Thursday, December 4, 2008

Semoga panjang umur sayang...



Danish Qawiem Bin Azman ialah cucu lelaki sulung En. Ramli dan Pn. Normah (Ayah dan Ma Neeza) dan anak kedua serta lelaki sulung buat En. Azman dan Pn. Norashima (adik ipar dan adik Neeza). Walaupun Qawiem bukan anak kandung Neeza dan Abang, kami dah menganggap Qawiem dan kakaknya Ainaa macam anak sendiri. Lahirnya Qawiem pada 4 tahun yang lepas memehuni hasrat Ayah dan Ma yang memang nak sangat-sangat cucu lelaki. Sebelum Qawiem, Ayah dan Ma dah ada 4 cucu dan kesemunya perempuan... (takpe.. hantaran tinggi tu hahahaa!!!).


Disebabkan berat yang melebihi 4 kilo, Qawiem terpaksa dilahirkan secara C-Section. Walhal Bada (adik Neeza) lahirkan anak sulungnya Ainaa secara normal. Tapi kata Bada, lebih senang beranak C-Section. Boleh lah dia compare sebab dia merasa kedua-duanya. Bagi Neeza, memang tak tahu sebab semuanya C-Section walaupun pada kelahiran pertama dan kedua dah ada bukaan sehingga 7cm.


Masa Qawiem kecil, dia selalu jadi usikan Pak Ngah dan Pak Langnya (adik-adik Neeza) sebab mata Qawiem sangat kecil dan sepet. Ada yang panggil dia Eric Chia lah. Ada yang panggil Fei Mao lah. Kesian dia. Tapi lihatlah sekarang. Bila dah besar, takde mana Eric Chia atau Fei Mao nya. Memang muka dia ada iras-iras cina (daddy Qawiem iaitu adik ipar Neeza ada darah keturunan cina) tapi cina yang handsome gitu. Bukan senang nak jumpa anak cina berbulu mata lebat dan lentik kan... :). Tambahan lagi, sangat keletah sekarang dia walaupun pada awalnya ibu Qawiem risau sebab Qawiem lambat bercakap. Sekarang ni, langsung tak pelat dia bertutur.


Sempena ulangtahun Qawiem yang ke 4 ni, Ummi doakan Qawiem perolehi kebahagiaan hidup dunia dan akhirat. Semoga Qawiem menjadi anak yang soleh buat Daddy dan Ibu. Juga, menjadi contoh yang baik buat adik-adik. Oppss!!! Qawiem takde adik lagi. Bada!!!! tak paham lagi keeeee???

19 sugar & spice:

Kak Elle said...

Happy 4th birthday Qawiem ... hensem boy senyuman nya manis tu.

Shah CJ said...

waaah!! Qawiem ada rupa bakal PM. hehe

slmt ulangtahun ke 4. moga2 jd anak soleh dn bahagiakan ibu bapa. :)

Tie said...

Wah!! Encemnya dia...hi hi...

Happy Birthday Qawiem!!

Tepi Sungai Batu said...

Selamat Hari Lahir Qawiem !

aNIe said...

SELAMAT HARI LAHIR buat Qawiem...semoga dia membesar seperti yang dikehendaki oleh ibubapanya...Ameen...

Saperlah yang tak sayang pada anak secomel Qawiem...kalau akak jumpa pun rasa nak cium2 pipi comel dia tu...ensem...

Cat Cat said...

Happy Birthday to Qawiem.. Cute sesangat muka dia.. Nak chop tuk my girl Emma boleh...?? Hehe!

silversarina said...

salam,

Happy Birthday Qawiem.


Memang comel dia tu, tak meragam pun ikut neeza jalan-jalan rumah akak hari tu , geram tengok dia .

drNO said...

happy birthday..cayang....
hugs n kisses 4 u....

Neeza Shahril said...

Kak Elle,

thanks on behalf.. memang hensem.. ramai cina terpikat tu.. :)

***********************************

Cikgu,

bakal PM? Ameen....

***********************************

Kak Tie,

thanks on behalf kak :)

***********************************

Pak Man,

terima kasih ya bagi pihak.. :)

Neeza Shahril said...

Kak Anie,

Qawiem ni memang comel.. tapi bukan main susah nak cium dia..
hero lah katakan.. ;)

***********************************

Cath,

okay.. Emma will be on the list hehehe!!!

***********************************

Kak Rina,

kawan2 dia anak2 neeza la.. kalau tak bawak dia nanti sedih dia.. kesian pulak..
tapi kalau jalan jauh sangat, tak berani jugak sebab dia tu anak manja ibu.. ;)

***********************************

Drno,

thanks on behalf :)

Adry said...

Happy birthday Qawiem...

Shima said...

Malam ni nak celebrate birthday Qawiem dgn Pak Ngah n Cik Ayu..kalau kakak,coan dgn shahmey nak join..suruh la ummi anta skejap ye..hehehehe..

maza said...

erk! teringat anak maza yg akan bersekolah tadika tahun depan.....

alahai, kalau boleh nak aje suruh dia tak membesar....maintain mcm sekecil bayi umur 2 thn jerk..


hahahhaha

http://mazaaida.blog.friendster.com

Zahraa George said...

HAPPY BIRTHDAY QAWIEM

Hencem!! Muka cam ibu dia..hehe

KakNi said...

Handsome nyer birthday boy ni...

tulipurple said...

memang hensem bday boy nie..selamat panjang umur dan beroleh barakah selalu...mak oiii,abis lerrr ramai ler awek2 yg patah hati nnt..hehe.

Unknown said...

MasyaAllah...ensem nya kamu Qawiem....bak bulan mengambang....
sejuk perut ibu yang mengandungkan kamu dulu2...

Selamat hari lahir!!

chekgu Bani Hassim said...

huhu...
ape kes eric chia?? fei mao??

dah bsar lawa la tu...

teringat drama fei mao dulu2...:)

Neeza Shahril said...

Adry,

thanks on behalf ya :)

***********************************

Ibu,

kakak, Coan dan Shahmey nak ikut tapi suruh Ibu datang ambik hehehe...

***********************************

Maza,

masa kecik senang kan.. tak payah nak risau macam2.. kelek je dia.. :)

***********************************

As,

Memang Qawiem banyak ikut Ibu.. cuma tang ala ala cina tu yang ikut daddy :)

***********************************

Akuni,

Alhamdulillah.. mesti senyum ibu dia.. :)

***********************************

Tulip,

Ibu dia akan scan awek2.. hehee..

***********************************

Abg arif,

muka pun bulat cam bulan..
macam ibu dia hehehee..

***********************************

Cikgu,

biasalah bapak2 sedara Qawiem tu...
akak suka tengok fei mao jugak.. comellll.. :)