Bila orang tanya,
"Neeza asal mana?"
Selalunya Neeza akan senyum dulu. Takpun, gelak hehehe.. Kenapa? Sebab Neeza tak tahu nak jawab apa. Kalau orang yang biasa, Neeza akan jawab,
"Malaysia!!"
Tapi, kalau orang tak biasa, Neeza akan explain satu-satu. Letih juga sebenarnya. Tapi takpe sebab kalau tidak, orang kata Neeza tipu pulak kan. Nanti orang kata, kata asal sini, tapi tak reti cakap sini. Cam tu lah lebih kurang.
Neeza lahir di Kuantan, Pahang (di hospital besar). Masa Mak Neeza sakit nak bersalin, terus aje Ayah bawak Mak Neeza ke hospital terdekat. Masa tu Ayah dan Ma tinggal di Jengka 2 (mereka kerja di Bandar Pusat Jengka). Perumahan sementara tu sebenarnya. Lepas tu, arwah nenek (Neeza panggil dia Mok) bawa Neeza ke Kelantan. Besar di sana sampai Neeza nak masuk tadika. Ada lah on and off dia bawa Neeza balik Bandar Pusat Jengka jumpa Ayah dan Ma. Tak pun, Ayah dan Ma balik Kelantan, jumpa anak sulung dia ni :). Kenapa Mok tak tinggal sekali dengan Ayah dan Ma? Sebab, Mok ni busy. Dia berniaga kain baju. Ambik stok di Kelantan, jual di Jengka. Neeza besar dalam keretapi sebab Mok ulang-alik naik keretapi.
Lepas tu, Neeza bersekolah di Bandar Pusat Jengka, Pahang dari tadika (6 tahun) sampailah darjah 2. Then Ayah dapat kerja baru di KL. Kami sekeluarga pindah pula ke Gombak. Kami tinggal di Gombak sampai pertengahan tahun 1984. Ayah kena transfer ke Kemaman Terengganu. Kalau Ayah terus dengan company tu, mungkin kami pindah lagi. Ayah apply kerja di company lain di Kemaman. Jadi, kami terus tinggal di Kemaman sehinggalah sekarang.
Bila orang tanya Neeza asal mana, Neeza cerita lah semua tu. Kadang-kadang Neeza cakap, Neeza orang Pahang. Kadang-kadang Kelantan. Kadang-kadang Terengganu. tapi Neeza tak pernah lah cakap Neeza orang KL. Hahahaha!!! Yang Neeza pasti, Neeza faham dan boleh cakap semua loghat negeri2 tersebut walaupun tak 100%. Cuma bahasa Pahang pekat Neeza memang tak faham sikit. Tapi, dalam family, Neeza dan adik-adik bercakap bahasa campur-campur. Semua masuk. hehehee.. sebab tu orang susah nak tahu kami ni orang mana. Lagipun kami 5 beradik, semuanya lahir di 5 negeri yang berlainan (Pahang, Kelantan, Perak, KL dan Terengganu). Semuanya disebabkan Ayah bertukar tempat kerja. By the way, Ayah Neeza bukan bekerja dengan kerajaan. Dia bukan polis, bukan askar dan bukan juga bomba hehee..
Ingat lagi, masa kami baru-baru pindah Kemaman. Neeza, Fuad dan Bada duduk bersembang di meja makan dan bercerita betapa kelakarnya bahasa Terengganu yang ada 'ang' dibelakangnya. Kami pun mengajuk la.. 'ikang', 'makang', 'pinggang'. Sekarang ni, adik-adik Neeza kalau bercakap dengan orang Terengganu, selamba aje cakap macam tu. Takde rasa pelik pun dah.. hehehe.. Neeza pun sama juga kadang-kadang hahahaha!!! Satu lagi benda kelakar, kami dapat kawan baru disitu. Kawan kami ni nak sangat ikut bahasa yang kami guna sampaikan perkataan yang sepatutnya ada 'ng' di belakang, dia buang 'ng' tu. hehehee.. kesian dia...
Bada, dik ingat N** tak? Dia lah yang kakok cakap tu.. hehehe..
22 sugar & spice:
Oooo...Salam Pantai Timur untuk Neeza..
Kena bagi tutorial (student Kelantan abah kata "tutoye") kat abah belajar cakap Kelantan ni..kui..kui..kui..
Ingat lagi sorang kawan abah..nak sangat cakap asal KL..(kengkonon hebatlah kan asal KL tuu).. Orangpun tanya..
"Kau asal mana?"
"KL..."
Waaa..KL..samalah..
"KL kat mana?"..
Lama baru dia jawab..
"Kat BERANANG.."
Wakakkakakakaa.. Nak ngaku KL sangat..
Macamlah kita tak tau..cakaplah Kajang ker..Semenyih ker..
Abah tak kisah..orang tanya asal mana? Asal Seremban..Dulu Dok Kg Daching Ulu Beranang.. Dah tu dok Ulu Yam..Sampai la ni..
Takde malunya nak ngaku kita orang Ulu..
bak kata pepatah melayu..
..Kalau sudah benih yang baik..jatuh ke laut menjadi pulau.. campak ke darat menjadi gunung...
hehehehehe
Biasanya org ckp asal dari mana tu ikut kat mana tempat lahir atau kampung asal parent....
tuuu diaaa aih..sungguh elaborative hehe..nice nice..
Abah,
tenkiu.. tenkiu.. hehehhh.. neeza kan bah lagi suka utk mengaku yg neeza org kampung sebab takdelah orang gelak kalau neeza takreti certain things yg agak sophisticated.
Kalau Beranang cakap KL, betapalah malunya muka sebab dah sah2 Beranang tu Selangor.. hehee..
Ulu Yam dekat la dengan rumah adik Neeza di Kuala Kubu Baru.. selalu neeza lalu situ kalau nak gi KL dari rumah adik neeza.. yang bestnya kat situ banyak jual manggis dan durian.. bestnya kan..
betul tu Abah.. mengaku orang kampung lagi best dan selamat rasanya kan.. hehehh..
===================================
Ahni,
masalahnya mak ayah neeza asal negeri lain-lain. Sorang Kelantan, sorang Perak.. pening kan hehehe..
===================================
Neome,
hehee.. saya anak malaysia!!
den orang kodah hehe
Zino,
hehehe.. oghang kodah cakap cam tu ke?? hehehee....
nok cakap tranung ke..nok cakap bhsa rojak(campur2) nih...hmm..ikut sedap mulut laa...
best sbenornya pandai byk bhsa ni..tok la mulut ni tenganga je kalau org dr negeri lain ckp..
'N'?mesti la ingat..diorangla antara kwn kita yg terawal..masa tu kita kan baru pindoh..mesti la jadi perhatian.pulok tu kita ni org luor(bkn org trganu)semua nok kwn dgn kita...
*Ingat plk main bola katok masa kat sana dulu..*
Teringin nak jalan - jalan di Kemaman. (Ikut loghat Kelate).
bestnye dpt paham macam2 loghat...kesimpulannye org pahang la ye kak neeza?
puas sha nak pahamkan:D
heheheh samalah kita.. "orang dagang". aliya selalu jawab camtu kalau org tanya.
saya nya lagi complicated.
mak saya mcm kak neeza. lahir dia singapura (masa tu malaya lagi).. membesar dia terengganu, pahang, penang, klang dan KL. habis tu dia org mana?
ayah saya org kelantan. sib baik senang skit bab nih.
pas tu saya ni lahir di England. saya ni orang england ke?? of course la tak. so takleh guna tempat lahir utk tempat asal.
membesar di england, kl dan johor bahru. skrg kat melbourne.
kesimpulannya.. kalau org tanya saya asal mana..saya ckp JB. haha..
KM asal dr pencampuran benih sepasang lelaki & wanita & ditakdirkan Allah menjadi segumpal darah lalu ditiupkan nyawa & membentuk tulang2 & akhirnya lahir sebg manusia yg diberi nama ......... . Bleh ke saya jawab kita, wahai kak neeza? hehehe...
Dik,
senang kan cam tu. Kita paham bahasa orang dan kita boleh cakap bahasa apa saja walaupun tak 100% la kan...
Hooh kan. kakok pun rasa pelik, kenapa bila diorang tahu kita ni pindoh dari KL, beriya2 la nok kawan dengan kita. Macam la best sangat.
Kita bukannya orang KL pun sebenornya. Tumpang duduk kejap je kat sana... hahahaa!!
===================================
Abang long,
kalau ikut loghat Kelantan, dia bunyi cam ni.. 'nok ggi jjale ke Kemamae.." hehehh..
===================================
Sha,
Kak Neeza lagi suka mengaku orang Kelantan sebab di Pahang cuma lahir je. Besar di Kelantan lama sekali. Nak kata Terengganu tak jugak sebab masuk form 1 je, masuk asrama pas tu terus merata-rata merantau... hehehh..
===================================
Aliya,
haah kan.. takkan Aliya nak cakap orang England. mahu orang gelak je nanti walaupun memang Aliya lahir kat England.. hehehe...
mak Aliya pun susah lah tu nak cakap orang mana kan. sama cam akak la.
kalau Aliya cakap orang melbourne, akak cakap, akak orang saudi.. hahahaha!!! memang mati hidup balik orang tanak percaya... :D
===================================
KM,
akak pernah cakap cam tu KM... tapi dengan orang yang akak dah kenal baik la..
tapi, mestilah kena pelepap sekali kat tangan akak kan.. hehehehh..
SALAM ADIK JA
lamo sungguh tok tinggal komen.
hari hari masuk baco , tapi guno pC orghe lain. pC tu pulok , blogger ID dio tok sir terimo ...
hu hu hu
kak pB , kalu orghe tanyo asal mano
kak pB akae royak , kak pB asal klatae ....
walaupong dalae iC kak pB dio cetok branok di Batu Pahat , JOHOR ....
raso dalae daroh daging ni memae daroh klataee ..
I M PROUD TO B KELANTANESSEeeeee
Wei ghama sunggoh oghe kelate bagi komen.. k.ummi orang kl.. tak ada kampung hehehe
Biasalah tu anak2 akak boleh kecek ulu lagi..terlopong dengar..kalau gi pasar kat sini, akak tak tahan nak senyum dgr pokcik dan mokcik tu kecek..
penah penin kepala bila duduk dgn roomate budak kusza dari terengganu.. sesekali geng diorang kumpul terengganu + kelantan.. mesti diorang cakap pekat likat punyer.. nak bagi tiny 'tak keruan' dan 'berkerekot anak mata'.. paling geram bila diorang suka 'order' "ayer geh tujuh u pi".. eeeee.... air apa tu?
recently baru tau.. tu AIR 7 UP.. waa waa waa waaa..
(NAK CARI KAKAK2 KUSZA TU NAK BAGITAU TINY LEH LER BELANJA DIORANG AYER GEH TUJUH U PI TU.. SATU KATON PUN BULEH... rindu kat diorang... hihihi)
best la akak,merantau rata2 kan...advantage tu..bleh cakap n faham banyak bahasa...
as cuma dua jer kalu orang tanya dari mana...jawap dari perlis atau kuantan..tapi sekarang kena jawap dari perlis ja la kan...dah tak tingal kuantan lagi..hehee....
tak pun nnti bleh jawap dari arab saudi jer la..mana tau kot2 ada orang percaya as nih minah saudi :))...silap2 orang cakap la ingat dari india tadi..hehe..(maklumlah warna kulit sama)...hehe..
Kak Ummi,
haaaa.. tu memang betul orang KL..
semua dok KL termasuklah kak Ummi sekali hehehh..
===================================
Kak Tie,
kau buleh kecek ulu tu kira terer la tu.. neeza bila bahasa ulu ni memang kena tanya banyak kali hehehe..
tapi sebenarnya bahasa loghat ni sedap didengar.. tak kiralah negeri mana pun.. bagi neeza la..
===================================
Tiny,
hahahha!! first time akak dengar orang sebut gitu Tiny..
dulu masa memula pindah terengganu, macam tu lah akak.. ternganga aje bila dengar orang cakap.. tapi lama2 akak boleh join sekali hehehe..
===================================
As,
hehehe.. as pun tahu jugak kan.. pahang and terengganu sebab dok kuantan, banyak dah yang guna loghat terengganu..
orang saudi? orang percaya as.. takkanlah india kot hehee..
kalau akak ngaku orang saudi, mesti diorang gelak golek atas lantai.. hahahh!!
aku anak pahangggggggggg!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Mak teh anak kedaaaah! Tapi tak asli sangat. Hehehe. So dalam kelas makteh ajarlah depa bahaa Kedah and bahasa baku. Lain bahasa tak pakai. Heheheh!
Asal usul tidak mustahak asalkan kita berilmu dan dididik dengan budi bahasa. Actually budibahasa itu akan menunjukkan asalusul kita. Of course loghat perckapan itu boleh tau mu dari mane, macam dalam cerita 'My Fair Lady'.
Kak Jie asal Kedah...dah 20thn dok KL tapi masih org kedah....
Org pertama kali jumpa akan cakap kak jie org jawa..mgkn terlalu rapat dgn keluarga mertua..
Ckp mcm org kl..kehkehkeh tapi bila balik kampung...masuk je sempadan Kedah , otometik lidah tukar ckp utara..
hehehehe
Liza,
bukan teganu ke?? hehehe...
===================================
Mak Teh,
bukan bahasa kedah memang baku ke makteh? hehee.. senang kan.. lebih kurang je..
betul makteh.. setuju tu.. :)
===================================
Kak Jie,
bagus gitu kak Jie.. tak lupa asal usul..
tapi neeza ni takde asal usul huhuuuu.. hehee..
Post a Comment