Tuesday, December 23, 2008

Makan banyak = mengantuk?



Pada kebiasaanya, Neeza enjoy kelas tajweed sebab dapat belajar banyak benda yang kebanyakkannya Neeza dah lupa. Disini, ustazah mengajar mengaji dan betulkan tajweed semasa mengaji. Jadi, senang sikit rasanya nak ingat. Berbanding dengan masa sekolah dulu, ustaz/ustazah ajar hukum lepas tu refer ayat Quran. Memang Neeza tak ingat. Bermacam hukum dan berjenis-jenis Mad.


Pagi tadi, Neeza enjoy juga cumanya yang tak enjoy ialah rasa mengantuk yang amat sangat. Errr.. bukan mengantuk sebenarnya tapi asyik menguap saja. Jadi, masa bacaan ramai-ramai tu, banyak kali Neeza stop sebab sibuk nak menguap. Astaghfirullah.. seronok sakan syaitan kan. Ada yang kata, kita menguap sebab tak cukup oxygen. Mungkin juga. Tak pasti pulak scientific explanation kot situ ;).


Yang Neeza tahu, pagi tadi, Neeza breakfast dengan banyaknya! Hehehhh.. Karipap rasanya lebih 5 ketul dan sandwich butter + strawberry jam lagi. Memang kenyang sangat. Sekarang perut memang asyik mintak makan saja dan badan pun rasanya dah naik berkilo kilo :D. Akibatnya... mengantuk dan menguap didalam kelas. Betul ke gitu?


Balik kelas tadi, tengok ikan yang Abang beli dalam fridge. Ikan Kembong kecik! Comel sungguh. Semenjak Abang kata, Kembong kecik (ada orang panggil Mabong rasanya) tu sedap dan manis, Neeza baru perasan. Kalau tidak, selalu beli kembong besar. Sekarang ni, almost hari-hari goreng ikan tu. Of courselah ada lauk lain sekali. Ikan tu jadi ulam hehee.. Anak-anak pun suka bila goreng garing. Part yang garing tu yang diorang suka. Yang tak garing diorang tak nak. Gitu pulak!! So, sekarang, bila nak beli ikan, mesti Neeza order kembong kecik tu selalu. 2 kilo dalam 4 5 hari je kot. Ayam daging dah agak kurang dalam rumah ni.



Kalau di Malaysia, ikan dah naik harga, Alhamdulillah, di sini ikan masih maintain harganya. Mungkin sebab Pak Arab tak reti sangat makan ikan. Kalau makan pun, ikan yang besar gedabak tu. Pada Neeza boleh lah sekali sekala sebab isi dia tak sedap sangat. Kalau masak pun, budak2 kurang makan. Membazir aje.


Ikan apakah pilihan anda???

21 sugar & spice:

silversarina said...

ikan kembong kecik memang sedap kalau goreng garing , lama tak makan ni, nak kena cari jugaklah :)

ngantuk tu satunya sebab mungkin kelas pagi dan tak cukup tido ... makan je untuk baby tu jugak, nanti dah bersalin boleh diet balik ..hehehe.

Rasyidah Abd. Aziz said...

kak neeza...kita pun suka sgt makan ikan hehehe...teringin lak nak rasa ikan arab camane? ada ape2 perbezaan tak?

Tie said...

Kat sana ada ikan apa??

Kak tie suka ikan cermin, atau apa2 ikan yang leper macam tu. Sebab bila goreng jadi garing, boleh masak pedas, tiga rasa atau sweet sour ataupun stim...hi hi..

chekgu Bani Hassim said...

baby mintak makan sekilo je, akak masuk 2 kilo...
ok la tuh...hehe...
berkilo-kilo la jadiknye...

xpe...bile lagi nk makan byk...

aNIe said...

Neeza...ikan mabong tu goreng memang sedap...akak suka kalau tak goreng garing sgt. paling akak suka makan ikan kembong asam pedas atau buat singgang...sedapnya....kalau jemu masa asam...masak lemak cili padi...

nj said...

Cantik betul ikan kembung kat Jubail tu...asam pedas, goreng kicap atau bakar aje cicah air asam sedap sangaaaaat!
Anak2 norma ni...kalau bakar ikan kembung tu memang sukalah mereka ni.

KakNi said...

Ikan kembong/mabong ni sedap kalau digoreng garing2... lps tu make sure ada sambal belacan sekali, baru lah ada 'kick'....

zura aini said...

bestnya neeza, ikan murah, kami dari kecik, bapa pernah berniaga ikan, jadi macam kucinglah kami, kuat makan ikan. ikan kat malaysia naik harga ikut minyak tapi tak nak turun dah.
akak nak gi duduk sanalah, meriah makan ikan fresh.

Izzah said...

Salam ziarah kak neeza..izzah suka ikan sardin kalau goreng pastu lawan ngan sambal belacan dan ulam kacang botol..yummy!!

Nini Marini said...

ikan pilihan nini? erm..nini tatau la kak..satu,sbb tak makan sgt ikan,even kat oversea ni.tak kire,mmg carik gak ayam.dan lagi satu,nini prefer sotong than ikan.nini prefer sotong rather than anythg else...waaaa dah 4bulan tak makan sotong........

akak,sotong sng dapat tak kat saudi?huhu

pastu kan kak,bg nini la kan,mmg betul teori kata banyak makan=mengantuk tuh.especially kalau makan makanan berat,mmg la ngantuk habis.sbb tu skrg ni nini makan sekali sehari je.

akak mungkin naik selera sbb baby tuh.dun worry la akak,nnti bile baby dah kuar boleh kurus balik.=)

ape khabar baby?dah belajar menendang?=)

Neeza Shahril said...

Kak Rina,

kalau goreng garing, tulang dia pun boleh makan kan hehee..

tapi kan kak.. neeza tido banyakkkk.. ;)

***********************************

Syida,

rasa dia sama aje.. cuma kat sini fresh sikit kot sebab pelabuhan ikan dekat Jubail ni..

***********************************

Kak Tie,

macam2 ikan ada.. ikan parang besar tu, diorang tolak SR5 je sekor sebab tak laku..
ikan2 lain pun murah gak..

***********************************

Chekgu,

alasan je tu untuk baby..
sebenarnya mak baby yang nak makan ;)

***********************************

Kak Anie,

kalau tak goreng garing, neeza suka cecah budu! heheee..

Neeza Shahril said...

Norma,

psstttt... gambar ikan tu neeza ambik kat internet.. tapi ikan yang kami beli semalam memang segar pun..

kalau suka makan seafood, memang cantik sangat lah datang sini.. bila nak datang? :)

***********************************

Akuni,

ohhh.. itu memang sudah jodoh dia..
mahu berpinggan-pinggan makan nasi ;)

***********************************

Kak Zany,

syoknya ayah berniaga ikan.. boleh mintak aje kan :)
jom la datang sini.. memang puas makan ikan..
ada ikan tu murah sangat. Sampai tak larat nak makan.. ;)

***********************************

Izzah,

salam kenal :)
ikan sardin pun sedap kalau goreng kan..
kacang botol?? favorite akak tu :))

***********************************

Nini,

tak makan ikan Nini?? bagussss... kalau ada ikan, Nini bagi akak je ye hehee..

sotong kat sini banyak dan murah jugak.. puas la Nini makan sotong kalau datang sini :)

makan sekali sehari?? ish ish.. ni betul2 diet ni.. mesti kurus comel nini kan.. :))

baby dah belajar buat side kick ;)

Abang Long said...

Kalau ikut tekak, ikan bawal hitam goreng dan tabur sos cili.

Adry said...

betul la tu kak... kalau dah banyak makan memang ngantuk tu... hehehe...

Ikan apa... ermmm ikan basong! hahaha... tak tahula orang semenanjung panggil apa... yang penting org tawau panggil ikan basong... hehehe... kecik kecik tapi sedap... hehehe

Tepi Sungai Batu said...

Pak Man suka ikan llayor(leper dan panjang).

Cat Cat said...

Neeza,
Kat sini, jarang sangat jumpa ingat berkepala... Biasanya siap dipotong kepala ekor - Filet... Mat Salleh kat sini tak reti nak makan ikan yang ada kepala & ekor... Rugi betul dia orang ni...

Unknown said...

yes, ikan kembung kecik memang best....kepala nya pun pp makan habish!!

my feverit fish - ikan puyu bakar cicah budu!
ikan sepat kering, goreng atau masuk dalam gulai nenas!
ikan patin masak dgn tempoyak!
ikan bilis goreng bawang makan dgn nasik bubur!
suka juga ikan kembung bakar dalam daun kunyit atau daun pisang....

Nur said...

ikan gelama pekasam is my fav!goreng pastu letak bwg besar & cili..memang x ingat donia mkn..hehehe..

tp yg sedeynya kalu mkn terus menggaru satu bdn..elergic pulak dah...

skrg ni sy penggemar ikan patin msk tempoyak..(sbb kawin dgn org jerantut, fall in love pulak!)

elisataufik said...

I pun suka ikan kembung kecik2 ni (and ikan kerisi.. YUM!) tapi masalahnya kekadang diorang ni tak nak siang kan sebab dia kata kecik sangat. So kalau beli, kena balik siang sendiri.. :P itu yg tak larat tuh.. :P

noniey said...

saya suka ikan selar kuning... sedap bila goreng n ratah.. skrang ni kalau rasa cam gemuk je skit, terus makan/ratah ikan goreng je malam2.. tak makan nasik tau.. tapi sedap

Neeza Shahril said...

Abang Long,

hmmm.. sedap tu!

***********************************

Adry,

ikan basong tu camana rupa?
letak lah gambar kat blog :)

***********************************

Pak Man,

macam pernah dengar ikan tu.. tapi camne ek rupa dia?

***********************************

Cath,

rugi kan diorang..
part kepala and ekor lah yang sedap hehehe..

***********************************

Abg Arif,

Neeza pun suka ratah kepala ikan hehe.. tapi orang selalu marah..

ooo.. makan ikan sungai ya.. cam ni tak la neeza join makan sebab neeza tak makan hehee..

***********************************

Nur,

Ikan pekasam memang sedap kan.. goreng dengan bawang dan cili potong :))

ikan patin.. ramai yang suka tapi neeza tak.. tak boleh nak telan..

***********************************

Elisa,

betul tu.. bau dia susah nak hilang.. kena cuci dengan lemon tangan baru hilang kot..

ikan kerisi jarang beli sebab tak larat nak buang sisik :D

***********************************

Noniey,

ikan selar memang sedap kan..
bagus tu makan ikan saja.. banyak DHA!