Monday, September 1, 2008

Malam Pertama Ramadhan


Semalam, semua umat Islam telah selamat menunaikan Solat Tarawih pertama di bulan Ramadhan tahun ni. Alhamdulillah. Ini bermakna semua makhluk bertanduk tu dah dirantai selama sebulan. Kalau ada yang kata tak puasa sebab godaan makhluk tu, jangan nak ngade ngade.. sebenarnya itu godaan nafsu diri sendiri bukannya makhluk bertanduk yang tak nampak dimata tu :).


Solat Tarawih ni seronok kalau dibuat secara jemaah. Mungkin itu pandangan Neeza sebab dah terbiasa semasa di Malaysia. Disini, kalau nak berjemaah, cuma ada 1 masjid sahaja yang offer Solat Tarawih untuk wanita. Neeza tak tengok lagi masjid tu tapi rasanya ada tempat khas untuk wanita lah kot. Yang lainnya semua lelaki sahaja. Takkanlah Neeza sorang-sorang nak mengendeng kat belakang tu. Dah lah masjid sentiasa penuh. Ada lelaki yang tak solat nanti sebab pelik bin ajaib tengok ada pompuan datang masjid heheee.. Tak pun, awal-awal lagi kena halau dengan muttawar kat sini.. :D


Pagi tadi, Subuh masuk jam 3.46 pagi. Neeza plan nak bangun dalam pukul 2.55 pagi. Dah kunci jam pun. Tapi belum masuk pukul 2 pagi, Neeza dah terjaga. Hati rasa tak berapa sedap. Nak sambung tidur sekejap, tak mau lelap. Neeza bangun, buat beberapa perkara. Lepas tu ternampak handphone kat atas couch. Teringat pulak semalam ada sms pada family di Malaysia ucapkan Selamat Berpuasa tapi belum ada yang reply. Bila tengok handphone, nampak ada message. Ada 2 message. 1 tu dari adik di Johor dan 1 lagi dari Ayah. Message Ayah berbunyi.

"Besok berpuasa. Ma masuk wad. F dan A balik nak tengok Ma"

Oh! Rupanya inilah sebab hati Neeza rasa tak sedap agaknya. Message Ayah tiba pada pukul 12 malam. Langsung tak perasan sebab Neeza tidur awal dari tu dan handphone ada diluar. Neeza terus call Ayah untuk tanya cerita selanjutnya. Tak berangkat. Neeza call handphone Ma, tak angkat jugak. Hati bertambah risau. Neeza call semua adik-adik. 1 pun tak angkat. Masa tu di Malaysia dalam pukul 7 pagi. Tidur lagi ke? Kalau tidur takpelah. Neeza memang tak nak fikir benda lain yang lebih buruk. Nauzubillah...


Hampir 40 minit cuba untuk call semua orang, masih tak berjawab. Duduk sekejap sambil berharap tiada yang tak elok berlaku. Then, Neeza call handpone Ma buat tak tahulah kali ke berapa. Berangkat dan dengar suara Ma. Alhamdulillah. At least Neeza tahu masih boleh bercakap dengan Ma.


Pada tengah malam merdeka, Ma terasa perutnya mencucuk-cucuk. Sakit yang amat sangat. Ayah bawak Ma pergi hospital dan kena tahan di wad. Masa Neeza call, doctor belum buat scanning keseluruhan lagi. Neeza cuma berharap tiada yang serious. Ini kali ke 2 Ma masuk wad. Sebelum ni kes lain. Ma berpuasa hari ni. Neeza bagi tahu, kalau tak larat, tak payahlah puasa sebab sakit ma tu berkaitan dengan perut. Tapi, Ma bertegas untuk puasa juga. Semoga Ma cepat sembuh. Insyaallah...


Lepas berbual dengan Ma, Neeza sediakan hidangan sahur. Then kejutkan ahli keluarga bangun. Adushhh!! Shahmey bangun lah pulak. Bagi susu tak nak stop pulak dah. Tengok jam dah dekat 3.30 pagi. Terpaksalah Neeza bawak dia sekali ke meja makan.


Di sini takde pulak orang mengaji menjelang Subuh tu. Kalau di Malaysia kan, selalu kita dengar orang mengaji di masjid (mungkin tape ke ataupun betul2 orang yang mengaji tak pasti pulak). Senyap aje. Bila dah Subuh, baru Azan.. hehehe... memang takde warning lah maknanya. Kalau di Malaysia, bila dengar orang mengaji tu, kita boleh agak Subuh nak dekat dah. Jadi kena bangun charlie chaplin lah untuk sahur ;).


Lain tempat lain caranya kan. Kita tengok sikit hari lagi. Ada perubahan ke tidak.. :)



26 sugar & spice:

misz_A said...

semoga ur mom cepat sihat... salam ramadhan... masak apa utk berbuka ari ni???

Kak Elle said...

semoga ibu neeza cepat sembuh dan dpt berpuasa...tapi kalau tak sihat terpaksa lah membayar nanti kan?

zura aini said...

semoga emak neeza sihat kembali.
kita ni bila terlewat bangun sahur, gabra sakan, kalau diri sendiri je takpe,ini yang lain2, kesian....

Akak said...

Salam Neeza...

Semua penyakit bonda tak serious yea dan akak doakan semuga cepat sembuh...

Selamat Berpuasa..

cikMilah said...

Salam Ja,
semuga Ma cepat sembuh. Berbuka makan apa hari ni?

:: Leeza Joe :: said...

akak...ma akak sakit ke??...liza doakan semoga cpt sembuh... liza semangat pose ....mlm td x tdo sampai saur...lps subuh br zzzz.....hahhaha...excited sambut Ramdhan di perantauan.....

Kaktiny said...

semoga bonda cepat sembuh...

aduh lecehnyer nak kena bawak si kecik kat meja makan kan.. hihihihi

jgn bercharlie chaplin sahur nanti yer kak.. hihihi

Zahraa George said...

semoga ma akak cepat sembuh..risau gak kan kalau dok jauh2 nih..

arinih masak apa utk berbuka ?

bila nak jemput kami p buka puasa umah akak ? :P
teringin nak makan creame caramel ngan sambal ikan nih :P

nurie said...

InsyaAllah, semoga mak akak tak ape-ape.
Mesti bila akak balik sini, akak dah raya dulu, kan?

YuszTieY said...

moga ma k.ja sihat semula hendaknya...

laa...tak ader ker bunyi2 aper...kami kat sini sejam seblm azan arab dah ketuk palung kuat22 tanda suh bgn sahur,siap jalan keliling kg lagi..pastu dah dekat ader ler org baca ngaji ..semlm dah dgr dah arab main mercunn pasang lampu2 tanglung kat sekitar bangunan,meriah tul sambut pose kat sini..

masak buka aper tu k.ja...special aper ari pes ni.

aNIe said...

Salam Neeza...

Selamat Berpuasa dari akak sekeluarga...agar Ramadhan kali ini akan lebih diberkati...Ameen...

Semoga Ma Neeza akan segera sembuh...

Mak Teh said...

Semoga mak Neeza di berikan kesihatan olehNYA, supaya boleh menikmati kebahgiaan di bulan Ramadhan ini.

Solat terawih ni kalau tak ke masjid nak buat sorang-sorang atau di rumah rasanya mak teh tak terbuatlah. Masa berjemaah tadipun mata dah berapa kali nak terpejam! Syukur dapat menghabiskannya hingga akhir.

Adry said...

Salam... harap ma akak sembuh dan takda apa yang tak diingini berlaku..

Yeap... lain tempat lain suasana sambut ramdhan kan...

Adry @ http://www.adrysabry.com/

Neeza Shahril said...

Misz A,

Insyaallah Aniz.. hari ni masak gulai ketam :)

===================================

Kak Elle,

Insyaallah kak Elle.. tu lahyang leceh kan.. nak ganti hehee..

===================================

Kak Zany,

Insyaallah.. betul tu kak.. kalau kita tak sahur takpe.
kalau orang lain, rasa kesian pulak.. lembik aje nanti nak puasa

===================================

Akak,

neeza harap sangat macam tu..

Selamat berpuasa kak :)

===================================

Kak Cik,

Insyaallah.. hari ni makan gulai ketam, daging goreng, air tembikai dan kuih keria tak jadi hehehe..

Neeza Shahril said...

Liza,

haah liza.. masuk wad.. baru tahu pun.. thanks liza for the doa..

Akak kena tido dulu. Kalau tido lambat sangat, mungkin terus sahur lah kot ;)

===================================

Kaktiny,

Insyaallah...

memang leceh sebab dia tak nak duduk sendiri.. hari ni belum charlie chaplin.. Alhamdulillah..

===================================

As,

Insyaallah.. memang risau As. Jauh kan..

hari ni akak masak gulai lemak ketam, daging goreng, keria tak jadi heheee..

oooo.. nak makan tu ye.. nanti kalau akak buat, akak panggil ye :)

===================================

Nurie,

Insyaallah Nurie..
balik ni akak tak raya lagi rasanya..
sempat raya sesama kat malaysia :)

Neeza Shahril said...

Tiey,

Insyaallah...

memang takde Tie.. senyap je.. mungkin muttawa tak bagi kot hehehe..

hari ni masak gulai ketam! ketam murah sini kannn... :)

===================================

Kak Lady,

selamat berpuasa kak..

Insyaallah.. harapnya gitu lah..

===================================

Mak Teh,

Insyaallah Mak Teh..

haah kan.. kalau nak solat terawih ni, mata tu memang rasa mengantuk.. tapi lepas tu okay lah pulak hehehe..

===================================

Adry,

Insyaallah Adry.. harapnya cam tu lah..

merasa akak berpuasa di saudi tahun ni :)

Abahnajwa said...

Salam Neeza

Saspen betul abah mendengar mak neeza sakit ni..abah dah pernah lalui situasi ni..memang hati kita gundah gulana..Tapi Alhamdulillah dia dah beransur ok ya? Abah doakan dari sini..

Ain buat pulut udang hari ni..lauk pauk dan juada semuanya home made..ikiki..takdek dah pasar ramadhan...

Kalau ada rezeki nak ke rumah Neezalah nanti...sudi jadi host kami sekeluarga?

Afiff puasa penuh hari nii...hahahaha

silversarina said...

salam ramadan buat neeza dan family.

ma neeza masih di hospital lagi ke ? InsyaAllah akak ziarah dia hari ni.

Usah risau , doakan agar Ma neeza segera sembuh, InsyaAllah.

maklang said...

salam ramadhan buat neeza dan keluarga...

moga ma cepat sembuh...

kat sini, kami bangun jam 4:30pg. Anak2 dan Abah mereka aje makan, maklang makan ubat aje...

pB said...

salam adik Ja ....




kak pB doa doa Ma tak dok gapo gapo tu ...
Masuk angin bakali perut tu ...
Insyaallah .....


Duo hari doh poso .....

Cat Cat said...

Neeza,
Selamat Berpuasa... Hope everything is alright with your mom.

Tie said...

Selamat berpuasa neeza..moga mak neeza cepat sembuh, ye..

Anonymous said...

hope tok ma sihat sejahtera, cepat sembuh. dia masuk hospital mana ?

elisataufik said...

susah hati kan, bila dengar ahli keluarga tak sihat bila kita dok jauh tak dapat nak tolong apa?
Kita boleh berdoa aje lah, semoga ma neeza cepat sembuh.

wah dah-syat jugak tu masak gulai ketam! kita buat nasi ayam aje semalam :P

Neeza Shahril said...

Abah,

salam...

kalau duduk dekat senang kan.. ni jauh. hanya doa ajelah dapat dikirimkan.. terima kasih atas doa abah ye :)

opss!! sedap tu pulut udang.. pos la sini sikit.. hehehe..

Dengan besar hati neeza sudi terima Abah sekeluarga ke sini.. bila tu? ;)

Amboi Afiff.. naik saham tu.. boleh jadi calon suami mithali :). Insyaallah...

===================================

Kak Rina,

Salam Ramadhan buat Kak Rina sekeluarga juga :)

Sekarang ni masih di hospital.. nak kata tak risau, risau jugak sebab jauh kan kak.. kalau dekat, banyak benda yang oleh diusahakan.. neeza cuma mampu berdoa aje sekarang ni..

===================================

Maklang,

salam Ramadhan buat maklang sekeluarga juga..

Neeza harap gitulah maklang..

aik.. makan ubat aje? tak lapar ke maklang?

===================================

Kak Pb,

thanks ya kak pb..
bukan masuk angin tu.. ada penyakit lain.. :(

neeza cuma mampu doa aje..

Neeza Shahril said...

Cath,

Thanks Cath.. I hope so.. :)

===================================

Kak Tie,

Selamat berpuasa Kak Tie.. thanks :)

===================================

Abanglong,

Insyaallah abanglong.. dia masuk hospital kemaman..

===================================

Elisa,

risau sangat sebenarnya tapi terpaksa buat2 cool sebab jauh.. Cuma mampu berdoa saja..

ketam kat sini murah kan.. SR5 je sekilo.. amboii!! nasi ayam tu.. kalau kat malaysia, beli je kan.. kat sini kenalah buat sendiri :)