Friday, December 19, 2008

Untungnya kami :)



Entry ini adalah entry untuk menjeleskan sesiapa yang berkaitan (read: malaysian di Jubail).


Kelmarin hari Rabu. Seperti selalu, setiap 2 minggu kami akan adakan sesi 1 jam ceramah agama daripada ustaz yang telah kami (Kelab Rakyat Malaysia Jubail / KRMJ) lantik. Tujuan utama majlis begini ada 2 iaitu untuk merapatkan hubungan sesama kami dan juga sebagai pengisian rohani. Walaupun ada ceramah agama, malaysian yang bukan beragama Islam ada juga datang tapi diorang tak join lah ceramah ni. Join makan saja.


Haaa... yang nak bagi jeles ni ialah bab makan. Ish.. gambar tak ambik pulak. Tapi takpe lah. Semalam punyalah tak ramai orang datang. Rasanya problem communication sebab ada yang ingat, program ni akan disambung pada Januari. Neeza cuma tahu yang program ni berlangsung semalam, dalam 2 hari sebelum tu. Dengar kata email dah dihantar tapi tak pasti pulak kesahihannya sebab biasa lah.. email cuma dihantar kepada breadwinner. Kalau kebetulan breadwinner is a female, dapat lah email tu. Kalau tidak, rabbatul manzil-rabbatul manzil (surirumah dalam bahasa Arab) ni memang lah tak tahu. Nasib baik Kak M (wife president) ada bagi tahu Neeza masa dalam kelas Arab tu.


Kaum rabbatul manzil yang datang cumalah 6 orang termasuk Kak M. Kaum breadwinner lelaki tak pasti pulak. Lebih sikit daripada kami sebab ramai yang datang tak bawak the princess of the house (makna rabbatul manzil secara bahasa) mereka.


Ada seorang sahabat baru balik haji. Beliau menceritakan pengalaman beliau yang sememangnya hanya dia yang dapat rasa. Bertuah kami yang belum pergi haji ni dapat dengar pengalaman yang sudi beliau kongsikan. Terima kasih...


Food??? Banyak sesangat. Makanan berat yang Kak M masak ialah meehoon goreng merah sedap. Kak S pulak order paratha (ala ala roti canai) sebanyak 200 keping!!! Banyakkan.. 3 minggu lepas order separuh dari tu rasanya tapi tak cukup sebab orang ramai. Jadi, ingatkan orang lebih ramai datang sebabnya ramai malaysian baru telah sampai ke Jubail ni. Tapi tidak rupanya.. Again, neeza rasa masalah komunikasi and misunderstanding.


Food lain ialah kuih muih yang sememangnya menarik dan mempunyai pelbagai warna. Kak Z buat kuih gulung yang comel. Z pulak buat karipap. Yang lain-lain ada lagi tapi tak pastilah sape yang buat.


Bila dah food berlebih gitu, sesi tapau pun dijalankan diakhir program. Masing-masing bawak balik meehoon dan roti paratha yang memang banyak tu. Kak S buat kuah Dal mamak style. Sedap sungguh. Breakfast Brunch semalam, kami makan meehoon dan roti paratha. Kenyang sampai petang. Tak lunch dah la.. Terus dinner je ;).


Moral of the story - lain kali datang tau yang lain-lain tu ;).

19 sugar & spice:

aNIe said...

Neeza...bukan orang kat Jubail je yang jeles...kita pun jeles tau..

Rezeki yang berlebihan tu...alhamdulillah rezeki neeza jugak...dptlah berehat tak masak sampai dinner...kita cuti masak lah hari tu...

Org kata...rezeki jgn ditolak...

noniey said...

ingatkan dapat dengar intipati ceramah tu. upenya pasal makan2. hehehehe. jangan marah kak neeza. saja je nak bergurau...

abang arip aka laki kakyam ada join tak ceramah tu? hehehe

pB said...

kalau ada gambar , lagi bestttt !!!

Kak Elle said...

kalau tak habis lain kali hantar kat sini .. dapur tak berasap.

Neeza Shahril said...

Kak Anie,

hehee.. memang untungkan sape yang datang.. tapi jangan pulak nanti orang datang sebab nak bawak balik food dah laaa..
jadi tak cukup la pulak kan.. ;)

***********************************

Noniey,

akak nak tulis tapi rasanya berterabur notes akak.. nanti semua orang tak faham hehee..

Ariff tak datang rasanya hehehe.. dia sibuk acara makan kat tempat lain kot ;)

***********************************

Kak Pb,

tu la kan.. lupa lah pulok ambik gambar..

***********************************

Kak Elle,

kalau dekat, memang neeza hantar dah... ;)

:: Leeza Joe :: said...

takpe la x rezki..bkn x dtg...biase la transportation prblm...cik abg plk keje mlm...so kasi can la kat org ln...nnt klu liza dtg kan x ckp plk..hhehe

Nini Marini said...

akak ni mmg rajin tau update! tak bosan dtg blog akak. ade2 aje cerita die.=)

nini teruja tgk gambar kat atas tuh.ingatkan betul2 gtu.ni yg buat nini teringin nak g arab saudi neh.=)

Huhu,bestnye makan2 tu..bestnye kan bila ada ramai msian duk sekali.roti paratha tu paling tak tahan.msti nyesal saper tak dtg.

Tie said...

Hu hu...napa tak kirim kat ulu ganu ni..Tie tengah lapor..hu hu..

zino said...

bagus la kalau ada program macam tu.. di samping dapat ilmu dapat mengeratkan siratulrahim.. dan makan makan..

tapi kalau makanan banyak berlebih tu dapat memasing tapau.. bawa balik hehe

Tepi Sungai Batu said...

Neeza,
Kira-kira macam 'bekwoh' lah tuh!!!

silversarina said...

Adalah miscommunication tu, InsyaAllah next time ramai yang hadir.... tak pe makanan lebih dapat tapau dan tak payah masak dah kat rumah...heheh.

Nazali Noor said...

Amboiiiii..mewahnyaaaaa

KakNi said...

Ye lah, mmg jeles pun...

Abang Long said...

Kami disini baru memulakan sessi USRAH. Yang telah ditinggalkan berbelas tahun. Pengisian rohani yang menyentuh hati kami yang telah KERAS !

Hingga ada yang menitiskan air mata keinsafan - ALHAMDULILLAH.

# Lagu dalam blog ini memang best !

"berdiri aku sebagai PERINDU"

kuIna said...

klu betul spt yg ditunjkkn dlm gambr sy lah manusia paling jealous... hehehe

bagus betul program mcm tu.. eratkn silatulrahim, ukwah & tambh ilmu.

Neeza Shahril said...

Liza,

kalau liza datang pun lebih dari cukup..
lagipun liza kan diet.. tak makan banyak kan.. hehee...

***********************************

Nini,

akak sendiri bosan tengok blog akak tak berupdate.. hehee..

meh la datang sini. Tapi sini kalau nak belajar engineering takdelah.. untuk lelaki sahaja :D

nak roti paratha? sebenarnya paratha sini macam roti canai malaysia tu..

***********************************

Kak TIe,

jauh.. kalau dekat, neeza hantar dah.. ;)

***********************************

Zino,

everytime makan, memang akan ada sesi tapau menapau..
selalu aje food lebih.. kurang tak pernah.. rezeki berkat agaknya kan..

***********************************

Pak Man,

hehee.. lebih kurang la.. bekwoh tak ramai orang ;)

***********************************

Neeza Shahril said...

Kak Rina,

memang miscommunication rasanya..
Insyaallah, rezeki yang lain dimasa akan datang :)

***********************************

Abah,

jangan jeles yeeee.. :D

***********************************

Akuni,

takpe.. baca pun kenyang kot ;)

***********************************

Abang Long,

masa sekolah dulu selalu ada usrah.. sekarang takde lagi..
maklumlah susah nak keluar rumah..

***********************************

Kuina,

program macam ni kena ditegaskan..
kalau takde orang yang jadi kepala, susah sikit..

maklang said...

asyik cerita pasal makan ajer...macamana nak diet ni...

Neeza Shahril said...

maklang,

neeza tak leh diet dah.. hehehe..
tunggu lepas beranak baru nak diet.. ;)