Dalam hidup ini, Neeza menimba banyak ilmu, samaada melalui pembelajaran formal di institusi pendidikan, pembacaan buku-buku mahupun pengalaman sendiri. Bagi Neeza, pengalaman sendiri lah yang banyak mengajar erti hidup sebab Neeza telah mengalaminya sendiri. Ianya amat berkesan dan sukar untuk dilupakan.
Salah satu pengalaman yang Neeza nak catat di blog ini ialah susah senang merantau di tempat orang (negara orang). Walaupun tak banyak negara yang pernah Neeza pergi (lawati), banyak aspek berguna yang boleh diaplikasikan didalam diri untuk memperolehi hidup yang cemerlang.
Negara-negara yang pernah Neeza pergi ialah United St@tes (selama 2 tahun) dan sekarang ini, Ar@b Saud1 (hampir setahun). Pernah juga Neeza melawat Egypt (5 hari) namun keadaannya lebih kurang sama dengan Ar@b Saud1 ni. Sing@pura dan Th@iland, tak kira lah kan sebab lebih kurang macam M@laysia juga ;).
Di US, Neeza belajar mecari rezeki dengan bekerja sambilan. Ianya bukanlah keperluan tapi disebabkan semangat suka shopping dan melancong didalam US terlalu tinggi, Neeza terpaksalah mencari duit poket. Takkan cukup duit USD550/sebulan yang JP@ bagi pinjam tu. Bayar sewa rumah saja dah USD200 (termasuk api air). Bil telefon dan makan minum mungkinlah cukup. Tabiat yang sukar dikikis ialah kalau kemana-mana, Neeza pasti tak lupa untuk belikan sesuatu untuk keluarga. Dah diajar ayah agaknya. Kalau ayah balik dari outstation ataupun balik kerja sekalipun, mesti ada ayah belikan sesuatu untuk kami. Memang banyak benda Neeza beli di US termasuklah baju, seluar, kasut, pinggan mangkuk dan benda-benda kecil lain, kebanyakannya untuk keluarga Neeza. Masa tu, Neeza belum berumahtangga, jadi keluarga Neeza ialah Ayah, Ma dan adik-adik. Ada juga lah untuk sedara mara lain tapi tak banyak.
Barulah Neeza tahu betapa susahnya nak cari duit. Memang Neeza tak pernah bekerja sebelum itu. Macam-macam kerenah majikan dan pelanggan yang perlu dihadapi. Kadang-kadang terpaksa balik selewat 12 malam dan berjalan sorang-sorang untuk sampai ke rumah. Alhamdulillah, tempat Neeza belajar dulu agak selamat kerana ianya termasuk dalam kategori 'University Town'. Kebanyakan yang tinggal disitu adalah pelajar. Kalau bukan pelajar pun, makcik pakcik yang dah tua-tua belaka. Kalau orang nak kata, area tu solok/kampung, Neeza tak kisah pun. Yang bagusnya tax disitu antara yang termurah di US, iaitu 5%. Kalau di LA, mahu mencecah 9%.
Bila dah berada di tempat orang, kita perlu banyak bertolak ansur. Neeza berkongsi apartment dengan 3 housemate lain. Bermakna, kami berempat didalam 1 rumah (2 bilik). 4 orang bermakna 4 kepala dan 4 ragam. Manusia kan berbeza. Kalau lah kita nak ikut kepala kita saja, memang porak perandalah jawabnya. Bila belajar bertolak ansur, Neeza banyak mengamalkan konsep memahami. Tentulah kita mesti banyak memahami kan bila nak bertolak ansur. Neeza sedar akan susah senang orang. Latar belakang hidup orang lain yang tak sama dengan kita. Seboleh-bolehnya, kita jangan susahkan orang lain, kalau kita boleh buat sendiri setiap sesuatu. Tak salah kita berdikari sebab ianya banyak membantu kemana saja kita pergi. Takdelah kita sikit-sikit nak harap orang. Pengalaman semasa di US banyak Neeza aplikasi semasa mendapat kerja pertama setelah pulang bersama segulung Ijazah. Neeza grad dalam bidang Psychology tetapi Neeza bekerja sebagai HR Executive. Agak berbeza sebenarnya tapi disebabkan pembelajaran di US agak menyeluruh, banyak subjek yang berkaitan yang Neeza boleh guna untuk bekerja sebagai HR Executive.
Lain pula keadaannya bila Neeza menjejakkan kaki di bumi S@udi ni. Yang tentunya, Neeza bukan datang sebagai pelajar dan bukan juga sebagai pekerja tapi sebagai surirumah sepenuh masa. Kalau di M@laysia, keadaan seorang surirumah agak berbeza sebab Neeza akan bebas untuk kemana-mana seorang diri. Tiada masalah untuk ambil anak, beli ikan dipasar sorang-sorang. Di S@udi, mimpi pun tak boleh macam tu hehehee.. Perempuan tak dibenarkan memandu kereta. Perempuan tak boleh keluar tanpa muhrim. Perempuang (dewasa) perlu memakai Abaya (jubah hitam) apabila hendak keluar.
Peraturan tetap peraturan dan kita perlulah hormat. Bak kata orang, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau, mengucap! hahahaha!!! ye la kan. Kalau tak mengucap, nanti mati kena ngap tak sempat nak mengucap! hehee.. lawak je tu... Nak tak nak, Neeza ikut la. Bosan juga duduk dirumah mengadap dinding-dinding yang tak reti bercakap. Pandangan tak luas. Kalau jenguk diluar tingkap, nampaklah rumah orang, jalanraya, tanah berpasir, pokok kurma yang tak terbela. Syukur Alhamdulillah, Neeza masih boleh melihat kan.
Dulu, Neeza paling bengang bila pergi beli barang di kedai ar@b. Sombong mereka ni. Kalau kita datang, dia buat layan tak layan aje. Mereka pandang rendah sebab mereka ingat kita ni F1lipino. Arab disini kalau yang berkedai tu maknanya berduit lah. Dan F1lipino yang datang sini ramai yang bekerja sebagai buruh. Kalau perempuan pula, nurse dan gaji mereka taklah sehebat nurse M@laysia di S@udi. Disebabkan muka As1an lebih kurang dan M@laysian memang sangat sedikit di sini, ramai pak ar@b menganggap kami ni F1lipino.
Tak kisah sebenarnya mereka nak anggap apa tapi bila kami terpaksa menunggu lebih 1/2 jam semata-mata menunggu tokey kedai datang tanya nak beli apa, benganglah juga. Kalau kita tanya pun, kadang2 dia buat busy dengan benda lain. Sape tak tension. Sekarang, kami dah pandai. Tak payah beli di kedai Ar@b. Pergi saja kedai Pak1stan, Ind1a, Afgan1stan atau lain-lain. Lagipun tak banyak kedai Ar@b sebab kalau kedai Ar@b pun, yang jaganya bangsa lain. Cuma ada beberapa yang Ar@b tu sendiri yang jaga. Tapi sebenarnya kalau Ar@b ni tahu kita dari M@laysia, mereka suka dan akan layan dengan baik. Jiran-jiran kami disini semuanya baik-baik. Errrr... baik dengan Abang lah sebab diorang lelaki. Yang perempuan, Neeza tak pernah nampak sebab asyik berkurung dalam rumah. Kalau keluar pun, mesti waktu nak pergi kedai dan tentunya mereka terus masuk kereta. Tak sempat nak kenal pun. Lagipun, bertutup litup sampai muka. Nak tegur pun rasa tak kena. Macam bercakap dengan curtain hitam pun ada kadang-kadang tu ;).
Abang pula, masa mula-mula sampai sini, memang lah tak berkereta. Public transport di sini memang agak mengecewakan. Teksi memang mahal sikit. Bas takde. Kalau ada pun, khas untuk pergi plant (Industrial area). Abang terpaksa charter bas untuk pergi kerja. Bas pula ikut jadual. Kalau Abang lambat sikit, terpaksalah tunggu trip seterusnya. Balik pun macam tu. Dalam bas tu, macam-macam bau ada. Maklumlah, pelbagai rakyat dari pelbagai negara. Tak payahlah tulis detail kan tentang siapa yang naik bas tu. Kena sabar aje lah sementara dapat lesen kereta. Alhamdulillah Abang dapat adapt semua tu. Mungkin sebab Abang dah biasa hidup susah masa kecil-kecil dulu. Mungkin juga Abang dah banyak merantau ke negara orang. Abang cuma beli kereta bila Neeza dan anak-anak tiba di S@udi. Itupun agak lama juga untuk ada kereta sendiri. 2 @ 3 bulan terawal Neeza tiba, Abang menyewa kereta dulu. Bila duit dah cukup, barulah kami beli kereta.
Kebanyakan kawan-kawan Abang macam tu lah disini. Belajar hidup susah dahulu untuk kesenangan kemudian. Tapi, ada juga orang yang tak belajar. Tak tahu lah, tak belajar ataupun malas nak belajar. Banyak bezanya tu. Entahlah kan. Lain orang, lain caranya. Kalau malas nak belajar, tanggunglah sendiri akibatnya. Tak selamanya kita dapat hidup senang dan tak selamanya orang dapat tolong kita. Kalau tak reti atau tak suka hidup susah, tak payah lah merantau jauh. Tak payah lah keluar dari 'comfort zone'.
Itupun pengalaman juga sebenarnya. Pengalaman tengok orang yang lain benar dari kebanyakan orang lain. Kelakar pun ada. Menyampah pun ada. Simpati pun ada sebab orang-orang macam ni tak pandai nak menyesuaikan diri bila berada di tempat orang. Satu saja yang Neeza harap. Neeza doakan orang-orang macam ni segera berubah supaya mereka sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Insyaallah...
22 sugar & spice:
Salam Neeza...seperti kata orang...lain padang lain belalangnya...
Sebab tu lah masa diorang bertanya pada abang akak kenapa tak bawak wife...abang cakap...dia bekerja sehari suntuk...nanti kitorang boleh mati kering kat rumah...hahahaha
neeza..
kalau perangai orang memilih melayan org memang kat mana2 pun ada. memang geram, tapi kena bnyk bersabar..tapi kalau dapat 'diajar' balik lg bagus..puas hati.
memang mati kutu jawabnya kena lalui kehidupan mcm tu ye..tapi kurangla dosa agaknya..cakap pd dinding and komputer yg tak boleh bercakap balik..kurang lihat benda yg boleh menggoda nafsu termasuklah keingginan shopping etc...untung tu neeza utk akhirat..berbakti pada suami dan anak2..
Neeza..
Setuju sangat dgn pandangan Neeza tu.. Kita kena pandai sesuaikan diri dengan keadaan..Ukur baju di badan sendiri..ambik pengalaman lama..improve diri..sebab kita start fresh semula kan?
Lagi satu kan..bila kat negara orang ni..baru abah dapat tau sebenarnya peluang yang ada kat sini sangat banyak..antara kita hendak dengan tak hendak aja kan..?
bab beli barang.. ni pengalaman abah..nak beli pisang kat market..ada minah salleh yang jual tu promote2..
" fresh banana..pound for pound..fresh banana pound for pound"
Pening pikir..apa kebendanya banana ni..cemana kira lak ni..pound for pound..?
Rupanya.. 1 pound berat pisang dijual pada harga 1 pound..
Wakakaka..sengal betull..
heheehee..kalau ore la menuggu tokey kedai tu sampai 1/2 jam tak layan..memang ore cakap hambur habis la ..entah bahasa arab apa kadang tu terkuar..kakakakaaa..akhir sekali akan cakap 'aku akan cakap kat semua pelajar yg kat sini jgn dtg kat kedai kau'..hahahaaa...pernah jer ore lempang arab puan yg gatai mengejek ingat kita tak tau dia cakap aper...menangis minta maaf..
bestkan kalau kita byk merantau n byk pengalaman yg kita dapat...kenangan yg tak dapat dilupakan..
neeza mmg satu pengaran kan hidup di negri org?
walau macam mana pun kita terpaksa mengikut sikit2 biar lah apa mereka nak kata terhadap kita.
Betul lah kata2, 'jauh perjalanan, luas pandangan & pemandangan.'
Bila dah duduk tempat org, barulah kita nak appreciate tempat sendiri kan....
Kak lady,
hehehe... kalau macam tu, baiklah duduk di malaysia kan kak lady.. sebab dah tahu susah payah kat sini..
===================================
Kak Ummu Asiah,
disini tak banyak benda yang menggoda nafsu kecuali benda2 yang jual kat kedai je la hehee..
tapi betul tu.. duduk rumah, kurang sikit dosa hehee..
===================================
Abah,
frankly speaking, neeza kagum dengan abah, ain dan anak-anak. Memang boleh dibawa kemana-mana.
cepat adjust dengan perubahan
hahahha!!!! kalau neeza pun blur.. pound for pound.. jual emas pound ko apo?? hehee..
===================================
Tiey,
betul Tiey??? beraninya Tiey tampar minah tu.. tapi bagus.. ajar sikit dia kan..
betul tu.. pengalaman yang dibawa mati..
===================================
Kak elle,
juga kena berani duduk kat tempat orang kan kak elle..
===================================
Mamamia,
betul tu mama.. sangat appreciate..
Tanah Melayu juga terbaik...
pengalaman mengajar kita tentang kehidupan...
menimba ilmu sambil bekerja membuat kita menghargai apa yang diperolehi dan tidak akan sia-siakan ia..
hanya orang yang tabah menghadapi segala dugaan hidup di negara orang akan merasa pahit getir pengalaman yang tak ternilai...
bersusah-susah dahulu,bersenang di kemudian hari :)
oleh itu,hargailah segala pengalaman dan ambillah sebagai panduan hidup..
habis dah conclusion 60 patah perkataan :P ...hehe...
mak oiii...pedasnye la ...temfiasss nihhh..hihi...tp tu la mcm liza ni...br je 1st time tinggal tmpt org...mula2 mmg kekok...tp lame2 ok jer....
utk org tg x sdr dr dan suke sshkn org ln tu...sy pun doakn die cpt2 sdr..kahkahkahkah...x dok nyusahkn org jerrr....sekali 2 takpe lg...tp klu doh hr2...mmg muke x tau malu!!!!!...kahkahkah...
Best lak baca pengalaman pengalaman akak ni.... mmmmm semua ang akak cakap memang benar belaka... hehe
Jauh perjalanan luas pemandangan.. :)
Assalamualaikum Neeza,
Bercakap tentang akhlak sombong ini, entah mengapa penyakit ini memang berjangkit di kalangan orang Timur Tengah, termasuklah pelajar-pelajar mereka yang melanjutkan pengajian di sini...Degil tidak bertempat, merasakan diri sudah sangat bagus, segala nasihat dan tunjuk ajar tidak mahu ikut, ada sahaja alasan dan komen yang diterima, menulis tesis dalam Bahasa Inggeris tunggang langgang - semuanya sangat menguji kesabaran kita...terpaksa banyak bersabar apabila kita terpaksa menjadi penyelia mereka ini...
Cerita mengenai 'bau-bauan' itu juga sangat mengena...Saya selalunya lebih suka mendaki tangga daripada menggunakan lif (terutamanya apabila saya lihat suatu 'puak' pelajar Timur Tengah sedang menuggu di depan lif ataupun mereka sudah penuh dalam lif itu...) Kesan bau-bauan dalam lif itu pula akan berlarutan beberapa lama, walaupun mereka telah lama keluar dari dalam lif itu...
Bukukanlah segala pengalaman itu Neeza...
Wasalam,
Umi Kalthum Ngah
Abang long,
tanah air ku :)
===================================
As,
betul tu as..
Alhamdulillah, kita semua tabah hadapi pelbagai dugaan duduk dinegara orang ni kan..
bagusss.. dapat 101 markah untuk conclusion tu hehee..
===================================
Liza,
akak boleh faham situasi orang yang tak pernah keluar dari Malaysia liza.. memang lah susah nak adapt kan. kekok sikit. Anyway, akak tengok liza okay je.. takde problem pun..
yang akak tak faham, orang yang dah selalu keluar dan banyak negara dah dijelajahi..
tapi, kalau perangai suka menyusahkan orang tu tak nak dibuang, macam tu la selamanya.. semoga berubah lah hendaknya kan.. ;)
===================================
Adry,
sikit je tu adry..
jom jalan2! hehee..
===================================
Kak Umi,
waalaikumsalam warahmatullah Kak Umi..
diorang ni macam ada angin sikit. angin yang dah dipupuk sejak lahir lagi rasanya. Dia rasa dia betul, orang lain salah. Orang lain kena dengar cakap dia. Sebab tu, kalau arab2 ni pergi kedai, penjual2 yang bukan arab selalu letak harga tinggi. Sesetengah diorang tak tawar sebab hidung tinggi kan. Konon banyak duit..
buku? yang dulu pun setengah jalan je sinopsisnya kak.. kena tunggu mood rajin datang hehee...
Neeza, bab tak keluar rumah tu sgtlah setuju...
dulu penyewa rumah kakjie org IraQ, pensyarah kt uNITEN tu..wife dia tak pernah nampak muka..tak pernah keluar rumah..sampai lalang depan belakang rumah yg sepokok dua sesat hidup celah simen retak tu boleh nk sama tinggi dgn pagar rumah.
Dia boleh request nak ganti pagar dawai tu dgn tembok...mgkn mcm kt negera dia la..
ishhh.... kesian pula..dtg sini dok dlm rumah soran2 tak berkawan..udah jiran2 tu cina...
hujan emas di negeri orang.. baik lagi hujan batu negeri sendiri kan..
tapi nak gak jauhkan perjalanan dan luaskan pandangan..
(tapi ramai sgt yang bangkang dan tak bagi sambung study kat over the sea tuh.. huhuhuu)
jauh perjalanan luas pengalaman,,hehehe
tapi akak best la,,dah banyak merantau,,ira nih tak pernah pg mana² lagi,,hehehe
Neeza,
di antara bangsa timur tengah nie, bangsa Ku-Wait paling sombong....dan bangsa Oman dan Yemen paling sweet...itulah pengalaman saya.
Tinggal di tempat orang nie, walaupun bahagia, namun tidak seperti kebahgiaan di tempat sendiri...tak de umpphhhh!!
Semoga Neeza sihat selalu...
Pp
hehhe hehhe....
masuk kandang harimau...hari hari mau :D
btw neeza....awat depa layan elok sgt kalo depa tau kita org malaysia??? apa yg speselnya???
Kak Jie,
susah kan macam tu Kak Jie.. kita pun rasa serba salah nak menegur..
bab pagar tembok tu, memang cam tu kat sini.. sebab diorang tak nak bagi 'pompuan' diorang dilihat orang lain..
pergi negara orang pun tak kenal dengan orang negara tu tak best kan..
===================================
Kaktiny,
bila kita keluar, kita belajar banyak benda baru.. dan rasa betapa bersyukurnya tempat sendiri..
takpe.. nanti dapat keluar tu.. Insyaallah..
===================================
Ira,
akak baru duduk di 2 negara berbeza je Ira.. tak banyak lagi tu..
ada orang dah lebih dari 10 negara tau.. bestnya kan..
===================================
Pakpayne,
ooo gitu ke? patutlah jiran neeza duduk di apartment bawah ni baik. Dia asal Yemen. Dia lah yang tolong neeza masa tak boleh masuk rumah dulu. Sanggup dia panjat dinding batu tu untuk buka lock gate..
Kuwait sombong? mungkin juga ya. neeza pernah jumpa sorang Kuwaitian dalam flight. Dia pergi malaysia for hiring. Nampak jugak lah kesombongannya ;)
===================================
13May,
hari2 mau? hehehehe..;)
diorang kata Malaysia aman.. cantik.. banyak tempat menarik..
ramai yang kata, 'I went to Malaysia for my honeymoon' hehehe...
ada sorang mat Telecom tu siap cakap kat Abang, 'you're my guest here!' best kan.. :)
saya setuju dengan kak neeza.. lain org lain ragam.. tapi takpe.. bak kata pepatah.. berakit2 dahulu.. berenang kemudian.. haha.. susah dulu senang kemudian.. insya allah ada la ganjaran yg Allah bagi kat kita..
Hidayah,
betul kan Hida.. biar susah dulu takpe.. kalau kita nak senang aje, susahlah jugak kan hehehe..
Post a Comment