Monday, August 11, 2008

Renung seketika..



Bila jiwa terganggu, hati rasa pilu. Fikiran akan dipenuhi dengan memori duka. Lalu, perasaan sedih datang bertandang. Air mata mula mengalir. Biarkan ia. Mengalirlah air mata kerana itu mungkin dapat menenangkan hati yang pilu.

"Mengapa tidak dikongsi bersama insan lain?"

"Perlukah ia?"

"Mungkin perlu kerana dengan berkongsi, rasa hiba dapat diluahkan sedikit."

"Benarkah begitu?"

"Iya.. Sekurang-kurangnya kurang sikit beban didalam jiwa"

"Kurang bagaimana? Siapa yang dapat mengurangkan kekusutan hati yang sukar difahami? Hati itu unik. Hanya pemilik hati itu dan Penciptanya sahaja yang mengetahui bagaimana untuk meleraikan kekusutan dan menghilangkan kepiluan.."


Jadi, biarlah airmata mengalir. Mengalirlah sepuas-puasnya serta berdoalah kepada Pencipta hati itu. Semoga segala kedukaan segera berlalu....

11 sugar & spice:

Shah CJ said...

aaaaaa?

kak neeza tgh sedih ye. tenang2 je kak ye.

Abahnajwa said...

Neeza..kalau perlu dikongsi..kita kongsi..walaupun tak terungkai kusutnya..mendengarpun hilang sedikit keusaiannya..Minda ini umpama 'sponge' Neeza..kalau tepu..tak bisa lagi menyerap Neeza..

'Sponge' yang tepu kena diperah..baru bisa menyerap semula kan?

Salam dari Liverpool

ummu asiah said...

neeza..

dapat rasakan this is not 'just an entry'...mesti ada sebab2nya ni..

okay..tak pe...nangislah sepuas-puasnya...okay gak kan ada blog ni,boleh luah perasaan...macam ada shoulder to cry on...lepas ni okayla kan...InsyaAllah.

zino said...

bercerita dengan orang yg sudi mendengar.. tak komen apa apa pun tak pe asal sudi mendengar.. bila segala dapat di curahkan bebean yg di tanggung akan terasa berkurangan...

semuga segala nya ok...

YuszTieY said...

waaaaaaaa..ore pon dok sedih gak ni...serabut222222...sabo byk2 yer k.ja...

Neeza Shahril said...

Cikgu,

akak ni melayan perasaan sangat rasanya :)

===================================

Abah,

sponge neeza ni banyak sangat menyerap benda2 sedih..
bila nak diperah, semuanya menyedihkan.. kalau lebih sedih kalau orang dengar..

mungkin neeza ni suka sangat ingat benda yang sedih kot..

===================================

Kak Ummu Asiah,

betul tu kak.. luah kat blog rasa lepas sikit..
dan ada kawan2 tempat neeza share kegembiraan.. :)

===================================

Zino,

kisah sedih kadang2 tak sedih bagi orang lain..
takut di salah anggap pulak nanti..

===================================

Tiey,

kenapa Tiey? sabar ye Tiey.. sama2 kita berdoa kepadaNya..

:: Leeza Joe :: said...

kak neeza........

kata org gembira itu lawannya sedih...biarkan kesedihan dtg melanda...sekurang2nya kt masih waras kerana merasai kesedihan...sedih akan menjadikan manusia lebih menghargai kehidupan.....krn "sedih" itukan anugerah Tuhan pada manusia...utk mengimbangi kegembiraan yg telah/akan kita kecapi.....bersedihlah hari ini...krn disebalik kesedihan itu tersembunyi 1001 kegembiraan......

Shima said...

kadang2 bila dengor lagu2 yang syahdu secara automatik hati kita jadi sayu..pilu..yang tgh happy pun boleh mengalir air mata...inikan plk yg tgh bersedih..

Nok nangis laa dgr lagu Mohabatein..

Neeza Shahril said...

Liza,

betul juga kan liza. kalau sesekali kita tak sedih, kita tak dapat rasa nikmatnya kegembiraan..
cuma, bila sedih tu, perasaan tak tentu hala...

===================================

Dik,

dik pun sedih ke? :P.
Lagu2 yang kakok dowload ni banyok yang sedih kan.. hmmmm.. ke kakok yang jiwang? hehehehh..

Zahraa George said...

jagan ler sedih sangat akak...ceriakan diri tu..kalu sedih meh ler jalan2 umah as,kita main masok-masok...hehe

kekdang ada benda yang kita perlu kongsi dengan orang lain.orang yang bila kita menangis dia menangis,bila kita gembira dia gembira sama..bukan sebaliknya(tapi susahkan nak cari orang macam nih).atleast apa yang terbuku dalam hati dapat diluahkan..bila diluahkan,hilang satu bebanan fikiran...walaupun kengkadang orang tu tak faham akan kita,tapi atleast ada orang mendengar keluhan hati kecil kita..

Neeza Shahril said...

As,

masalah besar akak ni kan, akak suka mengimbau benda2 lama. bahaya kan.. kalau ada benda yang boleh buat akak lupa, okaylah.. tu pasal akak tak boleh sunyi..

memang ada ramai kawan yang boleh share suka duka.. cumanya, akak je rasa tak sesuai nak share dengan orang.. mungkin terlalu personal kot as..
takpelah.. akak dah ok sikit for now.. hopefully berpanjangan..