Thursday, September 4, 2008

Buka Puasa = Makanan Penuh Meja ??


Semalam adalah hari ketiga berpuasa dan berbuka. Kami berbuka puasa seperti biasa. Tapi, ada 1 benda yang tak berapa biasa. Makanan penuh meja, sampai sarat. Neeza masak tak banyak pun. Lauk 2 jenis. Sayur pun semalam punya. Sambal Pecal ada lagi. Jadi, Neeza tambah sayur saja. Tapi kuih... punyalah banyak. Neeza buat Puding Jagung tapi ada karipap As bagi (frozen dan Neeza goreng), Lompat Tikam Liza bagi, Kunafah beli, Baklava beli, Samosa beli dan kuih muih recycle ;). Memang sarat meja tu. Kuih-muih yang beli tu pada asalnya nak beli sikit tapi kat sini dia jual dengan minum order. Jadi terpaksalah beli banyak. Oh ya, Neeza tak mintak pun beli sebenarnya sebab dah tahu bukan makan sangat pun. Siapa yang salah tu? hehehe.. entahlah kan ;).


Yang tak berapa bestnya, buka puasa aje dengan kurma sebijik, Neeza dah tak lalu nak makan. Tak tahulah kenapa. Perut rasa kenyang agaknya tengok banyak sangat food kat atas meja tu. Hilang terus selera makan. Atau mungkin Neeza masih kenyang makan sahur tu ke.. hahaha!! Lamanya kenyang yek! Memang waktu sahur, Neeza makan sebanyak mungkin disebabkan faktor-faktor tertentu.


Kadang-kadang pelik juga, kalau hari-hari biasa, tak pernah penuh pun meja dengan makanan. Tapi sejak 3 hari berbuka puasa ni, meja sentiasa penuh. Rezeki memang rezeki tapi tak baik kalau membazir kan. Alangkah bagusnya kalau ada orang datang singgah nak berbuka puasa bersama-sama. Pasti habis semua dimakan. Takdelah membazir. Anyway, Neeza memang tak buang. Neeza simpan dalam peti dan hangatkan semula.


Ini gambar lauk-pauk semalam. Ada a few recycle kat situ. Hari-hari ada recycle kan :). Seperti biasa, che' mek ni akan mengendeng kat meja makan ;). Kan depan dia tu buah Shamam (Cantelope). Memang dia request kat Abah dia sebab dia puasa :).




Oh ya! Lupa nak cerita. Bangun pagi semalam, Coan bagi tahu dia nak puasa (padahal dia tak sahur pun). Then dia mintak nak mandi dan tanya boleh ke? Neeza kata boleh aje. Dia takut tak boleh sebab dia puasa. Neeza kata boleh je.. Lepas tu dalam pukul 11 pagi, dia kata haus sangat. Neeza kata sabar lah tak lama nak berbuka. Tapi dia terus pergi dapur, buka fridge dan ambil air. Terus dia tuang dalam gelas dan minum. Neeza pandang aje dan dia buat tak tahu pun. Sabar ajelah minah sorang tu.

24 sugar & spice:

maklang said...

he..he...kelakar Coan...

kalau penuh camtu, anak2 maklang makan pun tak abis kot neeza!

ladies of zainab's skool said...

wahhh... bestnyerrr... pos sini skettt..buah yg kakak suka tu buah apa?

Tie said...

Bulan puasa ni memang rezeki melimpah2...Sejak kecil lagi, kak tie perasan peti sejuk sentiasa penuh sampai tak muat bila tiba bulan puasa..Sekarang dah berkeluarga dan ada peti sejuk sendiri pun serupa...penuh aje ketika ramadhan..alhamdulillah..

noniey alias said...

bulan puasa ni sebenarnya bulan tuk berjimat. tapi mesti jadi sebaliknya kan. sebab sume mende rasa nak makan. tapi bila dah berbuka, takde lah makan sangat pun..

Kak Elle said...

wah neeza mcm saya juga recycle yg lebih...hehe apa nak buat mkn sorang mesti byk balance nya kan?

kelakar coan ... dia lupa tak neeza?

Kebencian_Maharaja said...

Byknya lauk K. Neeza...hantaq mai penang bleh kot hehehe..

MULAN said...

wahh.. dok sana pun penoh sebidang meja tu.

Jie said...

Banyaknya neeza...
kak jie ni tak mck org lain..masak nasi, lauk satu, sayur satu...itu saja..tanpa kuih.

Anak² pun dah biasa mcm tu..mcm makan malam hari2 biasa...

kadang2 bila mood rajin, keluar pasar ramadhan...belilah juga seringgit dua kuih

Neeza Shahril said...

Maklang,

nampak je banyak maklang.. kuantitinya sikit je.. :)

===================================

Aniz (ladies from Zainab ;)),

buah tembikai oren tu.. cantelope.. bahasa arab panggil Shamam.. :)

===================================

Kak Tie,

neeza pun perasan gitu. Bila puasa meja dan peti mesti penuh.. kalau tak puasa takde lah pulak kan..

===================================

Noniey,

tu la kan.. akak nak start jimat dah la ;)

Neeza Shahril said...

Kak Elle,

tu la.. nak buang sayang dan tak baik membazir..

Coan tu memang gitu. Kalau dia kata tak nak, tak nak lah jawabnya.. tapi since dia kecik, neeza tak paksa sangat lagi..

===================================

KM,

nak kak neeza courier ke, hantar ikut kapal?? hehehe

===================================

Mulan,

rezeki hehee..

===================================

Kak Jie,

tak niat nak penuhkan meja.. tapi lauk2 recycle tu banyak..
kuih pun kena buat sebab takde jual kuih macam kat malaysia.. huhuuuu!!

nurie said...

Amboi meriahnya Kak Neeza berbuka... jangan sampai terbuang sudah ler.

YuszTieY said...

ermm..berselera tgk mcm2 jenis makanan..abis x mkn sume tuh??klu x abis jgn lupe jemput kami ekk...

as said...

penuh meja tuuuu..hehe..asal tak jemput jer kami...kalau jemput kami sampai dah...hahaha :P

cHeRyNa PiReS said...

mmg...smalam kitowang bukak kat opis pun makanan penuh semeja!
tp sha jatuh ati la ngan model akak! lawanye:D

silversarina said...

salam,

memang banyak betul makanan tu.. kinafah dan baklava yang dirindui bila kat sini :P

Coan, Coan , selamba je dia ye... kelakarlah , tak pe nanti besar sikit dia faham erti puasa .

Semalam akak call mak neeza dia dah ready nak discharge dari wad , semalam busy sikit tak sempat nak ke hospital ziarah dia.

Mak Teh said...

Neeza, bulan puasa selalu kita ikut selera anak-anak kan? Kita nak menggalakan mereka berpuas so apa request mereka kita cuba tunaikan. ( Maksud mak teh anak-anak yang masih kecillah, anak-anak yang dah besar gajah seperti anak-anak mak teh ada kalanya mak teh tunaikan juga.)

pB said...

Salam Adik Ja ...


sibuk sungguh duo tigo hari ni , sapa kor tok dhe' nok tinggal komen ...


rajinnyor dia masok.
banyok sungguh lauk...

sronok jugok kalau dok area jirae jirae hok prihatin nie ...

alhamdulillah

~akuni~ said...

Makanan tu tak yah recycle la Neeza... bulan posa ni saya pun tak recycle... tapi selalunya habis sebab saya beli secukup keperluan...

Adry said...

hahaha lawak coan tu.. hahaha...

wah.. meriahnya berbuka kak... mmm kalau saya memang tak larat la... huhu

Adry @ http://www.adrysabry.com/

Neeza Shahril said...

Nurie,

alhamdulillah, tak buang lagi so far.. dok perangat perangat selalu ;)

===================================

Tiey,

meh la sini.. hehee..

===================================

As,

Meh la As... bila jemput, akak akan masak lagi banyak kot..
kalau datang aje, mesti best kan.. buat surprise ;)

Neeza Shahril said...

Sha,

tu la.. nape la gitu kan.. lapar mata kot ;)

model tu memang suka senyum especially dekat time buke hehee..

===================================

Kak Rina,

Kunafah dan Baklava tu kena tengok tempat. Neeza rasa orang Saudi buat Baklava tak sedap sangat la.. Kunafah tu pun ada yang buat sedap ada yang tak..

Hari ni kata Coan nak puasa. Tak tahu lah tu..

Ada jugak Mak Neeza sms semalam. Thanks ye Kak Rina.. Kak Rina dah pergi sekali pun dah cukup besar erti untuk Mak Neeza dan Neeza sendiri..

===================================

Mak Teh,

sebagai ibu, kita nak tunaikan permintaan anak2 kan Mak Teh especially yang kecik2 tu..
Yang besar pun kalau dah diorang mintak, nak juga tunaikan...

Neeza Shahril said...

Kak pb,

oghae hok buwi tu dok jauh.. hehee..

demo dok sini dok diae dalae rumoh jah.. :)

===================================

Akuni,

neeza tak beli.. semua masak lauk lauk tu.. masak sikit pun still berbaki juga...

===================================

Adry,

Coan tu memang gitu Adry..

tu la.. bila bulan puasa je gitu..

Superb GURU BaniHassim said...

tu la pasal...
mmg dier je minah enterprem...hehehe...

dah tak tahan, biar je minum...
esok cube lagi...

Neeza Shahril said...

Cikgu,

hehehe.. dah dia aje yang pose.. hehee..

ishh.. mana boleeehhh.. dia nak barbie doll tu hehee..