menantu tak ni neeza?

Ehh..cuba bayangkan satu masa nnt..sesama kita ( blogger) berbesan..hehehehe

Kaktiny said...

anak saya pun nyaris2 jadi anak susuan kakak saya.. masa hari pertama lahir, susu tak keluar.. elok kakak saya bagi susu dia..terus anak muntah.. keluar balik semua susu.. dan pada masa tu gak.. tgk2 susu saya dh kaur.. terus bagi kat anak.. hebatnyer anugerah Allah kan..

KM said...

as..kum,
Selamat ari lahir buat Aina. Moga Allah memberkati anda & ibu bapa anda (termasuk ibu susuan anda,K.Neeza).
Sya leh tak dipanggil bapak susuan jika semasa anak saudara kecik, saya tolong bancuh susu? keh..keh jgn layan..jgn layan..KM merepek....

pB said...

SALAM ADIK JA

ado lagi dih , anok susu susuAn nie.
Ingat kor tu crito lamo lamo dulu kalo ...

walau apa pun , kak pB wish

moga moga Ainaa akan membesar menjadi anak yang terbaik buat Ja dan jugo buat Bada ....

Neeza Shahril said...

Abah,

thanks bagi pihak dia Abah..
and thanks for the doa too :)

===================================

Makteh,

thanks Mak Teh atas nasihat tu. Neeza dan adik Neeza aware tentang perkara ni.
Kalau ikutkan keturunan Neeza, takde lagi yang kawin sepupu sebab kami anggap sepupu dah macam adik beradik. Cuma aurat aje lah kena jaga kan..
Tapi, dalam kes ni, kami masih perlu berhati-hati dan mesti di beritahu pada anak-anak ni sebab kita tak tahu kan perasaan mereka nanti.

Thanks again ye Makteh. Neeza really appreciate it.. :)

===================================

Kak TIe,

thanks on behalf :)

Neeza Shahril said...

Kak Jie,

thanks on behalf..
terima kasih atas doa tu..

booking? hehehe.. boleh aje.. hehehe.. jangan marah ye Ibu Aaina..
kalau jadi besan mesti nanti besan cibuk cite pasal blog kan Kak Jie hehee..

===================================

Kaktiny,

betul tu.. Allah maha mengetahui..

===================================

KM,

thanks on behalf and thanks for the doa..

Kalau kes gitu.. bukan susuan tapi bapak botolan hahahaha!!

===================================

Kak Pb,

ado lagi kak pb hehehe..

thanks deh atas doa tu.. :)

l i e y n said...

adik beradik lin pun apply panggil nama ikut apa anak panggil...maksudnya, anak lieyn panggil mommy...anak2 sedara pun panggil mommy. adik lin ibu, kakak mama...and so on....rasa lebih mesra..

ummu al hanafi said...

happy birthday.... semoga pjg umor
murah rezki....
:)

Wanpetunjuk said...

Salam akak....Selamat hari lahir untuk anak akak Aaina...semoga dia akan menajdi anak yang solehah kapada Allah dan kedua ibu bapa....

Kebetulan sungguh, hari ini juga hari lahir teman sy....ramai kan yang lahir hari nih???....soklan merapu nih....

Untuk akak pun ada jawapan jugak...semoga terus menjadi ibu yang mithali dan isteri yang solehah....hehehehe....

Bilalah dapat jumpe akak secara bersemuka nih ek....walau pun tak pernah jumpe akak, tapi kenapa sy boleh rindu kat akak....????...betul ke soklan nih...

Kak Elle said...

Happy birthday Aaina semoga menjadi anak yg soleha dan berjaya.

The Embroidered Home said...

semoga Aina menjadi anak yang berbakti kepada ke2 ibubapanya...

Zahraa George said...

happy birthday aina...chomeyynyer si aina nih :)..

nih la aina yang selalu coan ngan sophea dok sebut-sebutkan selalu tu..ingatkan just sepupu saja,rupanya anak susuan akak..patut la diaorang rapat...

Akak said...

Salam Neeza...

Selamat hari lahir buat Aina, semuga dewasa kelak jadi anak yg solehah..

Neeza Shahril said...

Lieyn,

anak2 pun rapat macam adik beradi kan... :)

===================================

Nana,

thanks on behalf nana :)

===================================

Dayat,

thanks on behalf and thanks for the doa...
ooo.. sama birthday ke.. akak tahu ada sorang lagi birthday yang sama..

heheheh.. soalan tu? mungkin sebab Dayat dah macam adik akak..
mesti lah rindukan lama tak jumpa family :)
Takpe.. nanti Dayat dapat balik jumpa family dan 'dia' ;)

===================================

Kak Elle,

thanks Kak Elle :)

Neeza Shahril said...

Maklang,

thanks for doa :)

===================================

As,

Aaina ni macam jepun pun ada rupa ia.. macam cina pun ada :)

betul As.. Aaina ni lah yang budak 2 orang dok rindu dan sebut2 tu.. :)

===================================

Akak,

thanks sudi jenguk Neeza disini :)

thanks for the doa ye kak..

Adry said...

wa... teringat plak cerita arwah mak dulu... kononnya time kecik dulu saya ni slalu nangis... tak henti henti.... sampailah saya diberikan kepada saudara mak untuk dijadikan ibu susu... barula tak nangis nangis lagi cam selalu...

tapi sekarang dah lost contact dah ngan ibu susu saya... mmm

Neeza Shahril said...

Adry,

oooo.. Adry pun jadi anak susuan juga ye.. kena cari mak susuan tu Adry..
nanti kalau terpikat ngan anak dia, susah pulak sebab takleh kawin kan... :) kira cam adik beradik..