Saturday, December 20, 2008

Hari-hari yang sejuk


Suhu di Jubail semakin rendah sekarang. Tak pasti pulak berapa suhu diluar tapi 3 4 hari lepas, ada ternampak kat tepi jalan tu, dalam 11 Celcius. Dalam rumah perlu sentiasa di on kan heater. Kalau tidak, sakit kepala sebab terlalu sejuk. Kalau keluar, memang lah lagi sejuk especially waktu pagi. Baju 2 3 lapis sudah semestinya perlu dipakai. Kalau ikutkan nak keluar pun malas. Lebih best duduk dalam rumah dan tidur berkelubung saja. Tapi, kalau langsung tak keluar, nak makan apa kan? Groceries kena jugak beli. Sejuk-sejuk macam ni, perut lagi lah cepat lapar.


Semalam, kami keluar ke grocery store favorite kami di Huwaylat. Banyak lagi grocery stores lain tapi P@nda lah yang paling Neeza suka. Tak tahu lah kenapa. Mungkin arrangement dia lebih teratur. Mungkin juga Neeza dah terbiasa dengan arrangement dia. Jadi, Neeza tahu dimana letak benda yang Neeza nak cari. Lagipun ianya tak crowded sangat macam sesetengah tempat lain. Semuanya nak di cramp di satu tempat. Bukan setakar orang boleh lemas, barang-barang tu pun lemas rasanya hehehee...


Kalau nak kata murah sangat, tak semua barang murah. Biasalah tu. Setiap grocery store ada barang yang murah dan ada yang mahal. Jadi, kalau nak beli barang specific, kena cari tempat yang specific lah. Macam formula milk Shahmey, kami tak beli di P@nda. Kami cari di S@meway. Kalau nak beli buah, P@nda kira okay jugak. S@meway pun okay. Kalau nak beli daging, Neeza sangat lah prefer P@nda sebab daging dia tak berbau lembu! Kalau di Gi@nt dan S@meway, daging bau lembu.. tak larat.... :(.


Since anak-anak Neeza suka makan fruits dan sekarang ni mereka still cuti sekolah, banyak lah jugak kami beli buah semalam termasuklah buah merah ini. Gambar ni diambil bila teringat nak ambik gambar. Dah nak habis pun ;).





Sebelum ni pernah beli sekali tapi sangatlah tak comel rupanya. Jadi kali ni Neeza beli 2 biji sajalah sebab takut dapat yang tak comel lagi. Bila balik rumah, Neeza belah dan makan dengan anak-anak dan Abahnya. Alhamdulillah.. manis rasanya. Ulas-ulasnya merah menyala. Tak mengecewakan. Ralit betul diorang makan. Shahmey pun makan sama dengan biji-bijinya dia telan. Anak dara 2 orang tak makan biji. So, jenuhlah diorang asingkan bijinya lepas gigit isi lembut yang kecik tu ;). Dah habis sebiji, Sophea mintak lagi sebiji. Memang besar buah Delima ni tapi since manis dan sedap, mungkin dia tak puas. Jadi, belah lah lagi sebiji. Dah habis! Nanti nak beli lagi lah.. Hopefully dapat yang comel lagi :).


Neeza memang suka kalau beli something dan tengok anak-anak makan dengan seleranya sebab anak-anak Neeza ni susah nak makan sebenarnya kalau diorang tak betul-betul suka. So, Neeza akan beli things yang diorang minat makan saja. Biarlah Umminya tak suka sangat pun...




15 sugar & spice:

Shah CJ said...

buah delima!. aku blh abeskan 2 biji sorang2 dgn biji2nya sekali. hehe

safwan pula taknak makan kt rumah. jenuh dh masak mcm2. tp kalau kt restoran, kfc, mcd, hotel selera le pula dia. mcmana nk buat ni kak. padahal masak sedap2 juga kt rumah.. ke kena pasang aircond kt dapur?.. huhu

Abang Long said...

Berapa harga sebiji buah delima disana berbanding dengan harga di Malaysia ?

chekgu Bani Hassim said...

kalaulah bibir itu semerah dan semerkah delima...
dpn umah saye pon abah ade tnm delima, tp jiran India tu kdg2 mintak jugak nk buat sembahyang...

kdg2 tak mintak pon dorg main amik je...

:: Leeza Joe :: said...

kak neeza...
buah2 delima kt jubail ni dtgnye dr syria...liza ade tgk documentary psl tu...bsr sungguh ldg kt sn...msm2 sejuk mcm ni mmg la byk...pas2 buah delima ni jenis yg thn lame...smpn dlm fridge blh smpai sebln...x jejas pun rsnye.... tp since winter ni liza put dlm basket kt luar jer...x thn sjk...rian n joe pun suke gakss mkn... klu sebiji tu hbs la utk 3 brnk nih...pas2 regenya lbh murah nak compare ngn mesia..ibu2 pragnent molek mkn buah nihhh...hehhehe..:)

Neeza Shahril said...

Cikgu,

amboiii!!! tak kembung ke cikgu makan delima banyak? hehee..

bukan pasal aircond kot.. pasal suasana.. kat luar, ramai orang.. dia nak adik tu.. ;)

***********************************

Abang Long,

semalam Neeza beli 2 biji (besar betul) baru SR4.84. Tak ingatlah sekilo berapa.. rasanya dalam 5 Riyal lebih kot..

***********************************

Chekgu,

kalau bibir merah macam tu mesti orang kata pakai lipstick!

laaa.. buah delima pun diorang ambik buat semayang ye?

***********************************

Liza,

ooo.. dari Syria ke? lain kan rasa dia.. manis dan bersari hehee..
kalau nak balik malaysia, boleh bawak kan.. tapi selalunya time nak balik malaysia, takde pulak buah ni..

sebab itu lah kak neeza beli ;)

zura aini said...

bertuah anak-anak neeza suka makan buah. bagus sangat. ingat lagi masa 98 dulu jalan ke Tganu, anak demam, bawa ke klinik, marah Dr bila tonsil bengkak, kata Dr jangan kerap ambil antibiotik tapi banyakkan makan buah. Kat rumah ni kalau tak kupas buah takdelah diaorang makan. Bertuah sungguh.

Neeza, nak tergolek dengar lagu2 jiwang ni, lagu masa kat kolej dulu, masa sedang chintan chintun.Tangkap lentuk ai.

Nazali Noor said...

Haahlah Neeza..buah delima sedap yek? Kat sini takdapun buah delima Neeza..Cuaca dah -2 dah..tapi Liverpool takda snow..hujan jer..

Lama tak jenguk sini..sibuk sangat dengan pelbagai urusan Neeza..Kirim salam pada Shahril dan menantu2 abah yang tercinta ya..

Kak Elle said...

alamak neeza kalau kat sana dah sejuk mcm tu apa lagi US kan?hmm...saya nampak nya kena berselubung nanti kuar ngan selimut...hehehe

buah delima lama tak makan ...

cikMilah said...

salam Ja, buah delima is my all time favorite. Kalau saudara terdekat balik dari Makkah mmg depa akan beli bawa balik untuk kakcik. Kalau kat sini boleh sdapat tapi tak la sebesar dan semanis buah dari sekitar Mediterranean tu..
Cuba kalau Ja buat salad -tak kira la garden salad atau potao salad; relaikan isi delima gaul sekali.. yummyyyyyy..tak caya, cuba:)

aNIe said...

Neeza...akak suka buah delima...ada tanam sepokok kat depan rumah...dah mula berbunga dulu...tapi tak berbuah pulak...

Ni dah mula berbunga semula...

Suka sgt...harap2 menjadilah buahnya...

Rasyidah Abd. Aziz said...

a'slm kak neeza...kita suka sgt mak buah delima...rasa mcm nak suh kak neeza tlg poskan je kat kita

Neeza Shahril said...

Kak Zany,

buah2 memang takde masalah nak suruh anak neeza makan..
nasi, ada masalah sikit. Kalau tak kena lauk, memang diorang susah nak makan kak..

lagu2 yang neeza pasang tu.. lagu evergreen dari neeza kecik sampai besar.. neeza pun suka kak :)

***********************************

Abah,

laa.. takde ke? siannya.. sini banyak dan besar pulak. Beza dengan yang kat mesia tu.. 2 kali ganda rasanya besar dia.. ke 1 1/2 kali hehe..

Insyaallah.. nanti neeza sampaikan... :)

***********************************

Kak Elle,

kat sana, lagi lah sejuk especially kalau ada snow kan..
kak elle kena pakai baju 10 lapis hehee..

***********************************

Kak Cik,

samalah kita kakcik. Ja suka tau. First time makan delima yang dibawa balik dari Makkah lah.. Arwah nenek neeza simpan untuk neeza..

Dah dapat imagine dah.. sedapnya kalau letak dalam salad sebab Ja selalu makan salad letak buah :)

***********************************

Kak Anie,

delima yang kita tanam sendiri kecik sikit kan..
kat sini besar.
Puas rasa makan sebijik.. memang kena share melainkan orang yang suka sesangat macam anak2 neeza tu hehee..

***********************************

Syida,

bab pos ni akak ada masalah besar.. sampai sekarang akak tak tau camana nak pos barang ke malaysia..
ada kawan akak kirim barang di Aussie pun tak pos lagi.. tengah survey :)

Nini Marini said...

salam..

Hehe akak, ngidam ke tuh?=p

Nini suke buah delima, tapi mmg tak puas makan..huhu,pastu sikit2 kena ptuiih buang bijik.tak larat.=)

Tapi kat FRance pon ade delima gak! tapi mahal..

Cat Cat said...

Neeza,
Org putih panggil buah tu pomegranate.. Memang berkhasiat buah dan jus nya... Kat sini, dapat beli buah atau jus dalam botol - kang esok Cath pun nak belilah buahnya kalau jumpa... :)

Neeza Shahril said...

Nini,

akak pernah ngidam nak makan buah ni tapi tak dapat rasanya.. kali ni tak pulak ngidam tapi teringin hehee..
akak tak buang biji.. akak gigit je.. ;)
mahal ke? buah tu banyak kat sini kot Nini..

***********************************

Cath,

haah betul tu Cath.. pomegranate
sedap kan.. :)