Tuesday, September 2, 2008

Sesuatu yang dirindui


Pagi ni Neeza call Ayah tanya mengenai perkembangan terbaru Ma. Ayah kata, ada beberapa jenis penyakit yang doctor suspek. Tak payahlah Neeza detail disini kot. Semuanya masih kabur. Pihak hospital masih buat eksperimen. Betul ke buat eksperimen? Entahlah. Tak tahu nak kata. Itu kerja doktor kan.


Bila tanya apa lauk yang Ayah makan semasa berbuka puasa, Neeza rasa sedih. Selalunya, kalau hari pertama puasa, meja mesti penuh dengan lauk pauk - yang Ma masak, yang orang bagi dan yang beli. Lauk pun agak special lah biasanya. Semalam, cuma ada 1 lauk. Then Ayah beli gulai daging dan murtabak di pasar Ramadhan. Murtabak memang menu wajib untuk dibeli sebab adik bongsu Neeza, Afir memang suka sangat dengan Murtabak. Afir ni manja sikit. Walaupun umur dia dah 22 tahun, keadaan dia sebagai OKU (syndrome down), membuatkan dia dimanjakan oleh semua ahli keluarga. Memang perangai budak kecil. Kami bersyukur sebab dia boleh berjalan dan bergerak macam orang lain. Sebab tu lah dia banyak ragam dan semua ragamnya selalunya dipenuhi :).


Neeza pun rindu dengan pasar Ramadhan sebenarnya. Kalau di Kuantan, balik aje kerja, Neeza akan drop by di pasar Ramadhan di Dewan Mat Kilau, dekat dengan tempat kerja. Walaupun tak banyak gerai, Neeza suka singgah sebab suka tengok pelbagai kuih dengan bermacam warna dijual. Biasanya Neeza akan beli air soya ataupun tebu disitu. Memang fresh kalau nak banding dengan pasar Ramadhan lebih besar di town tu. Macam tu lah kan, kalau dijual dalam small scale, orang boleh buat sedap sikit. Bila dah beribu riban nak dijual, airnya akan kurang pure, banyak letak gula ataupun air.


Sebenarnya kami memang tak suka sangat dengan lauk yang dibeli di pasar ni. Bukan apa. Sama ada rasanya kurang sedap ataupun cepat basi. Jarang sangat dapat simpan sampai sahur. Kalau nak jual seawal jam 3 petang tu, mesti lah kena masak lebih awal dari tu kan. Silap2, pagi2 tu dah dimasak. Terhangai kat situ. Tak campur unggas-unggas terbang lagi tu ;). Kalau Neeza beli pun, mungkin sesuatu yang susah sangat nak buat, contohnya kerabu taugeh, masak lemak pucuk ubi ataupun gulai siput sedut. Itu contoh aje lah. Ada lagi benda lain tapi kami ni memilih jugak. Kalau gulai tu nampak cair aje, tak beli lah. Kuih memang selalu kami beli sebab nak buat kuih leceh sikit kan. Mana sempat balik kerja nak mengerjakan kuih. Sempat masak nasi dan lauk pauk pun dah kira okay.


Kadang-kadang kita terasa nak makan laksa tapi orang lain tak nak. Jadi, boleh lah beli sebungkus laksa dan untuk yang lain, beli lah benda lain pulak. Tapi disini, mana nak cari laksa sebungkus. Kalau nak, kenalah buat sendiri dan bila dah buat sendiri tu, takkanlah sebungkus aje kotttt.. tak berbaloi nak siang, perisi dan blend ikan tu. Sekurang-kurangnya 1 periuk kan. Tapi, so far tak mengidam nak makan laksa lagi ;).


Walau bagaimanapun, memang Neeza rindu dengan pasar Ramadhan di Malaysia. Kemeriahan tu menunjukkan suasana berpuasa. So far, di Al Jubail ni tak nampak lagi pasar Ramadhan. Mungkin Neeza belum keluar dari sarang burung ni kot. Baru sehari puasa kan. Tunggu nanti, kalau Neeza siap masak awal, nak jugak keluar jenguk-jenguk kawasan sekitar hehehee... macam YB lah pulokkkk!!



Oh ya, ni lauk pauk kami semalam. Biasa-biasa aje. Ada 2 lauk recycle kat situ. Tekalah sendiri hehehe... Air tembikai tu.. kan dah kata, nak apa kena buat sendiri. Tebu takde sini, jadi tembikai lah alternatifnya. Kuih for yesterday - kuih keria tak jadi. Tak tahu lah kenapa keledek tu jadi lembik. Banyak air kot masa rebus. Alhamdulillah, habis jugak. Sebab puasa kot dan itu aje option yang ada hehee.. Gulai Ketam tu bukanlah lauk luxury di sini sebab murah sangat ketam kat sini. Sekilo baru SR5. Kalau convert RM, tak sampai pun RM5. Kalau convert UK pound, lagi lah murah. Tak sampai 1 Pound pun. Kenapa murah? Sebab ramai pak arab tak makan ketam. Reason - tak tahu. Agaknya sebab ada yang kata ketam tak boleh makan rasanya... :)


27 sugar & spice:

silversarina said...

salam,

akak tadi melawat mak neeza, dia nampak ok je tapi letih dan doktor suruh minum air banyak . neeza usah risau , doakan agar mak neeza segera sembuh.

wah, rajinnya neeza masak, pelbagai lauk ada dan ketam tu murahnya ,sedapnya ketam , sekarang susah nak cari ketam di kemaman ni, jarang ada dijual.

Tie said...

Alhamdulillah...akak di atas tu dah lawat mak neeza..tentu neeza rasa lega..Kak tie terliur lak tengok lauk ketam tu..agaknya pak arab tak pandai makan..masak cili pun sedap..

:: Leeza Joe :: said...

slm ramadhan...

sakan msk... best kan buke pose ngn suami n anak2... liza buke ber-2 jer...jo keje mlm kak... kul 4.30 dh p keje... msk 5 ptg-5 pg...sob2...... semlm liza msk nasi myk ngn kuih cek mek molek ja... btl la ubi tu lembik... kaler oren mengancam... so take ime nak menggentelnye...kene tbr tpg br ok... ok la 2 day ape lak menu errrkkk... geng arab joe siap order karipap tu...suke benor ngn karipap... liza nak g nguli tepung ni...ok .... :)

Neeza Shahril said...

Kak Rina,

terima kasih banyak kak sudi melawat Ma Neeza tu. kalau nak tunggu neeza, susahlah sikit kan.. Memang dia nak puasa tapi doctor tak bagi. Nasib baik dia dengar cakap doctor..

Tak banyak sebenarnya.. tu campur lauk recycle hehee.. kat sini memang murah ketam.. cuma tak larat nak mengopek kan bila makan :)

===================================

Kak Tie,

Diorang kata ketam binatang 2 alam.. entahlah kak.. mungkin sebab susah nak kopek kot..

===================================

Liza,

waahhh!! sedap tu nasi minyak.. lama dah tak makan nih ;).
takpe liza.. nanti mungkin shift siang pulak.. boleh lah berbuka sesama..

haah kan.. keledek ni color mengancam tapi lembekkkk hehee

cheryna zamrinor said...

bestnye tgk lauk kak neeza...
mmg best pasar ramadhan tuh...
tp lauk ketam kak neeza tuh buat sha rase windu kat mak pulak!
walopon jupe mak hari2...tp keje punye pasal tak dpt la nak buka ngan fam:(

akak suke siput sedut gak ke?

Abahnajwa said...

NEEZA

Ketam lagik..sotong lagik..memang nak ke sana lah camni...best ni menantu pandai masak..hahahah

Zahraa George said...

wah........sedapnyer air tembikai tuu...kikiki..na beli tembikai esar sangat la pulok...x der space dah dlm peti sejuk..hehe

harinih menu apa pulak tue??

Wanpetunjuk said...

Salam akak...selamat berpuasa dan selamat beribadat di bulan Ramadhan ini....mohon maaf atas segalanya akak...sy rindu segalanya tentang berpuasa di darat.....moga-moga bulan ini Allah lebih mempermudahkan urusan kami semua di sini.....

Sedap tengok juadah berbuka puasa akak..terliur sgt...dah lama tak makan ketam akak.....cepatlah selesai...nak balikkkkkk...nak balik......hukhukhuk...hukhukhuk...

ummu al hanafi said...

salam neeza...
sorry to hear ma neeza sakit...
kita hanya mampu berdoa dikejauhan ini....
byk nampak lauk semalam bebuka?? heehehehe.... :)
kalau diriyadh ada jual air tebu tapi rasa mcm limau2 skit
kehkehkehkeh.....
saudi ni mana lah ada pasar ramadan dearr....
:)
Slamat Berpuasa dan Terawihh..

p/s: terawihh kat masjd mana??

Wanpetunjuk said...

Ni sy terpanggil nak komen lagi....sy baca entry akak sebelum ini...'put you foot in my shoe'....akak, kita berbintang scorpio...kita wat tak tahu je akak, biarlah org nak kata apa pun, biarlah org kata kita lemah atau sebaginya...kita lebih memahami diri kita...kita lebih mengetahui setiap perkara yang dah berlaku di sekeliling kita.....semoga aka terus tabah...sy sentiasa bersama kak...ok akak..sekali lagi...selamat bersahur...hehehehe

Kak Elle said...

banyak lauk pauk macam satu battalion yg nak makan bersama...hehehe

alhamdulillah rina kata mak neeza ok..jgn risau eh.

neomesuff said...

i pray for your mom to get well soon..aminn

asal bukak blog u je..lapor..iskh

Neeza Shahril said...

Sha,

sian kat Sha.. busy sampai cam tu sekali.. takpelah Sha, cam tu lah bila dah kerja kan..

akak suka siput sedut.. tapi tak kuasa nak kerat hujung siput tu hehee..

===================================

Abah,

menantu masak?? bertuah laaa.. hehehe..

===================================

As,

memang sedap.. takpe As.. kerat 2, simpan.. tak pun sedekah sebelah kat sini hehee..

menu hari ni ialah jeng jeng jeng.. hehee.. kita tunggu gambar esok.. kihkihkihhh...

===================================

Dayat,

Kesian kat Dayat.. Akak doakan tak lama lagi Dayat dapat buka puasa di darat.. Insyaallah..

Dayat, kat situ takleh mancing ketam ke? kalau bleh, dapat ketam masak je kat situ hehee.. melampau betul akak ni kan..

Neeza Shahril said...

Nana,

hah?? air tebu rasa limau.. tu macam tebu masam je hehehe..

neeza tengok ada jugak orang jual2 kat pasar.. tapi semuanya lelaki yang menjual dan membeli.. siap goreng2 kat situ hehe..

tarawih?? kat rumah aje la cayang.. susah nak bergerak dengan hero heroin ni ;)

===================================

Dayat,

kalau akak sorang takpe.. ni dia influence orang yang rapat dengan akak.. jadi orang yang rapat dengan akak tu dah terasa dah..
anyway akak dah cuba forgive and forget :)

selamat bersahur Dayat :)

===================================

Kak Elle,

banyak kan.. bila campur lauk recycle lagi banyak hehee..

Neeza harap cam tu lah kak elle...

===================================

Neome,

thanks Neome..

lapor?? heheh meh sini makan.. :)

zura aini said...

neeeza,
ujian di bulan ramadan untuk ayah dan mak neeza, moga cepat sembuh dan banyak bersabar

bestnyaaaaaaa, ketam RM 5 sekilo, kat sini RM 24 sekilo, hu, hu....iitupun kadang je banyak, kadang takde langsung, kata mak saya ada musim ikut haribulan islam ke apa isinya banyak. Bestkan kalau kat sini pun harga macam tu, saya kalau beli ketam, jadi insaf le kejap, ha, ha....saya teringat orang yang lebih susah yang tak mampu nak merasa langsung especially kanak2. Kenapalah kat sini harga ikan dan ketam melampau2, tak faham, kita dikelilingi laut.Best masak berlada taruk sikit lengkuas, umphh.

Cat Cat said...

Neeza,
Kalau ketam tu kat USA, mau $9.99 se pound... se pound tau, not sekilo... Hehe.

Unknown said...

doa seorang anak untuk ibunya...sebaik2 doa! especially di bulan puasa ni, kami di sini juga sama2 doa kan ibu neeza sembuh..

abg arif

l i e y n said...

bila dh dok kt negeri org yg berhujan emas....tempat sendiri yang berhujan batu pasti akan dirindui jugak....there's where our life begin...takpe le kak neeza, kutip pengalaman kat negeri orang...kalau dapat kutip hujan emas lagi bagus!!!!huhuhuhu

Alone said...

salam..

yup. pastinya tidak sama seperti di Malaysia.

tapi xpe. yang penting, puasa dan amal ibadah kita diterima oleh Allah s.w.t. walau di mana kita berada.

(teringat waktu g umrah dulu.. doa qunut sampai sejam T_T)

salam Ramadhan ;-)

Akak said...

Salam Neeza...

Muga2 penyakit bonda Neeza cepat sembuh & semuga Neeza & keluarga tabah menghadapi ujian dari Allah...

Hurmm banyaknya juadah, akak tgh dok pikir nak masak apa ptg nie..

Mak Teh said...

Neeza, Mak teh dah masak hari pertama pasembur penang, orang kedah kata cucok udang, orang singapore kata rojak singapore. Anak-anak mak teh kata punyalah sedap sampai tak makan nasi.

Semalam masak Koay teow Kaw mak teh. Habis 6 bungkus. Hehehe jangan teliur nanti orang kat dalam tu leleh air liur. ( Nampak kejamlah pula mak teh ni) Alaa, sekadar bercerita jangan terpengaruh ok?

Ni nak tambah kisah ketam. Kalau ketam laut warnanya biru sebelum dimasak, maka ketam itu halal di makan. Kalau ketam itu ketan nipah atau ketam batu ( di malaysia ) warnanya coklat or hitam maka ketam itu binatang dua alam, laut dan darat maka tidak boleh di makan oleh kita orang islam. Namun ramai orang Melayu yang tak tahu atau tak prihatin perkara ini, so mereka belasah sahaja.

So lainkali kalu Neeza nak makan ketam make sure dia ketam laut. Jadi kalau ketam yang harga RM5 sekilo tu and Pak Arab tak makan kalau dia ketam laut maka Neeza tolonglah makan untuk mak teh sama. Macam-macam masakan boleh buat seedaaap!

Ummi365 said...

sedihnya baca entry kali ini. neeza walau bagaimana meriahnya suasana bazar ramadhan meriah lagi kalau ada the whole family bersamakan. tahun ini masuk 3 tahun kami berpuasa tanpa dad. dad lah yang selalu kejut sahur.. dan sampai sekarang dad sanggup berjaga malam sampai 1 pagi waktu dia untuk call kami bangun sahur pukul 5 pagi waktu msia

murahnya ketam, kat sini mahal lah.

Adry said...

Semoga mak akak cepat sembuh... anyway... raya ni akak tak balik Malaysia ker??

Neeza Shahril said...

Kak Zany,

betul kak.. di saat semua anak yang besar duduk jauh, cam tu pulak jadinya...

kalau kat malaysia, memang beragak nak makan lauk ketam.. tapi kat sini tak sebab ikan kembung lagi mahal dari ketam hehee..

===================================

Cath,

mahal tuuu.. susah lah nak makan ketam kan.. hehee..

===================================

PP,

thanks Abg Arif :)

===================================

Lieyn,

kalau dapat bawak balik hujan emas, akak kayo! akak kayo! heehee..

===================================

Aloneinhome,

qunut sejam?? waahhhh!! lamanya.. hehee.. kat Jubail ni langsung takde qunut pulak.. hehe...

Neeza Shahril said...

Akak,

Neeza harap pun gitulah kak...

nak masak apa? jom kita tengok resepi hehe..

===================================

Mak Teh,

nak cikit pasembur tuuu... :)

Mak Teh!! dah meleleh air liur niiiii... nak jugak kuey tiow kaw tuuuuuu ;)

ketam yang neeza makan ni memang color biru tu.. kalau ketam color hitam tu neeza pun tak makan dan takde jual rasanya kat sini..

nanti neeza makan kan untuk Mak Teh ye.. hehee.. kalau Mak Teh datang sini, neeza beli berkilo2.. kita masak sambal.. yummmyyy..

===================================

Kak Ummi,

betul kak ummi.. kalau di bagi pilihan, biarlah neeza takde bazaar ramadhan asalkan dapat bersama family..

memang terkejut tengok ketam murah kat sini..

===================================

Adry,

Insyaallah Adry... raya ni akak balik beraya di Malaysia.. :)

chekgu Bani Hassim said...

beshnye lauk...
ni kalau makan mau terduduk nih..
payah nak solat kang... :P

Neeza Shahril said...

Cikgu,

memang sangat cikgu.. tak larat nak solat.. mengah2.. hehehh..