Wednesday, August 20, 2008

Persediaan Ramadhan


Ini kali pertama kami (Neeza dan anak-anak) akan menyambut Ramadhan di tanah Ar@b S@udi. Bagi Abang, ini kali kedua sebab Abang dah berada disini lebih daripada setahun. Memang diakui, Neeza sangat excited sebab nak rasa macam mana rasanya berpuasa di bumi s@udi ni. Tambahan pula, sekarang ni musim panas. Neeza dapat bayangkan dugaannya mungkin lebih berat daripada berpuasa di negara sendiri.


Semalam, Abang bagi tahu, khemah untuk bulan puasa dah siap didirikan. Neeza tanya khemah apa? Ingatkan khemah untuk jual-jual macam bazaar Ramadhan kat Malaysia.. kihkihkihhhh.. takde lain dalam kepala ni. Makan sedap je yang Neeza ingat.. Tapi sebenarnya, makan juga. Cuma lain sikit.


Khemah tu didirikan untuk tempat makan percuma sepanjang Ramadhan. Ooppss!! bukan makan siang tapi untuk berbuka okay.. :P. Neeza tanya Abang,

"besar ke khemah tu bang?"

"bolehlah muat 1000 orang makan..."


"Haaa?? 1000 orang? Ramai tuuu. Sape yang boleh pergi ke?"

"Semua la... tapi pompuan takde lah..."

Well, memang lah. Sini bukannya M'sia. Perempuan lelaki semua boleh makan di masjid kan. Kiranya, tak yah masak la hehehe.. Tapi disini, khemah tu didirikan untuk berbuka. Lepas tu, terus solat Maghrib, Isyak dan Tarawih sekali.


Kat sini ramai orang susah, terutamanya yang datang dari Ind1a, B@ngladsh, P@k1stan, Afg@nistan, F1lipino dan yang sewaktu dengannya. Yang susah tu adalah pekerja buruh yang diupah untuk... buat kerja2 buruh lah rasanya. Dan diorang ni, ada yang buat part time jadi cleaner rumah orang dan cuci kereta bila waktu kerja tamat. Mereka juga diberi penempatan dalam kem. Rumah mereka macam kabin dan share ramai-ramai. Nak bawak anak isteri? Mana boleh!! Satu cabin tu tak tahulah berapa belas orang share dan semuanya sudah tentulah lelaki.


Abang kata, majlis makan ni biasanya disponsor oleh Dakwah Centre - satu badan yang menguruskan hal ehwal Islam. Ramai orang menderma ke Dakwah Centre ni. Duit-duit tu digunakan untuk pelbagai aktiviti - kelas ar@b, buku panduan percuma, bagi zakat, buat makan bulan Ramadhan dan lain-lain lagi.


Tambah Abang lagi,

"Kat sini puasa bestttt... Tak sabar nak tunggu bulan puasa..."

"Kenapa bang?"

"Sebab kat sini berbuka awal.. pukul 5.30 dah buka. heheee.."

"Laaaa.. ingatkan apa tadi.."

Berbuka memang awal tapi sahur pun awal juga. Awal lah sikit dari M'sia :).

23 sugar & spice:

Shah CJ said...

sahur awal tak kisah kak. yg suka tu dpt berbuka awal. hehe

sesekali dpt pose kt mekah atau madinah pun best kan. teringin le.. :)

Tie said...

Bertuahlah neeza, dpt berpuasa di sana..nanti boleh cerita pengalamannya yek..wah berbuka kul 5.30 ..tu sudah bagus.. he he..

KM said...

Kat Msia pun ramai org berbuka awal. Tak caya gi ushar kt restoran mamak, kol 10-11 pg, ramai dah masuk membeli juadah. Patutnya kena sunat sekali lagi mereka2 yg membuka kedai makan awal di bulan posa ni..baru padan muka

Abahnajwa said...

Neeza

Samalah kita yek..1st time puasa di rantau orang..Abah tgh berkira2 ni..nak hantar gambar kelaurga kat Utusan Malaysia ke..Salam dari perantauan..jom hantar jom nak?

Sini sahur habis pukul 4am..Berbuka jam 9.00pm..Tak tauah Ayeip dengan Najwa larat tak tahan puasa..Afiff tahun ni baru nak mula..

Bestnya yek Neeza...Gi terawih nanti..cemana tah terawih kat sini yek?

YuszTieY said...

huwaaaaaaaa.....k.ja baru pes time pose kat negara ore..oreeee huhuhuuuu nak masuk ke 12 kali dah...waawawaaaaaaaaaaaa

kami kat sini ader ga dapat pi buka22 pose kat masjid2 khusussan la tok pelajar mesia kadang khas tok ore kawen jer..besttttt.

tak lah letih sgt pose sini lagi pon bukenya kito dok wak kerja kan k.ja..asyik 24 jam dok lam umah...heheehee..dah tukar jam ker sana..sini blum agi...

Kak Elle said...

selamat berpuasa neeza...haha

kakLuna said...

oh posa musim panas pun still buka posa awal ek?

kalo musim sejuk...lagi la best kan. 2-3 jam je dh berbuka :)

zura aini said...

saya pun dah tak sabar nak berpuasa ni,nikmatnya tak terkata, cuma yang tensionnya cikeboom, boom beratku. Rambang mata bila ke bazaar ramadan.

Anonymous said...

salam akak...

emm manje pon tak sabar nak tunggu ramadhan... dan tak sabar gak nak baca en3 akak berposa disana... :)

** miss u

aNIe said...

Neeza...dengar macam best aje berpuasa kat sana...

Abg akak dah 3 tahun berpuasa di sana...cuma tahun lepas aje tak dpt...

Katanya seronok bila dpt buat umrah di bulan puasa...tak terkata seronoknya...

ummu al hanafi said...

neeza, kalau you kesempatan pergi makkah nanti.

rasakan sendiri keseronokkannya..
takyah bersusah payah cari makan nak buka puasa...

di tepi2 masjidilharam ramai orang-orang kaya arab saudi menghulurkan kurma dan manisan arab lain untuk buka puasa

air??? air zam-zam mmg sampai ke tgn kita, insyaallah...kadang2 siap air kotak tetiba sampai depan mata..hehehe... masyaAllah tabarakallah

kenyanggg... hehehehehe
errgggkkk.. alhamdulillahh

:D

rindulah.. dgn neeza
:-)
:-)

Neeza Shahril said...

Cikgu Jawe,

akak pun teringin gak berbuka di Madinah dan Mekah.. :)

===================================

Kak Tie,

best kan buka awal hehee..

===================================

KM,

tu bukan berbuka.. tu tak terbuka hehee..
bukan sunat lagi sekali.. kena 4 kali lagi biar dia faham sket hehee.

Neeza Shahril said...

Abah,

dulu pernah dah kat US tapi bujang masa tu. ni dengan family. lain rasanya bah :)

Amboi!! lamanya puasa.. aduiii.. neeza yang dengar pun rasa tak tahan.. semoga abah dan family tabah hadapi Ramadhan di Liverpool..

Abah boleh la hantar gambar ke salam perantauan sebab raya kat sana.. Neeza rasa kat mesia nanti orang kata tak aci hehee..

===================================

Tiey,

saudi ni memang tak tukar jam..

haaa?? dah 12 tahun?? lamanya Tie.. sabar dehh.. :)

===================================

Kak elle,

thank you kak :)

Neeza Shahril said...

Kakluna,

haah.. awal sikit.. kalau musim sejuk.. errr.. tak perasan pulak..

===================================

Zany,

betul tu kak.. kak mesia, bazaar ramadhan memang dugaan paling besar..
beli macam2 tapi tak abisss.. hehee..

===================================

Manje,

Salam manje :)
akak pun tak sabar nak rasa Ramadhan kat tanah ar@b ni..
nanti akak update pasal puasa kat sini..
*miss you too.. :)

Neeza Shahril said...

Kak lady,

hubby kak lady kat Jeddah.. senang nak gi Mekah.. beruntung betul
buat umrah pun dah seronok.. ini pulak umrah di bulan puasa.. teringinnya laaa..

===================================

Nana,

nak sangat2 tapi tak tahulah kesampaian ke tak.. doa je lah kan..
betul tu.. time Ramadhan, pak arab kaya pemurah sangat..
lagi2 berkat bulan Ramadhan kan.. rezeki melimpah ruah..
seronoknye kan nana..

nana.. YM neeza dah tukar ke neezashahril pulak tau.. lupa nak bagi tahu..

zino said...

selamat menyambut puasa.. dapat berbuka ramai2 memang best tu...

pB said...

SALAM ADIK JA

kejab jer masa jalae.
tup tup nok poso doh ...

anok kak pB duo duo tu akil baligh doh....
Kalau tok poso, keno ganti doh tu ...

Lain tempat lain caro nyor ...

chekgu Bani Hassim said...

besnyer...530 dah buke...hoho..
hampr 2jam awal..
tak aci..nak pi arab gak...:P

Zahraa George said...

tak sabarnya nak puasa kat sini... :)

tapi nnti rindu pasar ramadhan kat Malaysia ..hehehe...

Jie said...

Bertuah sungguh kami dpt dengar berbagai cerita dari neeza...udah tu neeza pun pandai menulis..kena saja ayat tang mana2...

Neeza Shahril said...

Zino,

best tapi utk lelaki aje :(

===================================

Kak pb,

tok sapa seminggu jah lagi nih..
sebulae poso,
pah tu rayo!! kelik mesia.. yeay!! hehee..

===================================

Cikgu Banihassim,

bestttt. meh la sini heheee..

===================================

As,

haah As.. tak sabar kan..
katanya sini ada jugak pasar ramadhan kat Market.. tapi sure tak macam makanan mesia nye kan..

===================================

Kak Jie,

ish.. mana ada Kak Jie, mengarut je neeza ni.. :)

Adry said...

oo berbuka awal ye.. lebih kurang cam sabah ngan semenanjung malaysia la ni... klu semenanjung kul 7.30pm... kitaorang kat sini kul 6.30pm.. lebih kurang cam tu la... so paling untuk kalau bersahur di KL dan berbuka di Sabah.. hehehhe

Neeza Shahril said...

Adry,

tiap2 hari macam tu kan, habis dalam 10K sebulan sebab nak bayar tambang flight.. hehehe..