Monday, August 18, 2008

Tak boleh tengok isteri saya!



Bukan Abang yang cakap tapi rasanya ramai ar@b especially bangsa s@udi (bangsa lain tak tahu sebab ramai juga arab yang tak tutup muka pun) cakap macam tu. Memang kebanyakan diorang tak verbally stated that tapi kita boleh faham dengan cara mereka.

Kes 1:

Kawan Abang, W (yang dulu panggil maid dia slave tu) pergi honeymoon ke M'sia beberapa tahun dahulu (tak tahu la tahun bila). Masa tu mereka tengah di Ar@b street, dekat Jln Buk1t Bntang rasanya. Ada seorang lelaki merenung wife dia (by the way, wife dia berkelubung pun - mata pun tak nampak). Abang kata, dia rasa lelaki yang pandang tu mungkin pandang dengan rasa pelik sebab tengok orang berkelubung hitam kan. Then W bagi tahu, dia marah betul dengan mat yang pandang tu. Then dia pergi kat mat tu, tarik baju dia (dia tunjuk apa yang dia buat tu pada Abang) dan kata,

"If you look at my wife again, I'll damage your face!"

dengan marahnya. Dia tambah lagi (ni cakap kat Abang la...)

"Really! I really did that to him and told him that"

Abang gelak aje. Abang balik cerita pada Neeza dan cakap, dah lah Engl1sh tak betul. Orang biasa guna punch your face kan.. tapi dia kata damage your face. Tak tahulah kalau betul dia nak damage the face. Guna apa ye? Acid lah kot heheee.. sabar aje lah.


Kes 2:

Semalam, Neeza pergi hospital. Since selalunya, memang lah ramai orang yang menunggu kat tempat Neeza biasa pergi tu, sampai aje hospital, Neeza suruh Abang to drop me off kat main door. Neeza masuk dengan Kakak untuk register. Kalau lambat sikit, mesti berderet dan lama pulak tu nak sampai turn.


Neeza masuk aje, tengok agak lengang. Walhal jam dah pukul 4.40pm masa tu. Oh ya, sini hospital buka dari 8.30am - 11.00am dan 4.00pm - 9.00pm. Lama kan waktu rest dia (5 jam!). Biasanya kalau petang, memang lah ramai sebab husband masing2 balik kerja jadi wife-wife yang kena tunggu muhrim baru lah boleh keluar time tu.


Ingatkan kat tempat register aje lengang. Bila nurse yang jaga counter tu tanya, nak jumpa doktor mana, Neeza bagi tahu lah. Then dia kata, takde. Dia kata, ada seorang doktor saja yang betugas dan doktor tu ialah doktor lelaki. Well, kalau kat M'sia, Neeza memang tak kisah sangat pun. Kalau takde doktor perempuan, doktor lelaki pun okay. Then Neeza agree lepas tu pergi lah tunggu kat area depan bilik doktor. Angka giliran Neeza ialah 9! Memang terkejut habis sebab selalunya kalau tak belas2, mesti puluh2.


Bila pergi kat area menunggu depan bilik doktor, lagi lah terkejut. Ada 2 orang je yang tunggu. Sorang tu dengan husband. Sorang lagi dengan anak dia dan kedua-dua perempuan tu berkelubung tutup mata. Tak macam Neeza la, muka nampak.


Abang datang dengan Coan dan Shahmey, nak tengok Neeza lah tu. Dia pun terkejut tengok tak ramai orang. Neeza cakap kat Abang,

"doktor lelaki. Diorang tak suka kot"

"Haaa.. baguslah cam ni.. senang la kita. cepat sikit"

Neeza tambah lagi,

"Kenapa ya diorang ni, kalau wife diorang, tak bagi jumpa doktor lelaki. Tapi, kalau diorang tu, selamba aje jumpa doktor perempuan. Dah lah doktor perempuan tak tutup muka pun..."

"hehee.. sebab lelaki boleh kawin 4!"

Caittt!!! tak logik sungguh alasan Abang. Macam lah pergi jumpa doktor tu untuk kawin. Dan, macamlah wife diorang yang masuk jumpa doktor tu masuk sebab nak kena pinang. Aparaaaa Abang..


Anyway, gitulah kisahnya disini. Kalau Neeza keluar, pergi mall ke, pergi beli grocery ke, Neeza memang observe. Kalau ada lelaki yang memandang Neeza (kita boleh perasan walaupun kita tak tengok pada orang tu kan!), mereka adalah bukan s@udi. Lelaki s@udi susah nak pandang perempuan lain. Mungkin sebab diorang tak suka wife diorang dipandang jadi diorang pun tak buat gitu. Bukan itu sahaja, kadang-kadang layanan diorang pun menyakitkan hati. Ada lelaki s@udi yang memang tak nak berbual atau menjawab soalan perempuan lain. Macam kurang ajar pun ada rasanya. Mereka akan berbual dengan lelaki sahaja. Tapi, kalau yang educated dan dah biasa merantau keluar daripada teluk ar@b ni, mereka tak macam tu...


Nak tahu siapa yang suka pandang perempuan kat sini? Mereka ialah kaum2 dari negara sh@h rukh kh@n dan negara sekitarnya sebab diorang ni datang sini sorang-sorang. Tinggal wife lama.. sampai 3-5 tahun kadang-kadang. Faham-faham lah kan ;). Jadi, pada siapa yang tak selesa kena tenung gitu, mereka tutup muka. Ramai juga yang tak tutup muka (macam Neeza). Jadi, kena buat tak tahu lah. Tak boleh layan diorang ni sebab nanti lain pulak jadinya..

20 sugar & spice:

Abahnajwa said...

Ooooo...

camtu ceritanya ya..Terima kasihlah Neeza sebab kongsi info ni dengan abah..

patutlah ada kawan abah kat sini..even bukak komputerpun dia pesan kat abah..

I am sorry Naz..the picture of my wife are private photos..

Baru abah paham...

Neeza Shahril said...

Abah,

macam tu la bah..

husband neeza hari tu nak tunjuk gambar family dalam iqamah (macam IC utk 1 family la kat sini). ada gambar neeza dan anak2. Dia boleh suruh husband neeza tutup muka neeza padahal neeza tutup aurat. cuma nampak muka je.

Dia kata 'no!! you should not people look at your wife.. they may have bad intention to your wife you know..'
husband neeza kata 'no! its okay. I know you're not a sex maniac. that's why I show you..'

tapi dia still suruh tutup.. sabar je lah kan.. :)

aNIe said...

Neeza...tu lah tak aci kan..diorang pulak boleh jumpa doktor pompuan eh...heheheh...macam2 aje...

Kak Elle said...

org2 negri shah rukhkhan mmg gitu tengok pompan bukan main sama lah yg kat sg kerja...mcm nak terkeluar biji mata...hehe

Tie said...

Ooo..ye ke..baru tau..org2 dr negri shah rukh khan tu menakutkan..apa agaknya dlm pemikiran mereka yek..ish..takutnya..

13may said...

neeza...
ada gak lelaki...bukan takat pandang saja...siap scan lagi...hehhe hehhe

chekgu Bani Hassim said...

huhu...
err...susah gak ek kalau berdepan ngn org laki yg suker ushar2 nih ek???

saye pun lelaki, tapi usha bese2 je laa...
silap usha kang tak pasal2 pecah muke...huhu

err, owg arab nih yg pompuannye kene pakai purdah, jilbab bagai sebab katenye..
Org lelaki Arab ni syahwatnye mmg kuat...

kadang2 kalau pompuan tu berjilbab sumer, nampak bijik mate pun lelaki bleh terangsang...

bukanle org melayu nih tak kuat, tapi dorg berkaligande kuat...
entah lee...

zino said...

neeza tutup macam tu juga ke?

zura aini said...

kat malaysia pun dah ramai pelancong arab, pernah sekali tu ke langkawi, satu hotel tu majoriti famili arab je, kat sunway pyramid lagi satu fav mereka kot. Yang saya suka lihat perempuan mereka yang tak berpurdah ni, kulit mereka sangatlah cantiknya, saya rasa minah saleh pun kulit tak secantik merekakan. Menggoda sungguh (terfikir patutlah dalam quran banyak sebut tentang perempuan-cantik). Kalau shopping tak hengat dunia mereka ni.

Adry said...

huhu...sampai macam tu ek.. tapi yang kisah bab jumpa doktor tu untungla akak , takyah nak tunggu lelama kan.. hehee...

Tapi bab yang ditenung tenung ni... huhu.. hati hati skit... especially dari negaa shah rukh khan tu.. hehe... dah tinggal isteri lelama tu yang dorang takleh tahan tu... hehehe..

Zahraa George said...

pakaian tradisi tu...hehe...aurat diaorang satu badan..siap jadi hantu pun ada,tutup semua...tak rimas ker diaorang nih..

tapi yer la kan,diaorang nih cantik-cantik..kang kalu bukak muka mesti ramai yang tergoda..hehe..

kekadang rasa nak gelak jer,xpecially time makan.tiap kali nak suap,tiap kali nak selak hijab..sabor jer la..

tapi memang betul la..lelaki ar@b memang tak pandang pun kan kalu kita tak cover muka..tapi kalu bangsa sh@hrukh kh@n tu...adoiler..ngeri2...tengok macam nak telan orang jer..

**lepas nih nak cover muka la..bukan apa,nak elak debu jer :)) ..punya la try dok ngikat cover tu tapi tak pernah jadi pun..hehe..tak pun nanti nak tutup semua jer,jadi hantu.. hehe...

YuszTieY said...

orab suadi memang camtu..tak sama dgn arab mesir..arab mesir tgk org semacam jer...anak beranak negori shah rukh khan jugak.

tak sanggup wei nak pakai serba hitam..rase cam gelap donia..tambah2 kena tutup muka plok..adoiii..
ore kan selamba jer kalau pi wak iqamah...selamba buka niqab..heheheee

Cat Cat said...

Neeza,
Orang Arab ni ramai gi melancung ke Malaysia, kan...?? Cath gi cuti2 kat Penang, wah jumpa ramai Orang Arab kat swimming pool di hotel... Ada anak Arab tu siap nak bersembang dengan Annabel... hehehe.

Jie said...

Kalau yang datang M'sia bercuti , dedah mengalahkan orang barat tu mcm mana pula Neeza....?

Bersepah kt Jln Bkt Bintang tu

Neeza Shahril said...

Kak lady,

tu la.. unfair kan ;)

===================================

Kak elle,

takut lah dgn diorang ni. ala2 s*x maniac je.. eeee..

===================================

Kak Tie,

tak tahulah.. lama tinggal wife kannnn...

===================================

13may,

oooo betul sangat tu.. scan, xray semua siap :)

Neeza Shahril said...

CIkgu Banihassim,

culture diorang dah gitu agaknya dan pompuan kat tempat diorang memang suka.. agaknye laaaaa...

katanya kan, nafsu diorang kuat sebab makan unta. tak tahulah betul ke tak..

bab nampak biji mata pun boleh teransang tu memang betul.. ramai pak ar@b mengaku ni..

===================================

Zino,

tak sanggup neeza. nak bernafas pun rasa lemas.. :)

===================================

Kak zany,

memang kulit dan diorang sendiri cantik sangat. Kalau yang gelap tu pun cantik kulit diorang halus...
yang bertutup litup ni biasa ar@b s@udi je.. arab negara lain, tak sangat..

shopping? jgn kata m'sa, kat sini pun diorang shopping tak ingat dunia especially masa sale. barang sini mahal sikit dari m'sia. that's why diorang pergi m'sia suka sesangat shopping - murah kannn.. :)

Neeza Shahril said...

Adry,

lepas ni kalau nak gi jumpa doctor, akak akan mintak doctor selali sebab mmg tak ramai orang hehee..

bab tu kan, diorang over sangat. sampaikan diorang pernah suggest kat husband akak (masa nak beli satelite tv), ambik satelite yg ada channel g*y. Gilerrr betulllll..

===================================

As,

tu yg akak pelik tu. akak pernah try tutup muka. Nak bernafas pun susah. Ini pulak nak makan. jenuh la nak bukak sikit suap nasi.. ada yang masuk kat hidung je nanti hahaha!!

kalau lelaki arab yang pandang takpelah jugak sebab diorang tu encem2 hehehe... ada gak hati tu..

cover as.. sekarang ni memang banyak debu.. tapi akak.. errrr.. entahlaaa.. tengok keadaan kot hehee..

===================================

Tiey,

ar@b ni walaupun bangsa sama tapi perangai lain ikut negara diorang kan.. s@udi memang antara yg extreme bab agama ni..

tu la kan Tiey.. pada iqamah, diorang buleh pulok buka muka.. ke diorang tutup jugok? hehe..

Neeza Shahril said...

Cath,

arab yang friendly gitu biasanya bukan s@udi tu.. mungkin 3gypt ataupun yam3n. sebab anak arab s@udi takut nak tegur orang.. tapi yang nakal tu buat orang pun boleh..

===================================

Kak Jie,

tu rasanya bukan s@udi sebab pompuan s@udi ni jaga sungguh..
kalau b@hrain, U@E, Kuw@it, tu agak open sikit.. macam m'sia la lebih kurang heheh..

KakNi said...

Neeza, yang dia org lindungi tu wife dia orang. Wife dia org tu, dia org sendiri je leh tengok. Yg doktor tu bukan wife dia... lantak lah kan...

BTW, itu jugak yg sy dengar kat sini. Even, perempuan pun tak leh nak gi buat baik/tegur wife dia org tu, nanti dia report polis pulak kata kita (perempuan) ganggu wife dia...

Neeza Shahril said...

Akuni,

betul jugak kan.. protective habis diorang ni kan..

mungkinlah kot. kalau nak tegur, mestilah in the presence of husband dia..